omniture

Huawei dan IUCN Perluas Impak Global Pemuliharaan Alam Semula Jadi dalam Fasa 2 Tech4Nature

Huawei
2023-10-14 05:40 173

GLAND, Switzerland, 14 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Huawei dan IUCN, Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi, menandatangani satu perjanjian kerjasama untuk melancarkan Fasa 2 perkongsian Tech4Nature.

IUCN and Huawei signing of Tech4Nature phase II collaboration agreement.
IUCN and Huawei signing of Tech4Nature phase II collaboration agreement.

Sejajar dengan inisiatif TECH4ALL Huawei dan Senarai Hijau IUCN, pelancaran Tech4Nature pada tahun 2020 merupakan kali pertama sama ada Huawei atau IUCN menjalin perkongsian utama yang mencakupi sektor ICT dan pemuliharaan alam semula jadi.

Output penting daripada Fasa 2 adalah untuk memudahkan kolaborasi yang selanjutnya antara kedua-dua sektor.

"Teknologi membolehkan kami merapatkan jurang antara sains dan tindakan," kata Dr Grethel Aguilar, Pemangku Ketua Pengarah IUCN"Penyokong pemuliharaan boleh memanfaatkan kuasa data raya, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk menganalisis set data yang besar dan trend ekologi. Maklumat yang penting ini dapat membantu dalam pengenalpastian dan perlindungan habitat yang kritikal, membimbing usaha kami dan dapat memanfaatkan sumber-sumber yang diperlukan untuk melindungi spesies terancam."

Fasa 2 akan memperluaskan impak global perkongsian Tech4Nature dan meningkatkan penggunaan teknologi digital bagi memacu pengurusan kawasan-kawasan yang dilindungi dan terpelihara dengan berkesan dan saksama. IUCN dan Huawei akan bersama-sama membangunkan penyelesaian berasaskan teknologi untuk projek-projek perintis sekurang-kurangnya di lima negara, termasuk Brazil, Kenya, Turkiye, Mexico dan China.

Perkongsian Tech4Nature juga akan menyumbang kepada pelaksanaan sasaran 30x30 yang ditakrifkan dalam Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal yang menyeru 30% daripada kawasan darat dan laut di Bumi dipulihara dengan mewujudkan kawasan dilindungi dan melaksanakan langkah-langkah pemuliharaan mengikut kawasan yang berkesan. Rakan-rakan kongsi ini merancang untuk menyokong pelaksanaan GBF melalui perkongsian ilmu dan pembinaan kapasiti, termasuk menyokong platform ilmu dalam talian Global Species Action Plan (GSAP) dan membangunkan produk ilmu.

"Kami percaya inisiatif Tech4Nature akan membangun berdasarkan kejayaan fasa pertama dan memperluaskan impak globalnya," kata Peng Song, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Strategi dan Pemasaran ICT dalam ucapan beliau semasa majlis penandatanganan bagi pelancaran Fasa 2. "Kami juga percaya bahawa lebih ramai rakan kongsi akan menyertai inisiatif Tech4Nature, menerima teknologi digital dan menyumbang kepada pembangunan mampan planet ini."

Melambangkan permulaan fasa kedua perkongsian ini, merupakan pelancaran bahan penerbitan Tech4Nature - A Partnership for Our Planet (Tech4Nature - Perkongsian untuk Planet Kita). Bahan penerbitan utama ini mengumpulkan amalan terbaik dan pengalaman fasa pertama perkongsian antara Huawei dan IUCN yang merintis penggunaan ICT untuk pemuliharaan alam semula jadi di lima kawasan dilindungi di seluruh dunia. Ia juga membawakan panduan dari segi bagaimana teknologi dapat membantu kawasan-kawasan dilindungi dan terpelihara yang berbeza mencapai Standard Senarai Hijau IUCN dan peranan teknologi dalam pelaksanaan GBF.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Telecommunications Conservation/Recycling Licensing/marketing agreements