omniture

CGTN: Penyebaran teh dan budayanya sepanjang Jalan Sutera

CGTN
2023-10-16 21:49 36

BEIJING, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Birol, seorang pemandu pelancong tempatan yang bertutur dalam bahasa Cina di Istanbul, Türkiye, menganggap teh hitam sebagai bahagian yang amat diperlukan dalam rutin harian beliau. Hakikatnya, bukan sahaja Birol. Dalam isi rumah Turki biasa, menyediakan secawan teh hitam menggunakan cerek teh khas yang dikenali sebagai "çaydanlık" merupakan aspek berharga dalam kehidupan seharian.

CGTN: Diffusion of tea and its culture along the Silk Road
CGTN: Diffusion of tea and its culture along the Silk Road

Teh hitam sentiasa boleh didapati bermula daripada sarapan pagi hingga makan malam dan merupakan minuman biasa untuk menyambut tetamu dan mengadakan jamuan, kata Birol.

Di Türkiye, teh memiliki sejarah yang kaya menjangkau lebih dua abad lamanya dan telah menjadi unsur penting dalam budaya tempatan, benar-benar tertanam dalam kehidupan harian penduduknya. Hari ini, negara berkenaan merupakan salah satu pengguna teh yang utama di dunia.

Kepentingan ini ditonjolkan lagi melalui penyertaan Türkiye dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI). Terkenal dari segi sejarah dengan tradisi minum tehnya yang kukuh, ia menyaksikan BRI membuka pintu kepada peningkatan pertukaran perdagangan serta budaya.

Selain Türkiye, sejak China mencadangkan BRI dalam tahun 2013, inisiatif ini memainkan peranan penting dalam menggerakkan sumber, meningkatkan kesalinghubungan antara negara dan menyerlahkan prospek pertumbuhan yang berpotensi.

Sepanjang dekad yang lalu, perdagangan dan pelaburan telah menyaksikan pertumbuhan berterusan. Dari tahun 2013 hingga 2022, nilai keseluruhan import dan eksport antara China dan negara-negara BRI yang lain mencecah $19.1 trilion, mengekalkan purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.4 peratus, menurut kertas putih yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China pada 10 Oktober.

Menjelang akhir Ogos 2023, lebih daripada 80 negara dan organisasi antarabangsa telah menyokong Inisiatif China untuk Menggalakkan Kerjasama Perdagangan Tanpa Halangan Sepanjang Jalur dan Jalan. Negara ini turut menandatangani 21 perjanjian perdagangan bebas dengan 28 negara serta wilayah, lalu menggalakkan lagi kerjasama ekonomi dan kesalinghubungan perdagangan dalam rangka kerja BRI.

Pasaran teh global berkembang maju

Eksport teh China menyaksikan pertumbuhan yang stabil pada tahun 2022. Negara ini mengeksport sejumlah 375,300 tan teh, memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.59 peratus berbanding eksport tahun sebelumnya, data seperti yang ditunjukkan oleh Pentadbiran Am Kastam.

Secara pecahan, eksport teh hijau berjumlah 313,900 tan, merangkumi 83.6 peratus daripada jumlah eksport teh China. Sementara itu, eksport teh hitam dan teh oolong masing-masing berjumlah 8.9 peratus dan 5.2 peratus.

Negara-negara yang mengambil bahagian dalam BRI juga menyaksikan lonjakan dalam eksport teh mereka. Kenya, umpamanya, mengeksport 1.4 juta kilogram teh ke China pada tahun 2022, data seperti yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Industri Teh, China Association for the Promotion of International Agricultural Cooperation.

Sebagai pengeluar teh prolifik, Kenya menghasilkan lebih 450 juta kilogram teh setiap tahun. Industri teh menyumbang kira-kira 23 peratus daripada jumlah perolehan pertukaran asing Kenya, menurut Tea Directorate. Sektor ini turut menyokong mata pencarian kira-kira 5 juta individu di Kenya, baik secara langsung mahupun tidak langsung, di sebuah negara dengan populasi penduduk seramai 53 juta orang.

Pada tahun ini, Kenya meramalkan rangsangan yang selanjutnya dari segi volum eksport tehnya, lantaran penghantaran teh ortodoks dan hitam Kenya yang semakin meningkat ke China, menurut Lembaga Pertanian dan Makanan Kenya.

Selain daripada teh, perdagangan lain turut berkembang maju antara kedua-dua negara, hasil daripada Landasan Kereta Api Landasan Piawai Mombasa-Nairobi (SGR) yang dilancarkan pada tahun 2017, hasil awal daripada BRI. Landasan kereta api tersebut telah memudahkan pergerakan lancar kargo pukal yang diimport ke daerah pedalaman, menambah baik logistik dan rantaian bekalan serta menyediakan cara mengangkut kargo pukal yang pantas, cekap dan berkesan kos.

Dalam lapan bulan pertama tahun 2023, perdagangan China dalam produk perdagangan, termasuk teh, bersama negara-negara BRI mencecah 553.82 bilion yuan ($76.10 bilion), satu peningkatan sebanyak 10.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan peningkatan 162 peratus berbanding tahun 2013, seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

Pada tahun 2022, perdagangan China dalam produk makanan bersama negara-negara BRI mencecah 786.31 bilion yuan, meningkat 135.3 peratus berbanding tahun 2013, menurut Pentadbiran Am Kastam.

Setakat Jun pada tahun ini, China telah menandatangani lebih 200 perjanjian kerjasama BRI dengan 152 negara dan 32 organisasi antarabangsa, memperluaskan kepelbagaian dan skala perdagangan makanan.

Jalan teh bersejarah mendorong penyebaran budaya teh

Sepanjang sejarah, budaya teh Cina amat berkait rapat dengan ekspedisi perdagangan sepanjang laluan bersejarah seperti Jalan Kuda Teh. Laluan tersebut bermula di wilayah-wilayah barat daya China iaitu Sichuan dan Yunnan, berliku-liku sepanjang kaki bukit sebelah timur Pergunungan Hengduan, pusat pengeluaran teh di China, sebelum berkembang ke India, yang terletak di bahagian selatan Himalaya.

Satu lagi laluan bersejarah, jalan teh purba, berasal dari Pergunungan Wuyi di Fujian, bahagian tenggara China dan menjangkau kira-kira 13,000 kilometer. Ia terdiri daripada rangkaian laluan perdagangan dan karavan yang merentas China untuk sampai ke Eropah, memainkan peranan yang amat penting dalam menyebarkan teh Cina ke negara-negara asing.

Jalan teh purba merupakan laluan perdagangan penting yang menggabungkan pengangkutan air dan darat untuk memudahkan perdagangan teh, memenuhi permintaan masyarakat pelbagai etnik yang menetap di barat laut China, Rusia dan Eropah, menurut Huang Baiquan, profesor di Pusat Pengajian Sejarah dan Budaya, Universiti Hubei.

Laluan komersial ini mencakupi pelbagai iklim dan landskap, berfungsi sebagai platform untuk kewujudan bersama yang harmoni bagi pelbagai aktiviti ekonomi serta memenuhi keperluan mata pencarian penduduk yang tinggal sepanjang laluan itu, ujar Huang.

Laluan perdagangan bersejarah ini benar-benar sejajar dengan laluan utara Jalur Ekonomi Jalan Sutera China dan merupakan bahagian yang penting dalam BRI. Ia telah memupuk kepelbagaian ekonomi dan menggalakkan pertukaran idea dan ilmu yang berbilang dimensi antara China selatan dan utara, Rusia serta Eropah.

Semasa proses penanaman dan pemprosesan, pengangkutan, perdagangan serta pengambilan teh, orang ramai daripada pelbagai bangsa dan negara sepanjang jalan teh purba telah mencipta dan meneruskan budaya teh yang rancak dan pelbagai, tambah Huang.

https://news.cgtn.com/news/2023-10-14/Diffusion-of-tea-and-its-culture-along-the-Silk-Road-1nTdXYsPlYY/index.html

Source: CGTN
Keywords: Beverages Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Non-Alcoholic Beverages Publishing/Information Service Retail