omniture

FOTON PERKENAL AUMARK dan WONDER SERBA BAHARU, Takrifkan Semula Pengangkutan Bandar dan Penghantaran Batuan Terakhir

Foton International
2023-10-18 01:19 35

BEIJING, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada 11 Oktober, FOTON melancarkan produk-produk serba baharu AUMARK dan WONDER di Changsha, China, menyasarkan kedua-dua pasaran logistik bandar dan logistik batuan terakhir. Sebagai bukti kepada strategi FOTON iaitu strategi dwi-karbon dan tenaga baharu, kedua-dua produk menawarkan pelbagai ciri dan kelebihan yang menarik.

FOTON ALL-NEW AUMARK
FOTON ALL-NEW AUMARK

AUMARK serba baharu, adalah berasaskan kepada "Platform Kongsi Berbilang Tenaga" terkini daripada FOTON, mengupayakan pembangunan laluan teknologi pada platform yang sama, termasuk produk sel bahan api, hibrid, elektrik tulen dan bahan api hidrogen. Ia mempunyai ciri-ciri bersepadu, modular, mencapai peningkatan dalam keandalan, kecekapan dan keselamatan.

Dari segi keandalan, AUMARK serba baharu dikeluarkan di Kilang Trak Super Pintar FOTON, menampilkan teknologi kimpalan automatik sepenuhnya dan salutan semburan poliurea yang meningkatkan ketahanan karat sebanyak 50%. Di samping itu, ujian-ujian jalan raya dunia sebenar dikenakan ke atas kenderaan tersebut sejauh lebih 3 juta kilometer, dengan komponen-komponen penting menjalani 12,000 jam ujian makmal.

FOTON ALL-NEW WONDER
FOTON ALL-NEW WONDER

Berhubung kecekapan, hasil daripada "Platform Kongsi Berbilang Tenaga" FOTON yang direka bentuk untuk "trak masa depan", pembangunan modular dan bersepadu yang mendalam bagi sistem transmisi, bateri dan sistem ampaian memastikan kualiti produk yang konsisten. Sebagai contoh, versi transmisi automatik bagi model bahan api menggabungkan FotonSuperPowerTrain, sistem bahan api rel biasa dengan tekanan tinggi 2000-bar, teknologi pembakaran dwi lapisan pusaran, mencapai kecekapan transmisi sebanyak 99.7%. Versi elektrik tulen menawarkan pengecasan pantas selama 1 jam, mencapai operasi berkecekapan tinggi dengan penggunaan tenaga 32 kWj/100 km. Model hibrid dilengkapi dengan Sistem Dwi-Enjin Pintar FOTON, menawarkan jarak sejauh lebih 1000 kilometer, manakala versi sel bahan api hidrogen menggunakan Sistem Hidrogen inovatif daripada FOTON, mengupayakan masa pengisian bahan api selama 5 minit dan jarak sejauh 450 kilometer untuk operasi yang cekap sekali gus membantu pelanggan mencapai keneutralan karbon.

Dari segi keselamatan, AUMARK serba baharu dilengkapi dengan sistem pengurusan pintar i-ADAS baharu daripada FOTON, meningkatkan kedua-dua langkah-langkah keselamatan aktif dan pasif, memenuhi piawaian perlanggaran keselamatan ECE-R29 Eropah yang tertinggi.

Pelancaran global ini turut memperkenalkan jenama trak mini serba baharu, WONDER yang merupakan trak mini generasi serba baharu daripada FOTON yang memenuhi keperluan perjalanan gaya hidup, pengubahsuaian diperibadikan dan keperluan komersial, menawarkan pengalaman "SMART" yang segar kepada pengguna, iaitu reka bentuk kabin "Pintar" ("Smart") untuk pergerakan responsif dan peralihan lancar; "Menjimatkan-wang" ("Money-saving") untuk TCO; "Estetik" ("Aesthetic") untuk reka bentuk fesyen; "Andal" ("Reliable") untuk penghantaran tepat pada masanya; dan "selesa" ("comforT") untuk keselesaan pemandu. WONDER tersedia dalam kedua-dua versi bahan api dan elektrik, dengan versi elektrik berupaya memberikan masa pengecasan 48 minit dan jarak sejauh 280 kilometer.

Source: Foton International
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Transportation Utilities Environmental Issues New products/services Supply Chain/Logistics