omniture

Schindler perjuangkan masa depan urbanisasi di Persidangan CTBUH 2023

Jardine Schindler Group
2023-10-13 16:08 59

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Schindler, pengeluar lif dan eskalator yang terkemuka, akan menyampaikan tiga pembentangan di Persidangan Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) 2023 yang akan diadakan mulai 16 Oktober hingga 21 Oktober 2023, di Singapura dan Kuala Lumpur. Syarikat ini merupakan Penaja Platinum di acara itu yang akan menghimpunkan lebih daripada 1,000 pakar industri pembinaan untuk satu siri bengkel, pembentangan dan perbincangan panel di bawah tema "Memanusiakan Kepadatan Tinggi".

Persidangan CTBUH pada tahun ini akan meneliti cabaran dan peluang yang timbul daripada peralihan pesat dunia kepada urbanisasi. Ia merupakan trend dengan implikasi yang signifikan terhadap bandar-bandar tuan rumah persidangan itu, Singapura dan Kuala Lumpur. Singapura sudahpun menjadi negara kedua paling padat penduduk di dunia, manakala Kuala Lumpur sedang mengalami transformasi bangunan bertingkat tinggi dan urbanisasi yang diharapkan akan dapat menjadikannya hab serantau untuk perniagaan, kehidupan dan banyak lagi. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekitar 70% daripada penduduk dunia dijangka tinggal di kawasan bandar menjelang tahun 2050. Ini bermaksud sebanyak 2.5 bilion orang boleh berpindah dari kawasan luar bandar ke bandar dalam tempoh kurang daripada 30 tahun. Penghijrahan pada asasnya akan mengubah keseimbangan antara alam semula jadi dan bandar, urbanisasi menegak dan mendatar selain individu dan komuniti mereka.

Hadirin di Persidangan CTBUH 2023 akan meneliti trend urbanisasi ini di bawah tema "Memanusiakan Kepadatan Tinggi". Kehadiran Schindler adalah penting di acara itu, mempamerkan penyelesaian mobiliti bandar pintarnya untuk bandar-bandar hari ini dan akan datang. Kami akan memfokuskan untuk mengintegrasikan bangunan bertingkat tinggi dan komuniti yang mendiaminya, dengan persekitaran yang sihat – dengan cara yang baharu, mampan dan bermakna.

Robert Boog daripada Schindler, Pengarah Urusan Projek-projek Besar Global dan Florian Troesch, Ketua Pengurusan Transit & Penyelesaian Digital, akan menyampaikan pembentangan di acara itu. Robert Boog akan membongkar sejauh mana memahami corak kepadatan manusia boleh menyumbang kepada pembinaan persekitaran bandar yang lebih fleksibel dan adaptif, sementara Florian Troesch akan memperkenalkan Schindler MetaCore, salah satu inovasi terkini daripada Schindler untuk menggunakan semula bangunan pencakar langit.

Schindler MetaCore, sistem inovatif untuk menggunakan semula bangunan dengan mudah dan mampan, juga akan bersaing untuk dua anugerah di acara itu: "Anugerah Inovasi Keseluruhan" dan "Anugerah Audiens" (dalam kategori Inovasi). Schindler R.I.S.E, Sistem Pemasangan Robotik untuk Lif pertama dunia akan bersaing untuk dua anugerah di acara itu: "Anugerah Pembinaan Keseluruhan" dan "Anugerah Audiens" (dalam kategori Pembinaan). Kedua-dua inovasi Schindler sudahpun menerima "Anugerah Kecemerlangan" daripada CTBUH.

"Di Schindler, kami mengiktiraf kedudukan utama pasaran Asia Pasifik sebagai lubuk inovasi dan semangat perintis," kata Robert Seakins, Presiden Projek-projek Besar Asia Pasifik & Global. "Komitmen kami yang berkekalan kepada sektor bangunan bertingkat tinggi mendorong semangat berterusan kami terhadap inovasi. Acara CTBUH berperanan sebagai platform industri yang penting, menyatukan individu-individu berwawasan dalam sektor bangunan bertingkat tinggi di seluruh dunia. Kami berbesar hati menerima peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada acara itu dan untuk terlibat dalam memperkayakan dialog bersama rakan pemimpin industri dan pelanggan kami yang dihormati."

Latar Belakang The Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH):
The Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) ialah sebuah organisasi bukan untung global yang mengkhusus untuk bandar-bandar yang lebih pintar, lebih lestari dan masa depan yang lebih berdaya maju untuk penduduk global. CTBUH beribu pejabat di Chicago dan mempunyai pejabat-pejabat di Shanghai, China dan Venice, Itali. Selain daripada menganjurkan acara industri yang terkemuka, CTBUH menghasilkan kajian dan laporan mengenai isu-isu yang mempunyai natijah yang signifikan kepada keahliannya. CTBUH sangat terkenal kepada orang awam sebagai penentu ketinggian bangunan tinggi dan pihak berwibawa global yang menganugerahkan gelaran seperti "Bangunan Tertinggi di Dunia."

Latar Belakang Schindler: 
Jardine Schindler Group beribu pejabat di Hong Kong dan mereka bentuk, merekayasa, memasang, menyelenggara dan memodenkan lif, eskalator dan laluan pejalan kaki bergerak di Brunei, Kemboja, Hong Kong, Macau, Malaysia, Myanmar, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam. Jardine Schindler Group menggaji lebih 5,000 kakitangan dalam pelbagai disiplin pakar, bermula daripada reka bentuk kejuruteraan hingga pengurusan pembinaan.

Secara purata, 100 juta orang di seluruh Asia Pasifik akan dibawa dengan peralatan yang dibekalkan dan diselenggara oleh Jardine Schindler Group pada hari-hari tertentu. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.jardineschindler.com

Hubungi:
Yen Kiat Tan
Ketua Pengurusan Akaun Utama, Pemasaran & Penjualan Projek Besar
yen.kiat.tan@schindler.com

 

 

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals