omniture

Docquity memperkenalkan portal pekerjaan serantau pertama Asia Tenggara untuk golongan profesional penjagaan kesihatan

Docquity
2023-10-17 10:00 20
  • Docquity Jobs membolehkan organisasi penjagaan kesihatan mengakses pangkalan data terbesar bakat perubatan di rantau ini merentas kepakaran yang berbeza
  • Hanya dalam setahun, portal pekerjaan ini berkembang ke empat negara dengan penyertaan sebanyak 400 majikan
  • Docquity Jobs menyaksikan pertumbuhan 30% berbanding bulan yang lalu sejak pelancaran, dengan purata 6,000 ahli profesional penjagaan kesihatan yang melawat portal ini setiap bulan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Docquity, rangkaian profesional terbesar Asia Tenggara dengan lebih daripada 400,000 ahli profesional penjagaan kesihatan (HCP), menghubungkan dua daripada setiap tiga di rantau ini, melancarkan Docquity Jobs, portal pekerjaan serantau pertama dikhususkan untuk HCP di Asia Tenggara. Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022, Docquity Jobs berkembang ke Filipina serta Indonesia dan kini merintis di Singapura. Kini, ia  mempunyai sekitar 400 majikan  dan menyaksikan pertumbuhan 30% berbanding bulan yang lalu, dengan lebih 6,000 HCP secara purata melawat  enjin carian ini setiap bulan.

 

"Docquity ditubuhkan dengan visi untuk menghubungkan dan memperkasa HCP bagi meningkatkan hasil penjagaan kesihatan secara meluas. Selama bertahun-tahun, kami terus mengembangkan produk dan perkhidmatan kami berdasarkan pemahaman mendalam kami terhadap keperluan dan cabaran HCP," kata Indranil Roychowdhury, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Docquity. "Bertindak balas kepada keperluan kemajuan kerjaya HCP pada platform kami, kami melancarkan Docquity Jobs sebagai lanjutan penting tujuan dan perniagaan kami, menawarkan ruang khusus kepada HCP untuk berhubung dengan bakal majikan secara lancar."

Kajian Docquity[1] mendapati bahawa 88% HCP di rantau ini terbuka untuk meninjau peluang pekerjaan baharu. Memandangkan platform pekerjaan tradisional tidak dioptimumkan untuk golongan profesional perubatan Asia Tenggara, Docquity mencipta portal serantau yang hanya mengiklankan pekerjaan penjagaan kesihatan yang paling relevan daripada majikan terkemuka dalam industri ini.

HCP boleh  menggunakan Docquity Jobs untuk mencari peluang pekerjaan dengan mudah mengikut lokasi, jawatan pekerjaan dan jenis syarikat yang mereka inginkan. Melalui Docquity Jobs, HCP juga boleh mengakses sumber bagi membantu mereka membuat persediaan untuk sebarang pemindahan serantau yang berpotensi. Di samping itu, organisasi penjagaan kesihatan seperti hospital, klinik dan syarikat farmaseutikal, boleh memanfaatkan pandangan platform ini untuk menyasarkan calon daripada rangkaian golongan profesional penjagaan kesihatan yang terbesar di rantau ini atau meningkatkan kecekapan dengan menyumber luar keperluan perekrutan mereka kepada pasukan pemerolehan bakat dalaman Docquity Jobs.

Sebagai contoh, Juan Medical, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah di Filipina, bekerjasama dengan Docquity Jobs untuk membantu mengembangkan pasukannya di Wilayah Ibu Negara (NCR) dan Cebu memandangkan permintaan terhadap tawarannya melonjak. Docquity Jobs melancarkan kempen pemasaran ditempah khas untuk Juan Medical, memanfaatkan rangkaian luas HCP untuk mendekati lebih 23,300 calon berpotensi dengan cepat. Perkongsian ini membolehkan Juan Medical berjaya  mendapat 24 HCP untuk jawatan seperti pakar atas panggilan dan jururawat, hanya dalam tempoh 21 minggu.

"Menarik pemohon HCP telah menjadi satu cabaran yang besar kerana proses perekrutan legasi kami tidak membuahkan hasil yang diinginkan dengan cukup pantas. Docquity Jobs menjadikan pencarian dan pengambilan bakat yang tepat lebih cekap, yang memerlukan usaha minimum daripada kami. Pendekatannya yang komprehensif dan sentuhan tersuai membolehkan kami memperoleh HCP terbaik untuk kedua-dua Cebu dan NCR," kata Tanya Marie Cabais-Liscano M.D., Pengarah Perubatan Juan Medical.

Sementara itu, Speedoc, sebuah klinik maya yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura yang membolehkan pengguna mendapatkan rawatan perubatan dari rumah, bekerjasama dengan Docquity Jobs untuk menyampaikan proposisi nilai majikannya dan mencari bakat penjagaan kesihatan yang memenuhi keperluan kerjanya yang unik. Docquity Jobs menawarkan  Speedoc dengan perkhidmatan pencarian pekerja penjagaan kesihatan khusus dan pengurusan yang komprehensif terhadap seluruh proses perekrutan. Kempen Speedoc mencapai lebih 11,000 orang doktor, dengan 285 ditemu bual secara bersemuka oleh Docquity.

"Docquity Jobs menunjukkan kecekapan dan profesionalisme dalam pengurusan calon. Proses pengurusan calon mereka yang mantap memberikan  kami calon-calon yang telah menambah nilai yang sangat besar kepada perniagaan kami," kata Kenneth Toh, Pengarah Individu & Budaya Speedoc.

Golongan profesional penjagaan kesihatan di Malaysia yang mencari peluang pekerjaan baharu boleh mengunjungi Docquity Jobs hari ini.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti dipercayai yang terbesar di Asia Tenggara merangkumi golongan profesional penjagaan kesihatan yang disahkan. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan belajar, berhubung dan berkembang, serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta memberi pemahaman terhadapnya.

Docquity memiliki lebih daripada 400,000 HCP pada platform ini dan pejabat-pejabat di negara-negara dan wilayah-wilayah seperti di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

[1] Berdasarkan kepada tinjauan 2022 yang dijalankan melalui aplikasi Docquity, menyasarkan HCP di Filipina dan Malaysia (saiz sampel sekitar 150)

Source: Docquity
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources