omniture

Ugreen perkenal penyelesaian kuasa dan storan data peribadi di Pameran Perdagangan Gitex Emiriah Arab Bersatu

UGREEN
2023-10-16 12:00 96

BEIJING, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Ugreen, peneraju dalam industri pengecasan elektronik dan aksesori, menambah kepakaran mereka dengan pelancaran Pengecas Atas Meja GaN 300W, peranti Storan Bergabung Rangkaian (NAS) Ugreen dan stesen kuasa mudah alih 2200W PowerRoam.

UGREEN unveils power solutions and personal data storage at the Gitex Trade Show in the United Arab Emirates.
UGREEN unveils power solutions and personal data storage at the Gitex Trade Show in the United Arab Emirates.

Ugreen telah menyatakan komitmennya kepada tenaga boleh baharu yang lebih hijau dengan pelancaran terkini stesen kuasa 600 dan 1200-watt PowerRoam. Dengan kemasukan baharu ke dalam industri kuasa mudah alih ini, Ugreen dengan pantas menyedari pengguna bercita-cita tinggi untuk menyediakan kuasa mampan kepada perkakas lebih besar, malah rumah. Sebagai respons, Ugreen memperkenalkan stesen kuasa 2200W PowerRoam, produk paling padat dengan kuasa yang akan diperkenalkan dalam sejarahnya.

Bagi mereka yang mencari cara yang lebih halus untuk mengecas, Ugreen melancarkan Pengecas Atas Meja GaN 300W Nexode, pengecas USB-C paling berkuasa setakat ini. Ia mempunyai keupayaan pengecasan untuk sehingga 5 peranti secara serentak, dengan empat port USB-C dan 1 port USB-A. Di samping itu, Pengecas Atas Meja GaN 300W Nexode menyediakan 140-watt kuasa pengecasan khusus kepada satu port tentuan.

Dalam usaha untuk menarik minat pemilik perniagaan kecil-kecilan, pemilik rumah yang memiliki kamera keselamatan dan golongan profesional yang perlu berkongsi fail antara rakan sekerja dengan selamat, Ugreen melancarkan Storan Bergabung Rangkaian (NAS) mereka sendiri. Peranti NAS Ugreen membolehkan pengguna menyimpan sejumlah besar data dan dokumen, berkongsi maklumat digital antara ahli-ahli yang dibenarkan dan menyimpan fail video keselamatan besar secara setempat tanpa memerlukan platform berasaskan awan pihak ketiga.

Petikan Syarikat

"Keinginan kami adalah untuk menyediakan ekosistem pejabat yang lengkap kepada pelanggan kami. Sama ada menghubungkan paparan HD, mendapatkan kelajuan internet optimum, menyambung berbilang peranti persisian atau mengecas semua peranti anda, kami ingin pelanggan tahu segala-galanya bersambung dengan betul dan ia berfungsi," ujar Pengurus Jualan Ugreen Stephen Guo. Dengan pelancaran pengecas atas meja 300-watt dan NAS, Ugreen akan memperkukuhkan lagi reputasinya sebagai pilihan utama untuk produk pengecasan berkuasa dan peranti tempat kerja yang meningkatkan kecekapan."

Beralih kepada penyelesaian kuasa mudah alih, Stephen menegaskan bahawa "dengan PowerRoam Series, kami mahukannya menjadi jawapan kepada persoalan yang berkisarkan sumber tenaga lestari alternatif, luar-grid."

Latar Belakang Ugreen

Ditubuhkan pada tahun 2012, Ugreen mengkhusus untuk membangunkan peranti elektronik pengguna dan aksesori dengan inovasi teknologi yang terkemuka dan menjadikannya boleh diakses oleh pengguna harian. Ugreen berkembang pesat menjadi jenama yang boleh dipercayai dengan lebih 40 juta pengguna di lebih daripada 100 negara seluruh dunia.

Pertanyaan Media: 

Lexi Liu
Pengurus PR UGREEN
Lexi@UGREEN.COM 
+8613612963070

Source: UGREEN
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services