omniture

Huawei Lancar Radio GigaGreen Perkasa Rangkaian 5G Hijau & Premium

Huawei
2023-10-16 08:23 55

DUBAI, UAE, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan radio GigaGreen generasi seterusnya di Sidang Kemuncak Semua Jalur ke 5G yang diadakan semasa Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global (MBBF) 2023. Hadir di sidang kemuncak itu, Richard Liu, presiden Jabatan Pemasaran Pembawa & Penjualan Penyelesaian Global Huawei, mengetengahkan keperluan terhadap radio GigaGreen baharu: "Empat tahun kejayaan komersial 5G berperanan sebagai bukti peranan penting penyelesaian hijau. Bagi membantu pembawa memantapkan kejayaan pengewangan, kami menyediakan penyelesaian GigaGreen baharu untuk meningkatkan rangkaian mereka dari segi prestasi dan kecekapan tenaga sekali gus memenuhi keperluan pengalaman yang optimum."

Richard Liu delivering a speech at the All Bands to 5G Summit
Richard Liu delivering a speech at the All Bands to 5G Summit

GSMA, Ookla dan perintis-perintis daripada pelbagai sektor perkhidmatan baru muncul seperti permainan awan VR, video 3D dan RedCap berkongsi harapan mereka untuk rangkaian 5G premium di sidang kemuncak itu, menyatakan bahawa perkhidmatan baharu bukan sahaja memerlukan paut naik pantas, bahkan paut naik tinggi, kependaman rendah dan liputan lebih meluas bagi memperoleh pengalaman HD imersif yang lancar dan sambungan 5G merata. Ookla menonjolkan Game Score bagi mengukur pengalaman permainan mudah alih dan menekankan kepentingan menggunakan pelayan pengkomputeran pinggir setempat, melancarkan 5G SA dan merancang 5G-Advanced (5.5G) bagi mengupayakan permainan awan mudah alih tanpa jeda.

Pembawa-pembawa global terkemuka berkongsi kisah kejayaan mereka berhubung pembinaan rangkaian 5G dan menyatakan bahawa pengalaman silang-generasi 5G serta liputan yang berterusan penting bagi memperoleh pengguna 5G dengan cepat dan mencapai kejayaan perniagaan 5G. Dengan mengambil kira keperluan rangkaian perkhidmatan baharu yang lebih tinggi, fasa pembinaan rangkaian yang seterusnya akan memfokuskan pada rangkaian 5G yang menampilkan pengalaman paut turun terunggul, paut naik tinggi, kependaman rendah dan liputan lancar. Melalui inovasi dalam teknologi ultra-jalur lebar dan berbilang-antena, keupayaan rangkaian boleh ditingkatkan secara komprehensif untuk mengembangkan 5G daripada pantas menjadi terbaik.

Di sidang kemuncak berkenaan, Wang Shikang, Naib Presiden Barisan Produk FDD Tanpa Wayar Huawei, memperkenalkan Radio GigaGreen FDD baharu. Menggunakan teknologi ultra-jalur lebar dan berbilang-antena Gigaband serta bahan, algoritma dan seni bina perintis, penyelesaian ini menawarkan pengalaman Gbps dan menyokong penempatan dipermudah serta penjimatan tenaga "0 Bit, 0 Watt", lalu membolehkan beberapa produk, seperti 4T4R, 8T8R dan MIMO Besar-besaran untuk berfungsi dengan teknologi pembentuk alur PA dan FDD jalur lebar-sebenar yang utama dalam industri ini. Ini dapat membantu pembawa mencapai prestasi terunggul dan penempatan berbilang-jalur yang dipermudah. Justeru itu, pengurusan kuasa RF berasaskan-beban-perkhidmatan dapat dicapai, lantas mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 30% berbanding dengan generasi sebelumnya. Hasil daripada keupayaannya yang kukuh untuk meningkatkan prestasi dan liputan dengan signifikan, GigaGreen mengupayakan jalur baharu dalam rangkaian tanpa meningkatkan penggunaan kuasa atau membina semula tapak. Ini dapat meningkatkan kecekapan pelaburan sekali gus mendorong semua jalur ke 5G/5.5G demi rangkaian 5G premium secara konsisten.

Latar Belakang Huawei

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai 207,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan berusaha ke arah sambungan merata dan akses rangkaian inklusif, meletakkan asas untuk dunia pintar; menyediakan kuasa pengkomputeran terpelbagai di tempat anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya, untuk membawa infrastruktur awan dan kecerdasan ke semua empat pelosok dunia; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; serta mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih pintar dan lebih diperibadikan untuk orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, semasa dalam perjalanan, di pejabat, sedang berseronok atau bersenam. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services