BANGKOK, 22 November 2024 /PRNewswire/ -- Bintang terkenal global kelahiran Thailand, Lisa (Lalisa Manobal) dari kumpulan terkenal Blackpink bersama dengan jenama penjagaan mulut Premium yang terkenal iaitu DENTISTE' akan berkolaborasi untuk memastikan berjuta orang di seluruh dunia tersenyum.
Lisa telah membawa senyuman yang penuh yakin dan mempesonakan itu ke "DENTISTE' Presents LISA Fan Meetup in Asia 2024" di Bangkok. Lebih 7,000 orang telah memenuhi dewan semasa pertemuan peminat solo Lisa yang pertama di negara asalnya, Thailand. Acara ini merupakan permulaan terbesar untuk pemasaran global jenama DENTISTE'.
Ia termasuk acara khas "DENTISTE' x LISA Exclusive After Party" di mana peminat setia berpeluang untuk berjumpa lebih dekat bersama idola mereka, yang juga merupakan duta jenama DENTISTE' di Thailand.
Sejajar dengan persona Lisa yang positif dan memberi inspirasi itu telah mengukuhkan kedudukan DENTISTE' sebagai produk premium bertaraf global bagi penjagaan mulut. Aktiviti ini merupakan langkah utama dalam mempercepatkan pengembangan jenama ke seluruh dunia.
"Senyuman yakin Lisa merupakan kelebihan dari orang Thailand dalam memikat hati jutaan orang di seluruh dunia," kata Ahli Farmasi Dr. Sangsuk Pithayanukul, Ketua Pegawai Eksekutif Siam Health Group Co., Ltd. "Populariti beliau akan membantu kami dalam memperkenalkan produk premium dan inovatif DENTISTE' kepada peminatnya dan juga pengguna di seluruh dunia, agar mereka boleh tersenyum yakin dengan tahap keyakinan yang sama seperti Lisa."
DENTISTE' menawarkan rangkaian produk yang penuh dalam penjagaan mulut premium dan semula jadi, termasuk ubat gigi, air kumuran, berus gigi, penyegar mulut dan banyak lagi. Ia merupakan peneraju bagi inovasi ubat gigi penjagaan nafas premium dan ubat gigi tanpa bilas yang dicipta melalui kolaborasi bersama doktor gigi. Siam Health Group, yang membangun dan memasarkan produk DENTISTE' itu telah melaksanakan rancangan pertumbuhan yang meluas untuk menjadi jenama pengguna global yang utama.
"Kolaborasi kami bersama Lisa menjadi satu kejayaan yang luar biasa, kempen ini sudahpun mencapai lebih 200 juta orang di seluruh dunia. Kami merancang untuk memanfaatkan pengaruh Lisa yang meluas untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai inovator pergigian global di seluruh Asia dan pelusuk dunia. Dalam beberapa tahun akan datang, DENTISTE' akan terus memperkenalkan produk penjagaan mulut yang premium dan inovatif untuk pengguna baharu di seluruh dunia," tambah Dr. Sangsuk.
Aktiviti ini menyerlahkan "Senyuman Yakin" Lisa untuk berinteraksi dengan peminat Gen Z dan peminat Thailand. Aktiviti 'After Party' menawarkan banyak aktiviti menarik untuk pengguna DENTISTE' menikmati detik istimewa bersama Lisa. Aktiviti itu termasuk menghadiri pemeriksaan bunyi, berbual dengan Lisa dan sesi soal jawab tentang lima perkara yang Lisa suka, berserta peluang bergambar dan sesi autograf. Malam istimewa itu merupakan detik yang tidak akan dilupakan, terutama senyuman yakin, bertenaga dan memberi inspirasi membuatkan Lisa dan peminatnya dapat memenuhi impian mereka bersama-sama.
Produk DENTISTE' boleh didapati melalui peruncit dan klinik pergigian utama di lebih 20 negara. Siam Health Group merancang untuk memperkukuh kedudukan DENTISTE' di pasaran baharu di timur laut Asia, Eropah dan benua Amerika pada tahun 2025.