omniture

Huawei Lancar Penyelesaian 5.5G Siri-Penuh untuk Menjadikan 5.5G Suatu Kenyataan

Huawei
2023-10-16 15:08 100

DUBAI, UAE, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Di Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global 2023 (MBBF 2023), Cao Ming, Presiden Penyelesaian Tanpa Wayar di Huawei, melancarkan penyelesaian siri-penuh yang pertama dalam industri ini untuk 5.5G. Di majlis tersebut, Cao menyebut bahawa "5.5G tiba tepat pada masanya untuk menyokong pengalaman, perhubungan dan perkhidmatan baharu," mengetengahkan bahawa "penyelesaian 5.5G siri-penuh daripada Huawei akan membantu operator menyampaikan keupayaan sepuluh kali ganda senario-penuh dan mengupayakan kecekapan tenaga, penggunaan spektrum serta kecekapan O&M yang amat tinggi."

Cao Ming launching the industry's first full-series solutions for 5.5G
Cao Ming launching the industry's first full-series solutions for 5.5G

5.5G Tiba Tepat Pada Masanya untuk Naik Taraf Sambungan Mudah Alih

5G telah mengalami pengembangan komersial selama lebih empat tahun, membangun jauh lebih pantas berbanding teknologi mudah alih sebelumnya. Penerimaan 5G berskala mencetuskan momentum baharu untuk pertumbuhan ekonomi digital. 5G memacu pelbagai jenis pengalaman, perhubungan dan perkhidmatan baharu. 5G telah membuka pintu kepada dunia imersif untuk pengguna individu dan pengguna rumah. Ia telah melanjutkan sambungan IoT ke dalam semua senario dan menemui jalannya pada pengeluaran teras, memperkasa pengeluaran fleksibel, kesemuanya sambil mempercepatkan perkhidmatan kenderaan untuk semua benda (V2X) yang memacu pengangkutan pintar.

5.5G telahpun tiba tepat pada masanya untuk menaik taraf hubungan orang ramai, kediaman, benda, kenderaan dan industri. Penyelesaian 5.5G siri-penuh Huawei dapat membantu operator membina rangkaian 5.5G dengan cekap hasil daripada inovasi yang berterusan merentas lima kategori keupayaan asas: jalur lebar, berbilang jalur, berbilang antena, pintar dan hijau.

Produk 5.5G Siri-Penuh Menyampaikan Keupayaan Sepuluh Kali Ganda

ELAA berbilang jalur berbilang saluran TDD untuk pengalaman 10 Gbps. Tatasusunan antena amat besar (ELAA) membantu rangkaian 5G komersial meningkatkan dengan jelas liputan TDD dan kecekapan tenaga. Tatkala telekomunikasi beralih kepada 5.5G, ELAA dinaik taraf selanjutnya. Berdasarkan kepada ELAA baharu, MetaAAU 128T yang pertama dalam industri yang mengintegrasikan lebih 500 elemen antena boleh berfungsi dengan algoritma alur resolusi tinggi berbilang dimensi untuk meningkatkan pengalaman sebanyak 50%. Dengan penaiktarafan ELAA, MetaAAU 64T dwi-jalur yang pertama dalam industri ini boleh berfungsi dengan elemen-elemen tertumpu dwi-jalur bagi mengupayakan liputan bersama antara jalur tinggi dan rendah, menyampaikan pengalaman 5 hingga 10 Gbps yang tiada tandingan bersama-sama dengan penyelesaian berbilang pembawa.

GigaGreen siri-penuh FDD untuk menaik taraf pengalaman asas. MIMO Besar-besaran tiga jalur FDD yang pertama dalam industri dan modul 8T tiga jalur menyokong lebar jalur peringkat GHz, mengupayakan .8+2.1+2.6 GHz dalam satu kotak dan boleh berfungsi dengan pembentuk alur FDD untuk meningkatkan kecekapan spektrum dan tenaga FDD dengan ketara. Berbanding dengan 4T4R, MIMO Besar-besaran tiga jalur FDD meningkatkan kapasiti sebanyak 10 kali ganda dan liputan sebanyak 10 dB. 8T8R tiga jalur FDD meningkatkan kecekapan spektrum sebanyak tiga kali ganda dan liputan sebanyak 7dB apabila berfungsi dengan jalur lebar sebenar dan perkongsian kuasa yang dinamik.

mmWave AAU dengan tatasusunan antena terbesar untuk liputan 10 Gbps berterusan. Industri mmWave telah maju untuk mencapai kematangan. mmWave AAU yang pertama dalam industri ini merangkumi lebih daripada 2,000 elemen antena bagi mengatasi batasan mmWave pada tapak bersama liputan bersama dengan jalur-C. Melalui penyelarasan antara jalur tinggi dan rendah, rangkaian mmWave boleh menyampaikan daya pemprosesan puncak 10 Gbps, dengan purata 5 Gbps. AAU ini turut menyokong pengurusan alur pintar, melanggar batasan mmWave berhubung mobiliti berkelajuan tinggi dan transmisi NLOS

Peningkatan DIS dari segi prestasi dan penjimatan tenaga untuk membawa 5.5G dalam kawasan tertutup. Siri LampSite X mengintegrasikan lima jalur dan mmWave dalam satu kotak bagi menyokong lebar jalur penuh merentas semua jalur untuk semua teknologi akses radio. Ia turut menyokong kedormanan amat mendalam bagi mengurangkan penggunaan kuasa luar puncak kepada hanya 1 Watt. Bagi menjamin liputan yang diperlukan oleh kawasan letak kenderaan bawah tanah dan kawasan-kawasan serupa yang lain, modul LightSite berkuasa sederhana berbilang jalur yang unik dapat memastikan pengalaman pengguna 35% lebih baik dan TCO lebih rendah berbanding penyelesaian DAS biasa.

Inovasi antena dan gelombang mikro berterusan untuk pembinaan 5.5G cekap. Antena hijau memanfaatkan suapan suntikan langsung (SDIF) untuk mentakifkan semula seni bina antena dan Meta Lens bagi mengagregatkan tenaga alur untuk kecekapan tenaga 25% lebih tinggi. Gelombang mikro mempunyai platform baharu MAGICSwave untuk menaik taraf rangkaian pengangkut. MAGICSwave menyokong transmisi berbilang saluran yang sangat luas untuk meningkatkan kecekapan angkut balik, dengan kapasiti lebih tinggi untuk kawasan bandar dan jarak transmisi lebih panjang untuk kawasan subbandar. Ia membawakan tahap integrasi yang tinggi, mengupayakan rangkaian untuk mengekalkan evolusi sepanjang tempoh 10 tahun yang akan datang.

5.5G Cekap, Pintar Memastikan Kecekapan Rangkaian Optimum

Pengumpulan spektrum iHashBand2.0 untuk kecekapan spektrum 5.5G optimum. iHashBand2.0 mentakrifkan semula penggunaan spektrum berbilang jalur: Sel penservis (MB-SC) mengupayakan spektrum terputus digabungkan secara fleksibel untuk lebar jalur besar maya, menjadikan 10 Gbps dapat dijayakan sambil mencapai kecekapan spektrum 40% lebih tinggi. Akses spektrum fleksibel (FSA) menyokong akses jalur paut naik penuh yang fleksibel, membawakan paut naik kepada Gbps dengan kecekapan spektrum 40% lebih tinggi.

"0 Bit 0 Watt" senario penuh untuk kecekapan tenaga 5.5G optimum. Peralatan siri penuh menyokong "0 Bit 0 Watt", menjadi yang pertama dalam industri ini yang menyokong kedormanan amat mendalam dengan kedalaman penutupan 99%, bangkit pantas atas permintaan dan penutupan peringkat milisaat pada kedua-dua peringkat pembawa dan saluran. Penyelesaian tapak merealisasikan penyelarasan pintar antara bekalan kuasa dan peralatan, memastikan "0 Bit 0 Watt" pada peringkat tapak. Dengan iPowerStar, dasar jimat tenaga tapak-tertentu dapat dilaksanakan berdasarkan kepada trend trafik pada masa yang berbeza dalam sehari, lalu membantu merealisasikan "0 Bit 0 Watt" pada peringkat rangkaian.

IntelligentRAN menuju L4 untuk O&M 5.5G optimum. Rangkaian akan bergantung kepada lebih banyak jalur untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan sambungan, lantas mewajarkan trend 5.5G untuk memajukan autonomi tahap tinggi. IntelligentRAN menyokong kecerdasan berasaskan kepada hasrat L4. Ini bererti pencegahan dan ramalan dapat dilakukan untuk menggantikan O&M rangkaian reaktif dengan kaedah-kaedah proaktif, rangkaian sedar akan hasrat rangkaian untuk menyampaikan pengalaman berketentuan yang lebih baik dan pembuatan keputusan berbilang objektif disokong untuk mengoptimumkan pengalaman perkhidmatan serta kecekapan tenaga rangkaian.

"Masa depan telah tiba. Huawei akan terus membangunkan produk dan penyelesaian yang inovatif dengan kerjasama bersama semua rakan industri untuk menjadikan 5.5G suatu kenyataan," Cao mengakhiri.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news