omniture

BetterPlace lancar jenama teknologi disatukan goBetter percepatkan pengembangan globalnya, merancang melabur $35 juta dalam R&D

BetterPlace
2023-10-16 16:56 52

Sejumlah $80 juta akan dilaburkan di Asia Tenggara dan wilayah GCC untuk mengurus 10 juta pekerja barisan hadapan dalam tempoh 3 tahun seterusnya

MUMBAI, India dan SINGAPURA, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk memperluaskan dan mengukuhkan lagi kehadirannya di peringkat global, BetterPlace, platform SaaS tenaga kerja tindanan penuh terbesar Asia, mengumumkan pelancaran jenama teknologi disatukannya goBetter di acara utamanya, The Next Step, diadakan di Mumbai. goBetter BetterPlace menggabungkan lebih 8 modul teknologi menjadi satu platform, yang mana syarikat ini menyasarkan untuk membawanya ke pasaran global sebagai platform SaaS disatukan yang dioptimumkan oleh Kecerdasan Buatan (AI) Generatif bagi merevolusikan pengurusan tenaga kerja barisan hadapan.

India, Asia Tenggara dan negara-negara GCC membentuk 50% daripada tenaga kerja dunia, namun secara purata lebih daripada 60% tenaga kerja ini masih tidak formal. Ini telah mencetuskan masalah merentas rantaian nilai. Kurang daripada 3% tenaga kerja barisan hadapan berkemahiran formal yang menyebabkan kecekapan perusahaan adalah 20-25% lebih rendah berbanding kadar ideal dan mengalami kekurangan tenaga buruh sebanyak lebih daripada 20%. Tambahan pula, dengan dinamik tenaga kerja global yang berubah pantas, perusahaan tidak dapat mencungkil potensi sebenar tenaga kerja, lalu menjejaskan keupayaan pertumbuhan mereka. Dengan kurang daripada 15% perusahaan mendigitalkan operasi tenaga kerja mereka, menjadi amat penting untuk semua perusahaan di peringkat global menjadi moden dan digital bagi mencungkil potensi ini secara meluas. Tugas yang amat besar ini hanya dapat dicapai dengan bantuan daripada teknologi dan AI. goBetter akan menjadi penyelesaian sehenti untuk perusahaan bagi membantu mereka dalam perjalanan mereka untuk membina tenaga kerja yang tangkas. Jenama teknologi disatukan yang baharu ini akan membantu perusahaan mengurangkan kos mereka sebanyak 50% dan meningkatkan produktiviti sebanyak 100% melalui automasi dan pengoptimuman yang memperkasa mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Mengulas mengenai pelancaran goBetter, Pravin Agarwala, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, BetterPlace berkata, "Dinamik tenaga kerja yang berubah pantas di peringkat global ini menimbulkan cabaran yang besar untuk perusahaan. Dwiimpak jangkaan pekerja yang berubah-ubah dan tekanan pengoptimuman telah mewujudkan konteks yang mana sekiranya perusahaan tidak beradaptasi dengan pantas, ia akan ketinggalan, kehilangan berjuta-juta yang sebaliknya dapat diperoleh melalui pengoptimuman. Di bawah keadaan ini, transformasi digital telah menjadi amat penting untuk organisasi mencapai skala. Pada 7 tahun yang lalu, kami bekerja tanpa henti untuk membangunkan tindanan teknologi bagi menyelesaikan masalah pengurusan modal insan yang rumit ini di peringkat global. Dengan goBetter, kami menyasarkan untuk menguasai pasaran boleh ditangani bernilai $300bn di India, Asia Tenggara dan negara-negara GCC untuk menjadi penyelesaian pilihan untuk sebarang perusahaan yang ingin memfokuskan pada pengembangan perniagaannya, manakala operasi tenaga kerjanya dioptimumkan dan diautomasikan. Dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, matlamat kami bersama goBetter adalah untuk mengurus 10 juta pekerja di Asia Tenggara dan GCC dalam tempoh 3 tahun seterusnya bagi menyerlahkan potensi ekonomi sebenar pekerja barisan hadapan dan ekonomi yang menggaji mereka."

BetterPlace bermula sebagai perisian pengesahan pada tahun 2015 meningkatkan tindanan produknya dengan pantas untuk memenuhi keperluan seluruh rantaian nilai pengurusan tenaga kerja barisan hadapan. Tujuh tahun kemudian, dengan lebih 8 modul produk digabungkan menjadi satu, BetterPlace menjadi platform pengurusan tenaga kerja barisan hadapan tindanan penuh yang terbesar di Asia. Dengan tumpuan kukuh untuk membangunkan tindanan teknologi ini selanjutnya BetterPlace merancang untuk melabur sebanyak $35 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengukuhkan tindanan teknologinya selanjutnya.

Dengan kehadiran di 5 negara dan lebih daripada 30 juta pekerja pada platform mereka, BetterPlace menyaksikan lonjakan pertumbuhan 5.5X berbanding tahun sebelumnya pada Tahun Fiskal 2022, mencatatkan hasil sebanyak ₹275 crore dan menyasarkan untuk menjadi EBITDA menguntungkan selewat-lewatnya pada September 2024.

Latar Belakang BetterPlace
Ditubuhkan pada tahun 2015, BetterPlace ialah platform SaaS HCM global terbesar di Asia yang mengurus segala-galanya yang berkaitan dengan segmen barisan hadapan hujung-ke-hujung. Syarikat ini memiliki lebih 30 juta pekerja pada platform ini dan lebih 1100 syarikat sebagai pelanggan. Sebagai penyelesaian tindanan penuh, BetterPlace memenuhi keperluan pengambilan pekerja hingga bersara bagi tenaga kerja barisan hadapan bermula daripada pekerjaan, insurans, pekerjaan gig hinggalah faedah. BetterPlace turut melancarkan platform B2C mereka Rocket yang bekerjasama dengan perusahaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja barisan hadapan secara percuma agar lebih ramai pekerja barisan hadapan bersedia untuk bekerja dan perusahaan mendapat akses kepada tenaga kerja barisan hadapan yang telah dilatih terlebih dahulu.

 

Source: BetterPlace
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services