Kolaborasi dan perkongsian antarabangsa dipercepatkan mendorong syarikat ke arah pembangunan mampan yang berkualiti tinggi
CHANGSHA, China, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), peneraju global dalam kalangan pengeluar peralatan canggih, mempercepatkan penyetempatannya dalam pasaran luar negara dan mengukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi global untuk meningkatkan pembangunan perniagaan antarabangsanya. Dalam usaha untuk mendorong kolaborasi lancar yang selanjutnya, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion, Zhan Chunxin, melawat subsidiari-subsidiari Zoomlion baru-baru ini di Indonesia dan wilayah Teluk, Timur Tengah, serta CIFA di Itali, M-TEC, RABE dan Wilbert di Jerman.
Zoomlion's Chairman and CEO, Zhan Chunxin, Zhan Chunxin, celebrated the company's 31st anniversary with m-tec staff in Germany
Zoomlion sedang berkembang maju dalam pasaran luar negara – pada tahun 2022, jumlah hasil Zoomlion dalam pasaran luar negara berjumlah 9.992 bilion yuan (AS$ 1.37 bilion), menandakan pertumbuhan tahunan sebanyak 72.6%. Momentum ini berterusan hingga tahun 2023, dengan kenaikan hasil sebanyak 115% berbanding tahun sebelumnya pada separuh pertama.
Penggabungan dan pemerolehan merupakan strategi penting untuk Zoomlion dalam pasaran luar negara. Dengan mengukuhkan penyelarasan dengan subsidiari-subsiadiari asing, Zoomlion menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan. Syarikat ini memperluaskan pembangunan antarabangsa dengan menaik taraf pangkalan pembuatan luar negara.
Ditubuhkan pada tahun 1928, CIFA merupakan pengeluar jentera konkrit global yang terkemuka. Zoomlion memperoleh CIFA dalam tahun 2008, mengintegrasikan sumber bagi mencapai hasil dalam teknologi dan pengeluaran konkrit. Berikutan susun atur penting Zoomlion, CIFA berkembang ke dalam bidang-bidang termasuk jentera angkat pembinaan, kenderaan industri, platform kerja udara dan banyak lagi. Ini dapat meningkatkan daya saing CIFA dengan ketara dalam pasaran global.
Zoomlion mentransformasikan model luar negaranya, menggabungkan perspektif global dengan strategi tempatan. Kini, syarikat ini mempunyai 30 hab operasi di seluruh dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, subsidiari UAE telah menjadi platform pusat yang memantau Timur Tengah bagi pentadbiran, penggudangan, alat ganti, perkhidmatan dan logistik. Peranan utamanya jelas terbukti, dengan jualan separuh pertama 2023 di UAE dan Arab Saudi melonjak lebih 200% berbanding tahun sebelumnya.
Zoomlion turut menyokong pembangunan mampan industri pertanian di Asia Tenggara. Pada bulan September, syarikat ini bekerjasama dengan Kementerian Pertanian Laos untuk meningkatkan kolaborasi teknologi, menetapkan standard jentera di Laos dan bekerjasama dengan PT Java Seed Indonesia untuk menubuhkan kemudahan jentera pertanian termaju di Indonesia.
Pada 28 September, ketika Zoomlion menyambut ulang tahun ke-31nya, Pengerusi Zhan mengadakan lawatan ke M-TEC di Jerman dan mengetengahkan perjalanan kemajuan inovatif dan bertaraf antarabangsa kumpulan ini selama tiga dekad.
"Perjalanan Zoomlion yang mantap dan berkualiti tinggi menuju inovasi, keterbukaan dan pertumbuhan global merupakan bukti dedikasi seluruh pasukan kami," kata Zhan. "Tatkala kami memajukan susun atur global yang strategik dan membangunkan tiga sektor industri utama iaitu jentera pembinaan, jentera pertanian dan pertanian pintar serta bahan binaan baharu, matlamat kami adalah agar perniagaan luar negara dapat mewakili lebih 50% daripada operasi keseluruhan. Seperti biasa, kami tetap komited untuk menyokong subsidiari-subsiadiari antarabangsa kami," tambah Zhan.