omniture

Pakar Kewangan Memberi Amaran tentang 8 Cara Krisis Global Baharu Bakal Melanda menjelang 2015

IMD International
2014-07-07 09:00 155

LAUSANNE, Switzerland, 7 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Arturo Bris, Profesor Kewangan di Kolej Perniagaan IMD dan Pengarah Pusat Daya Saing Dunia, meramal krisis ekonomi global bakal terjadi dan menyatakan tidak ada cukup tindakan yang diambil bagi mencegahnya. Berdasarkan statistik, beliau berkata dunia bakal menghadapi krisis kewangan seawal April 2015 dan hanya akan berakhir pada bulan Mac 2016. Bris berkata punca krisis itu mungkin akan tercetus akibat salah satu daripada lapan senario berikut yang mungkin berlaku:

1. Gelembung pasaran saham
Pada tahun lepas, pasaran saham telah menunjukkan prestasi yang luar biasa bagusnya dan pada satu masa kelak, situasi ini bakal terhenti secara mendadak. Pada tahun 2014, para juruanalisis berasa kecewa dalam suku tahun pertama kerana pendapatan yang didapati tidak sejajar dengan jangkaan pasaran. Ini bermaksud jika pasaran berbalik semula pada paras berpatutan daripada segi pendapatan, penurunan pasaran saham sebanyak 30 hingga 35 peratus akan berlaku.

2. Perbankan di China
Krisis yang parah mungkin boleh didorong oleh perbankan bayang China yang kian berkembang, sistem yang terdiri daripada pinjaman yang kebanyakannya diberi kepada institusi kerajaan yang prestasinya tidak dipantau dengan baik dan tidak terbuka kepada persaingan. Jika sistem ini runtuh, ia akan menjejaskan ekonomi global.

3. Krisis tenaga
Amerika Syarikat, pengeluar gas terbesar dunia, mungkin boleh mencetuskan krisis tenaga. Jika AS mula mengeksport kepada seluruh dunia, Rusia mungkin akan rasa terancam dan ini akan menyebabkan bencana geopolitik. AS akan mempunyai kawalan ke atas harga tenaga dan akan menggunakan pengaruhnya ke atas negara seperti UK, India serta Jepun.

4. Satu lagi gelembung harta tanah
Ada risiko gelembung harta tanah akan membentuk di negara seperti Brazil, China, Kanada atau Jerman. Harga sedang meningkat kerana ketersediaan hutang sangat meluas manakala pembeli pula menjadi punca harga meningkat tanpa menyedari yang ia tidak sepadan dengan nilai asas.

5. Pemeringkatan dan kebankrapan: 'BBB sebagai AA baharu'
Buat masa kini syarikat menanggung terlalu banyak hutang dan kebiasaan yang baharu sekarang adalah untuk mempunyai pemeringkatan BBB. Di AS, hanya tinggal tiga syarikat sahaja yang mempunyai pemeringkatan AAA: ExxonMobil, Microsoft serta Johnson & Johnson. Jika pemeringkatan digunakan sebagai penunjuk kebankrapan, papan dagang akan dipenuhi syarikat yang bankrap. Jika kadar faedah meningkat sebanyak 2 peratus, separuh daripada sektor korporat akan terus lenyap.

6. Peperangan dan konflik
Hampir di mana-mana sahaja, kecuali di beberapa tempat di Eropah dan AS, ketegangan geopolitik semakin meningkat. Kejadian seperti krisis semasa di Crimea boleh mencetuskan kejatuhan pasaran saham, walaupun jika tiada peperangan berlaku.

7. Kemiskinan yang semakin meningkat
Kadar kemiskinan keseluruhan di dunia telah meningkat dan apabila golongan miskin bertambah miskin, kita boleh menjangka akan berlakunya konflik sosial. Perjuangan memerangi ketidakseimbangan pendapatan juga boleh menghalang inovasi dan pertumbuhan dengan mengurangkan manfaat inovasi, lalu mengancam ekonomi.

8. Tunai dan hiperinflasi
Lebihan tunai yang disimpan oleh bank pusat dan syarikat akhirnya boleh menjejaskan ekonomi. ECB meminjamkan wang kepada institusi kewangan yang meletakkannya semula ke dalam ECB, yang merupakan lingkaran yang ganas. Kini, Google mampu membeli saham majoriti di Ireland manakala Microsoft pula mampu membeli lebih 50 peratus daripada seluruh negara Singapura, yang merupakan tindakan yang tidak bermoral.

"Walaupun banyak ekonomi dilihat semakin pulih sejak krisis tahun 2008, kita tidak patut leka dan berpuas hati," kata Bris. "Acap kali kita tidak ambil pengajaran daripada sejarah lampau dan tidak bertindak apabila kita menghadapi krisis yang kita tahu mustahil untuk dielakkan."

Arturo Bris ialah Profesor Kewangan di IMD dan pengarah bagi Pusat Daya Saing Dunia IMD. Beliau merupakan penceramah ucapan dasar semasa program Mengatur Prestasi Cemerlang IMD ketika beliau mendedahkan semua ramalan beliau untuk masa hadapan.

Hubungi:
Michael Savage
Editor dan Pakar Perhubungan Media

Tel: +41-21-618-0453

michael.savage@imd.org

Sumber: IMD International

Source: IMD International
Keywords: