omniture

Sands Resorts Macao Sertai Jerayawara Mega 'Experience Macao Unlimited' di Malaysia

Sands Resorts Macao
2023-10-16 08:57 10

Acara empat hari mempamerkan kepelbagaian inisiatif 'pelancongan+' Macau dan pengalaman komprehensif Sands Resorts Macao

MACAU, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ - Sands® Resorts Macao mengambil bahagian dalam jerayawara Mega 'Experience Macao Unlimited', yang berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober di Kuala Lumpur, Malaysia. Dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau (MGTO), acara empat hari ini mengetengahkan inisiatif 'pelancongan+' yang beraneka ragam di Macao.

Jerayawara informatif ini juga mencerminkan usaha MGTO untuk memacu pelancongan dan pemulihan ekonomi serta membangunkan pasaran pelawat antarabangsa pascapandemik, dengan matlamat merangsang minat pelawat Malaysia terhadap Macau sebagai destinasi percutian dan MICE pilihan. Ini termasuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang Macau melalui pelbagai aktiviti, termasuk seminar perdagangan pelancongan dan jerayawara mega untuk mempromosikan tawaran mengujakan dan unsur-unsur baharu 'pelancongan+'.

Steve Zheng, Penolong Naib Presiden Pemasaran Destinasi, Sands China Ltd., berkata, "Ia merupakan satu pengalaman yang menarik untuk memperkenalkan pelbagai tawaran Sands Resorts Macao kepada penduduk, pelancong, dan wakil perniagaan di Malaysia. Melalui pelbagai saluran, kami berhasrat untuk meningkatkan imej Macau sebagai destinasi pelancongan terkemuka dan terus melakukan yang terbaik untuk menyokong pelbagai inisiatif MGTO dalam mempelbagaikan pasaran sumber pelawat, dan mempromosikan Macau sebagai Pusat Dunia Pelancongan dan Libur."

Sands Resorts Macao, yang terdiri daripada tiga pusat peranginan bersepadu yang saling bersambung - The Venetian® Macao, The Parisian Macao dan The Londoner® Macao - menonjolkan restoran bintang Michelin yang memenangi anugerah, penginapan bertaraf dunia, pusat membeli-belah bebas cukai, kemudahan MICE yang luas, serta pilihan rekreasi santai dan hiburan yang menarik.

Para pengunjung ke reruai Sands Resorts Macao yang menarik perhatian telah terpesona dengan penghormatan reka bentuk yang diberikan kepada ciri-ciri setiap pusat peranginan bersepadu, termasuk tempat-tempat yang popular untuk bergambar dan Instagram - Menara Elizabeth (Big Ben), Menara Eiffel, dan gondola Venetian yang ikonik. Mereka juga menikmati video pengalaman perjalanan yang menarik yang memberikan perasaan mengasyikkan tentang cara baru untuk bermalam, membeli-belah, makan, dan berhibur di Sands Resorts Macao.

Ketiga-tiga pusat peranginan bersepadu ini dianggap sebagai destinasi wajib dilawati di Macau. The Venetian Macao ialah pusat peranginan bersepadu pertama di bandar ini, dan menampilkan replika menakjubkan terhadap terusan terkenal dan ikon senibina Venice, Itali. Para pengunjung dapat menikmati pelayaran gondola di sepanjang terusan dalam bangunan dan laguna luar sebagai cara yang unik untuk menikmati suasana persekitaran. Bersebelahan dengannya ialah The Parisian Macao yang terinspirasi oleh 'Bandar Cahaya' yang terkenal. Di sini, pengunjung boleh mengagumi ukiran patung dramatik dan tiang marmar Rotunda yang mengingatkan kepada Galeries Lafayette dan menikmati pemandangan yang menakjubkan Cotai Strip daripada replika Menara Eiffel yang eksklusif. Penambahan terbaharu ialah The Londoner Macao, sebuah pusat peranginan bersepadu bertema British yang menggabungkan yang terbaik dari ibu kota British, daripada rekaan semula monumen terkenal di dunia hinggalah ruang awam dan pengalaman percutian yang diinspirasikan oleh kota London yang unik.

Selain itu, pelbagai tawaran santai dan hiburan istimewa diperkenalkan, termasuk pertunjukan hiburan ekstravaganza Changing of the Guard, pemasangan menarik untuk Insta Londoner Moments yang interaktif, Londoner Light and Sound Spectacular dengan kesan cahaya dinamik yang meliputi keseluruhan permukaan bangunan pada setiap malam, dan pameran seni yang baru ditambah pada ruang hasil seni teamLab SuperNature Macao yang mengasyikkan. Sorotan promosi terakhir ialah tayangan perdana Asia Pasifik Harry Potter™: The Exhibition di The Londoner Macao, yang akan dibuka pada 15 Disember.

Keseronokan Nikmat Gastronomi Eklektik

Berakar umbi dalam Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO, lebih daripada 150 restoran di Sands Resorts Macao dengan bangganya menghidangkan gabungan makanan Cina dan antarabangsa yang komprehensif, memberikan pengalaman kulinari yang penuh kenangan kepada tetamu.

Bagi para pengunjung yang mencari makanan Cina yang autentik, sebagai contoh, boleh menikmati citarasa halus masakan Huaiyang yang tak lapuk dek zaman di The Huaiyang Garden di The Londoner Macao, yang dihasilkan oleh master cef selebriti Zhou Xiaoyan, yang terkenal sebagai 'Bapa Masakan Huaiyang'. The Huaiyang Garden memenangi bintang Michelin pertama dalam Panduan Michelin Hong Kong & Macau 2023 tidak lama selepas pembukaannya, menunjukkan kecemerlangan kulinari yang luar biasa. Dua restoran yang baru dibuka yang wajib dicuba termasuk syurga kulinari Thai kontemporari, The Mews, dan pub gastro dan restoran stik British yang autentik dan mesra, Gordon Ramsay Pub & Grill daripada cef terkenal berbilang bintang Michelin, Gordon Ramsay.

Penginapan Hotel Cemerlang

Dengan kira-kira 12,500 bilik hotel dan suite, Sands Resorts Macao menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk memenuhi setiap acara dan bajet, menjadikannya pilihan percutian yang sempurna. Selain daripada The Venetian Macao yang popular, The Parisian Macao, Conrad® Macao, Sands® Macao, Sheraton Grand Macao, The St. Regis Macao, Four Seasons Hotel Macao dan The Grand Suites at Four Seasons, Sands Resorts Macao dengan bangganya memperkenalkan hotel mewah semua suit bertaraf lima bintangnya di The Londoner Macao: The Londoner Hotel dan Londoner Court, kedua-duanya mendapat Penarafan Bintang Lima dalam Anugerah Bintang Forbes Travel Guide 2023 dalam tahun pertama operasi mereka.

Mulai sekarang hingga 31 Mac 2024, The Venetian Macao, The Parisian Macao, The Londoner Hotel dan Conrad Macao menawarkan Pakej Hotel Explore teamLab SuperNature. Harga bermula dari MOP 1,055[1]*, pakej ini termasuk penginapan satu malam dalam bilik atau suit yang elegan, dua tiket masuk ke teamLab SuperNature Macao[2]**, dan keistimewaan lain. Para tetamu boleh merasai sepenuhnya pengalaman seni interaktif ini dengan rakan-rakan dan keluarga sambil mengambil gambar-gambar yang hebat untuk menjadikan kenangan ini sentiasa segar dalam ingatan.

The Londoner Macao
The Londoner Macao

 

The Venetian Macao
The Venetian Macao

 

The Parisian Macao
The Parisian Macao

Terdapat juga peluang untuk memenangi penginapan dalam cabutan bertuah ketika mengunjungi Jerayawara Mega 'Experience Macao Unlimited'. Dengan mengumpul cap dari reruai, para pengunjung akan menerima cendera hati dan berpeluang untuk memenangi penginapan mewah di Royale Deluxe Suite The Venetian Macao.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sands Resorts Macao, layari https://en.sandsresortsmacao.com/ atau akaun Facebook rasmi Venetian MacaoParisian MacaoLondoner MacaoConrad Macao dan Sands Macao.

Sands Resorts Macao is participating in the ‘Experience Macao Unlimited’ Mega Roadshow, running from October 12-15 in Kuala Lumpur, Malaysia, highlighting its comprehensive offerings to Malaysian visitors.
Sands Resorts Macao is participating in the ‘Experience Macao Unlimited’ Mega Roadshow, running from October 12-15 in Kuala Lumpur, Malaysia, highlighting its comprehensive offerings to Malaysian visitors.

Untuk gambar resolusi tinggi, sila akses ke pautan berikut:

https://sfs.sands.com.mo/w/f-27cffa1e-6b2c-4c57-bab2-29818e004982

(Pautan sah sehingga 27 Oktober 2023)

Nama Pengguna: Sands.PR@sands.com.mo

Kata Laluan: SRMacao202308+ (sensitif huruf)

[1] * Semua harga tertakluk kepada caj perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan 5%.

[2]** Terma dan Syarat terpakai.

Latar Belakang Sands Resorts Macao - Bandar Pusat Peranginan Bersepadu Sands China

Sands China Ltd. ialah pembangun, pemilik, dan pengendali utama pusat peranginan bersepadu di Macau. Sands® Resorts Macao, terletak di tengah-tengah Cotai Strip Taipa yang bergemerlapan, ialah bandar pusat peranginan bersepadu dan hab antarabangsa yang menyediakan pelbagai pengalaman terunggul untuk pengembara perniagaan dan libur. Rancak dan meriah dengan kehidupan, baik siang maupun malam, Sands Resorts Macao menampilkan tawaran kemewahan yang mampu dinikmati yang tidak terdapat di tempat lain di Macau. Ini termasuk kira-kira 12,500 bilik hotel dan suit, hiburan antarabangsa terkemuka, beli-belah bebas cukai dengan kira-kira 850 kedai jualan dan pelbagai jenama terkenal, ruang mesyuarat dan pameran untuk persidangan dan pameran terkemuka Asia, tawaran pengangkutan, dan lebih daripada 150 pilihan makanan, termasuk restoran berbintang Michelin, bar dan ruang santai. Sands Resorts Macao ialah destinasi yang wajib dilawati yang menyediakan setiap tetamu dengan pengalaman yang akan sentiasa terpahat di fikiran dan keseronokan yang tiada tandingan.

Merangkumi The Venetian® Macao; The Parisian Macao; The Plaza™ Macao - menampilkan Four Seasons Hotel Macao; dan The Londoner® Macao - yang menggabungkan The Londoner Hotel, Londoner Court, Conrad® Macao, Sheraton Grand Macao (Sheraton terbesar di dunia) serta The St. Regis Macao, Sands Resorts Macao ialah destinasi Asia yang terbaik untuk kerja dan rekreasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sands Resorts Macao, sila layari https://en.sandsresortsmacao.com.

Source: Sands Resorts Macao
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services