omniture

Huawei Lancar Seni Bina Rangkaian Sasaran Optik-Menyeluruh Berorientasikan-F5.5G untuk Tiga Fasa

Huawei
2023-10-16 14:55 43

DUBAI, UAE, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Semasa UBBF 2023, Richard Jin, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menjadikan F5.5G Suatu Kenyataan: Pencapaian dalam Perjalanan Kami menuju Dunia Pintar". Dalam ucapan itu, Richard mencadangkan konsep pembinaan rangkaian tiga fasa buat julung kalinya. Khususnya, terdapat tiga daya penggerak untuk pembangunan rangkaian, iaitu video (rangkaian 100Mbps), pengalaman (rangkaian 1Gbps) dan kecerdasan (rangkaian 10Gbps). Berlatarbelakangkan hal ini, Huawei melancarkan seni bina rangkaian sasaran optik-menyeluruh tiga-fasa berorientasikan-F5.5G — liputan optik-menyeluruh untuk jalur lebar rumah 100Mbps, sambungan optik-menyeluruh yang melanjutkan 1Gbps ke setiap bilik dan pengkomputeran optik-menyeluruh untuk 10Gbps Di Mana-mana Sahaja. Pembinaan tiga fasa bagi rangkaian sasaran optik-menyeluruh ini dapat memenuhi keperluan sambungan rangkaian perkhidmatan penting dalam setiap fasa, menjadikan F5.5G suatu kenyataan dan mengorak langkah ke arah dunia pintar.  

Richard Jin delivering his keynote speech at UBBF 2023
Richard Jin delivering his keynote speech at UBBF 2023

Fasa 1: Liputan Optik-Menyeluruh, Berpandukan-Video untuk Jalur Lebar Rumah 100Mbps

Dengan peningkatan berterusan resolusi video dan popularisasi pantas interaksi video serta XR imersif, lebar jalur dinaik taraf daripada 10 Mbps kepada 100 Mbps dan 1000 Mbps. Dalam fasa ini, video HD dan interaksi video menjadi daya penggerak utama untuk merealisasikan matlamat membina rangkaian optik-menyeluruh dengan kadar jalur lebar rumah 100 Mbps. Operator perlu beralih sepenuhnya kepada FMC dan menggantikan talian dan kabel tembaga dengan rangkaian optik-menyeluruh FTTH. AirPON bersiri dapat mempercepatkan pembinaan FTTH dan menyokong keserasian GPON dan PON 10G, mengupayakan penyediaan perkhidmatan gigabit yang pantas di kawasan titik panas. Sementara itu, operator perlu menempatkan OTN pada lapisan pengagregatan metro dan membina rangkaian tulang belakang sedia 400G jejaring-3D, menyokong lebar jalur tidak menyekat dan jeda video sifar. Inovasi teknologi tipikal dalam fasa ini termasuk FlexPON, DQ ODN dan 400G berprestasi tinggi.

Fasa 2: Sambungan Optik-Menyeluruh, Berpandukan-Pengalaman Melanjutkan 1Gbps ke Bilik

Dengan aplikasi digital yang semakin terpelbagai, gentian dilanjutkan daripada ruang tamu ke bilik tidur, bilik belajar dan dapur, mengupayakan aplikasi klik-dan-mula serta menyampaikan pengalaman rangkaian imersif. Kesemua perkembangan ini menimbulkan keperluan yang lebih tinggi pada liputan rangkaian, lebar jalur, kependaman dan perayauan. Dalam fasa ini, pengguna bersedia untuk membayar bagi pengalaman rangkaian rumah yang lebih premium. Justeru itu, jaminan pengalaman perkhidmatan Hujung-ke-hujung (E2E) menjadi kunci untuk mencapai matlamat sambungan optik-menyeluruh dan 1 Gbps yang dilanjutkan ke setiap bilik. Operator perlu menaik taraf PON 10G untuk menyampaikan sepenuhnya perkhidmatan gigabit, memperkenalkan gentian-ke-bilik (FTTR), OTN 100G metro kepada CO dan ultra-jalur lebar tidak menyekat 400G tulang belakang. Inovasi teknologi tipikal dalam fasa ini ialah FTTR, WDM pengumpulan metro serta sistem pengurusan dan kawalan rangkaian pintar.

Fasa 3: Pengkomputeran Optik-Menyeluruh, Berpandukan-Kecerdasan untuk 10Gbps Di Mana-mana Sahaja

AI mempercepatkan pembuatan kandungan dan menggalakkan transformasi pintar industri-industri. Bagi mengatasi lonjakan trafik dan penghijrahan data besar-besaran ke awan, rangkaian berpusatkan pengkomputeran diperlukan untuk menyediakan keupayaan sambungan peringkat bas. Sama seperti CPU, bas dan aksesori komputer, kuasa pengkomputeran dan storan pusat data (DC) perlu bertukar-tukar maklumat dengan pengguna akhir pada masa sebenar melalui rangkaian berprestasi tinggi bagi mencapai matlamat pengkomputeran optik-menyeluruh untuk 10Gbps Di Mana-mana Sahaja.

Dalam fasa ini, bas rumah optik-menyeluruh berasaskan-FTTR menyokong sambungan-dan-pakai perantai IoT dan mengintegrasikan keupayaan sambungan, penderiaan, pengkomputeran dan storan untuk 10Gbps dalam seluruh rumah. Di samping itu, bas awan optik-menyeluruh berasaskan kepada PON 50G dan OTN 800G melaksanakan sambungan pengguna-DC atau DC-DC satu-loncatan optik-menyeluruh. Inovasi teknologi tipikal dalam fasa ini termasuk PON 50G, OTN metro sepenuhnya kepada CO dan 800G tulang belakang. Di samping itu, OTN perlu direka bentuk untuk senario DC. Berdasarkan hal ini, Huawei melancarkan Kepler, platform OTN generasi seterusnya, menyampaikan kapasiti pensuisan subrak-tunggal lebih daripada 100T. Memanfaatkan bahan dan struktur baharu, Kepler mengurangkan penggunaan kuasa setiap Gbit sebanyak 65% dan keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) kepada 1.2. Ia turut menyediakan unit pengkomputeran pintar bagi meningkatkan keberkesanan sambungan secara komprehensif.

Rangkaian sasaran optik-menyeluruh tiga-fasa dapat memastikan evolusi yang selari dan penaiktarafan yang lancar daripada F5G kepada F5.5G. Menurut Richard, "Operator memerlukan penyelesaian pembinaan rangkaian sasaran optik-menyeluruh yang paling sesuai dalam fasa-fasa pembangunan yang berbeza. Setakat ini, 100Mbps telah mengubah kandungan, 1Gbps mengubah pengalaman jalur lebar dan 10Gbps akan mengubah masyarakat. Ayuh kita bekerjasama untuk menjadikan F5.5G suatu kenyataan dan melangkah menuju dunia pintar."

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news Cloud Computing / Internet of Things