IAR Embedded Workbench for Arm Menyokong Sepenuhnya 32-bit Arm® Cortex® - M0+/M4 MCU Puya Semiconductor.
SHANGHAI, 17 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- IAR, peneraju dunia bagi perisian dan perkhidmatan untuk pembangunan terbenam, dengan sukacitanya mengumumkan sokongannya yang komprehensif untuk rangkaian 32-bit Arm® Cortex® - M0+/M4 MCU Puya Semiconductor. Dengan IAR Embedded Workbench for Arm, pembangun boleh memanfaatkan prestasi maksimum, kualiti kod terjamin dan keselamatan fungsian apabila menggunakan 32-bit Arm® Cortex® - M0+/M4 MCU Puya.
Puya Semiconductor ialah penyedia utama yang mengkhusus dalam penyelesaian ingatan tak meruap berkuasa rendah (Flash dan EEPROM), serta MCU termaju. Teras 32-bit Arm® Cortex® - M0+/M4 daripadanya memanfaatkan teknologi Flash yang berprestasi tinggi dan memberi penekanan kukuh pada reka bentuk kuasa ultra-rendah. Dengan kekayaan sejarah dalam membangunkan penyelesaian, Puya mempunyai sebuah pasukan sokongan teknikal khas, bagi memastikan pelanggan menerima sokongan teknikal yang komprehensif. Tambahan pula, Puya telah menubuhkan rangkaian saluran jualan yang luas di seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC), dengan pejabat-pejabat cawangan di Jepun dan Korea Selatan. Puya turut berkolaborasi dengan saluran-saluran wakilan di Vietnam, Singapura, India, Israel, Thailand dan lokasi-lokasi lain untuk memberi sokongan teknikal setempat yang cemerlang kepada pelanggan tempatan.
Cao Yuxin, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Puya Semiconductor menyatakan, "Kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan IAR. IAR Embedded Workbench for Arm diiktiraf secara meluas sebagai peneraju dalam penyelesaian pembangunan bersepadu terbenam dalam industri ini. Perkongsian ini sudah pastinya akan memberi sokongan pembangunan yang komprehensif kepada siri produk MCU Puya. Siri produk MCU daripada Puya Semiconductor menemui aplikasi yang meluas dalam pelbagai sektor, termasuk alat boleh pakai pengguna, perkakas kecil, IoT perindustrian, penjagaan kesihatan, kawalan motor dan instrumentasi."
Pada masa ini, Puya melancarkan pelbagai jenis produk MCU, mencakupi siri 32-bit Arm® Cortex® - M0+/M4. Produk-produk ini boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor termasuk elektronik pengguna, Internet Pelbagai Benda (IoT), penjagaan kesihatan, kawalan industri dan banyak lagi. Ia berfungsi sebagai asas teknologi yang kukuh untuk mendorong inovasi dan kemajuan dalam pelbagai industri.
IAR Embedded Workbench for Arm menjadi pilihan utama untuk pembangunan perisian terbenam antara puluhan ribu pembangun di seluruh dunia. Ia termasuk penyusun yang amat dioptimumkan yang menjana kod boleh laku yang cekap untuk memaksimumkan prestasi MCU. Ia turut menawarkan ciri-ciri penyahpepijatan dan pengesanan termaju seperti titik putus kod dan data fleksibel, analisis tindanan waktu jalan dan visualisasi tindanan panggilan. Alat-alat analisis kod, C-STAT dan C-RUN dapat membantu pembangun mengenal pasti isu-isu berpotensi pada peringkat awal dan meningkatkan kualiti kod. Di samping itu, IAR Embedded Workbench for Arm menyediakan versi keselamatan fungsian yang diperakui oleh TÜV SÜD, bagi membantu pengguna mempercepatkan pensijilan produk-produk keselamatan fungsian mereka.
Kiyo Uemura, Naib Presiden IAR Asia Pasifik berkata, "Kolaborasi antara IAR dan Puya Semiconductor bukan sahaja akan mengukuhkan rantaian bekalan dalam industri semikonduktor, tetapi juga memacu pembangunan ekosistem dengan aktif dalam pasaran sistem terbenam. Kami akan memanfaatkan sumber-sumber serantau kami untuk menyokong sepenuhnya pertumbuhan cekap industri semikonduktor domestik. Dengan memberi sokongan alatan pembangunan yang profesional, kami bukan sahaja membantu pelanggan kami mencapai kejayaan, bahan turut menggalakkan kemajuan ekosistem dengan aktif. Kami bersama-sama menerajui gelombang inovasi industri dan menyumbang lebih banyak kuasa kepada pembangunan yang rancak dalam sektor sistem terbenam."
Untuk maklumat lanjut mengenai mikropengawal siri 32-bit Arm® Cortex® - M0+/M4 daripada Puya Semiconductor, sila kunjungi: www.puyasemi.com. Untuk maklumat lanjut mengenai IAR Embedded Workbench for Arm, sila kunjungi: www.iar.com/arm.