omniture

Menjadikan Net5.5G Suatu Kenyataan, Inspirasikan Pertumbuhan Baharu

Huawei
2023-10-13 23:07 40

DUBAI, UAE, 13 Oktober 2023  /PRNewswire/ -- Di UBBF 2023, Leon Wang, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menjadikan Net5.5G Suatu Kenyataan, Menginspirasikan Pertumbuhan Baharu." Beliau menyatakan bahawa dalam era 5.5G, aplikasi ultra-jalur lebar baharu — seperti 3D tanpa cermin mata, kecerdasan seluruh rumah, sidang video ultra-HD dan perkhidmatan pengkomputeran — akan muncul satu demi satu. Hasilnya, perkhidmatan seperti jalur lebar rumah, jalur lebar mudah alih, kampus perusahaan dan talian persendirian perusahaan akan memerlukan penaiktarafan kepada 10 Gbps. Seterusnya, ini akan membawa peluang perniagaan baharu kepada pembawa. Dengan menyokong sambungan 10 Gbps merata, pengangkut ultra-jalur lebar elastik dan pengoptimuman kendiri rangkaian berautonomi, Net5.5G akan memacu pertumbuhan perniagaan yang baharu untuk pembawa.

Leon Wang, President of Huawei Data Communication Product Line, Delivers a Speech at the Global Ultra-Broadband Summit 2023
Leon Wang, President of Huawei Data Communication Product Line, Delivers a Speech at the Global Ultra-Broadband Summit 2023

Dengan penaiktarafan jalur lebar rumah dan jalur lebar mudah alih kepada 10 Gbps, rangkaian pengangkut IP akan berkembang kepada rangkaian metro tertumpu 400GE dan rangkaian tulang belakang. Pembawa boleh menaik taraf rangkaian pengangkut IP mereka bagi menyokong keserentakan tinggi perkhidmatan 10 Gbps besar-besaran dan menggunakan keupayaan baharu — seperti penghirisan rangkaian — bagi menjamin pengalaman perkhidmatan dan meningkatkan kepuasan pengguna.

Transformasi digital turut memacu penaiktarafan rangkaian kampus perusahaan yang berkualiti. Dengan memanfaatkan keupayaan baharu seperti akses ketumpatan tinggi Wi-Fi 7, jaminan pengalaman video dan pengurusan berasaskan awan, pembawa boleh menambah rangkaian kampus perusahaan selain talian persendirian. Dengan cara ini, mereka dapat menyediakan perkhidmatan sehenti, memungkinkannya untuk menyampaikan sambungan tanpa wayar 10 Gbps yang berkualiti tinggi, perkhidmatan video dan pengalaman perkhidmatan O&M kepada pelanggan perusahaan, seterusnya mempercepatkan pertumbuhan perkhidmatan B2B.

Tatkala AI menembusi pelbagai industri, peluang pertumbuhan baharu seperti perkhidmatan pengkomputeran dan talian persendirian perkhidmatan pengkomputeran elastik muncul. Bagi merebut peluang baharu yang timbul dalam transformasi pintar industri, pembawa boleh menyediakan kuasa pengkomputeran yang cekap melalui rangkaian pusat data 800GE, menyediakan sambungan tangkas kepada kuasa pengkomputeran melalui talian persendirian elastik 10 Gbps dan menyediakan perkhidmatan kuasa pengkomputeran untuk lebih ramai pengguna melalui akses kuasa pengkomputeran dengan daya pemprosesan tinggi.

Network Digital Map juga amat penting bagi membantu pembawa menjadikan operasi rangkaian mereka jauh lebih cekap. Ia mengupayakan visualisasi rangkaian daripada lapisan fizikal kepada lapisan aplikasi, membantu pembawa merealisasikan pengoptimuman kendiri rangkaian yang didorong oleh pengalaman.

Huawei menyertai kumpulan kerja teknologi rangkaian WBBA dan ketika ini bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi industri untuk menjalankan kajian Net5.5G. Ia turut mengambil bahagian dalam kerja-kerja pemiawaian teknikal relevan-Net5.5G yang dijalankan oleh IEEE dan IETF, meliputi bidang-bidang penting seperti Wi-Fi 7, 800GE, SRv6 dan Network Digital Map. Huawei merancang untuk melancarkan produk dan penyelesaian siri berorientasikan-Net5.5G secara rasmi dalam tahun 2024. Bagi mengakhiri ucapan beliau, Leon Wang menyeru industri ini untuk bersama-sama mempromosikan Net5.5G. Beliau berharap ini akan dapat membantu memacu Net5.5G daripada sekadar kajian berkonsep menjadi amalan aplikasi, agar ini akan dapat mempercepatkan kajian standard, inovasi aplikasi serta keluaran dan amalan penyelesaian komersial dan supaya usaha bersama ini akan merangsang pertumbuhan baharu untuk pembawa dalam era 5.5G.

-Tamat-

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai 207,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan berusaha ke arah sambungan merata dan akses rangkaian inklusif, meletakkan asas untuk dunia pintar; menyediakan kuasa pengkomputeran terpelbagai di tempat anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya, untuk membawa infrastruktur awan dan kecerdasan ke semua empat pelosok dunia; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; serta mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih pintar dan lebih diperibadikan untuk orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, semasa dalam perjalanan, di pejabat, sedang berseronok atau bersenam. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 

http://www.twitter.com/Huawei 

http://www.facebook.com/Huawei 

http://www.youtube.com/Huawei 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications