omniture

Majikan Seluruh APME Mengisyaratkan Pertumbuhan Berterusan apabila Prospek Pengambilan Pekerja Meningkat kepada +31% bagi S1 2026: Tinjauan Prospek Pekerjaan ManpowerGroup Terkini

ManpowerGroup
2025-12-09 02:00
  • Prospek Pekerjaan Bersih (NEO) bagi S1 2026 di Asia Pasifik dan Timur Tengah (APME) mencapai +31%.
  • Hasrat pengambilan pekerja untuk sektor Kewangan & Insurans mendahului dengan NEO +38%, diikuti oleh Perkhidmatan Teknologi & IT (+37%) serta Perkhidmatan Profesional, Saintifik & Teknikal (+36%).
  • 44% majikan di rantau ini merancang untuk mengambil pekerja pada S1 2026, dengan pengembangan syarikat menjadi sebab utama bagi pengambilan pekerja (40%).

SINGAPURA, 9 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Optimisme pengambilan pekerja di seluruh Asia Pasifik dan Timur Tengah (APME) semakin baik, dengan majikan melaporkan Prospek Pekerjaan Bersih (NEO) terlaras secara bermusim sebanyak +31% bagi S1 2026—meningkat tiga mata daripada S4 2025 dan tujuh mata lebih tinggi berbanding S1 2025.

Q1 2026 ManpowerGroup Employment Outlook Survey - APME Key Findings
Q1 2026 ManpowerGroup Employment Outlook Survey - APME Key Findings

Tinjauan terhadap 12,193 majikan merentas 10 negara dan wilayah APME mendapati bahawa 44% majikan berharap untuk memperluas tenaga kerja mereka, 13% menjangkakan penurunan bilangan pekerja dan 39% lagi merancang untuk mengekalkan tahap pengambilan kakitangan semasa. Sementara itu, 4% tidak pasti dengan perubahan pengambilan kakitangan dalam suku tahun akan datang.

Selain India (+52%) dan U.A.E. (+46%), akiviti pengambilan pekerja kekal perlahan. Prospek China (+24%) menurun sebanyak sembilan mata, Hong Kong (+1%) mencatatkan kedudukan terendah di rantau ini dan antara yang paling lemah di peringkat global, manakala Australia (+18%) dan Singapura (+15%) masing-masing menurun sebanyak enam dan lima mata.

"Rancangan pengambilan pekerja di seluruh Asia Pasifik dan Timur Tengah menggambarkan peralihan ke arah pertumbuhan yang dirancang. Majikan berkembang secara strategik, mengutamakan peranan yang mendayakan inovasi dan kebolehsesuaian. Meskipun India dan Timur Tengah memacu sebahagian besar momentum, pasaran Asia Pasifik yang lain mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati memandangkan keadaan ekonomi memberi kesan kepada keyakinan mereka untuk merancang mengambil pekerja. Strategi ini bertujuan untuk membina kekuatan demi masa depan—melabur dalam kemahiran yang tepat untuk kekal berdaya saing di pasaran yang terus berkembang," kata François Lançon, Presiden Serantau, Asia Pasifik & Timur Tengah, ManpowerGroup.

Lihat keputusan penuh: www.manpowergroup.com.sg/meos-apme

Latar Belakang ManpowerGroup

ManpowerGroup® (NYSE: MAN), iaitu syarikat penyelesaian tenaga kerja global yang terkemuka, membantu organisasi-organisasi mencapai transformasi dalam dunia pekerjaan yang berubah pantas dengan memperoleh, menilai, membangunkan dan mengurus bakat yang membolehkan mereka menggapai kejayaan. Rangkaian jenama pakar kami – Manpower, Experis dan Talent Solutions – mewujudkan nilai yang jauh lebih besar untuk calon dan pelanggan di lebih 70 negara serta wilayah dan telahpun berbuat demikian selama lebih 75 tahun.

Source: ManpowerGroup
Related Stocks:
NYSE:MAN
Keywords: Workforce Management/Human Resources Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research