omniture

Pameran Canton ke-134 Dibuka dengan Struktur Dioptimumkan dan Skala Dinaik Taraf

Canton Fair
2023-10-18 08:25 44

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-134, turut dikenali sebagai Pameran Canton, bermula pada 15 Oktober 2023 di Guangzhou, China. Acara perdagangan antarabangsa yang berprestij ini, diadakan dua kali setahun, akan berlangsung dalam tiga fasa hingga 4 November, dengan platform dalam talian terus beroperasi seperti biasa.

Pameran Canton bertujuan untuk mengoptimumkan struktur, meningkatkan kualiti dan menambah baik perkhidmatan. Acara ini dijadualkan untuk mempamerkan sorotan dan ciri baharu, menarik minat ribuan pembeli global untuk meninjau peluang perniagaan yang berpotensi:


  • Skala pameran telah melonjak ke tahap baharu, meliputi kawasan yang amat besar iaitu 1.55 juta meter persegi. Ia membawakan 74,000 reruai dan 28,533 peserta pameran termasuk 650 peserta pameran antarabangsa dari 43 lokasi geografi yang berbeza.
  • Beberapa langkah penting telahpun dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti Pameran, termasuk struktur yang dioptimumkan pada bahagian pameran, tumpuan pada perusahaan jenama dan penambahbaikan keseluruhan dari segi kualiti pameran. Susulan penyesuaian ini, bilangan bahagian pameran meningkat kepada 55 dan reruai jenama telah bertambah kepada 14,500. Pameran ini menarik minat lebih 4,600 perusahaan terunggul, termasuk perniagaan khusus dan baharu, penerajui industri pembuatan, firma teknologi-tinggi negara, syarikat pensijilan lanjutan AEO kastam, pusat teknologi perusahaan negara dan jenama tradisional Cina.
  • Pameran ini memperkukuh kapasiti pemasaran bersasarnya, menumpukan pada negara-negara BRI, RCEP, ASEAN, Eropah dan Amerika Syarikat. Jemputan disampaikan kepada syarikat-syarikat Fortune global 500 dan syarikat-syarikat runcit global 250 teratas. Tambahan pula, pameran ini memudahkan pemadanan perdagangan antara pembekal dan pembeli melalui satu siri aktiviti promosi, menganjurkan lebih 60 acara "Trade Bridge" ("Jambatan Perdagangan"), Promosi Perdagangan Global dan 8 aktiviti "Discover Canton Fair with Bee and Honey" ("Terokai Pameran Canton dengan Lebah dan Madu").
  • Platform dalam talian Pameran Canton menyaksikan penambahbaikan yang signifikan, dengan pengoptimuman 101 fungsi. Ketika ini, platform ini mempunyai 28,653 syarikat, mempamerkan sekitar 2.72 juta produk yang mana kira-kira 700,000 daripadanya ialah produk baharu.
  • Pameran Canton akan menganjurkan lebih 200 acara pelancaran produk baharu di lapangan dan dalam talian. Ia juga akan mengadakan dua forum khusus berhubung perdagangan hijau dan pendigitalan perdagangan, berserta lima forum industri. Di samping itu, sebuah zon perkhidmatan perdagangan akan ditubuhkan bagi menyelaraskan perkhidmatan kewangan dan insurans daripada 200 syarikat dalam sektor logistik, penggudangan dan sektor-sektor lain, baik untuk perniagaan domestik mahupun antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran ini, sila kunjungi laman web rasmi Pameran Canton di https://www.cantonfair.org.cn/en-US/posts/646531331412942848, atau hubungi Cai Yiyi, caiyiyi@cantonfair.org.cn.

 

Source: Canton Fair
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Trade show news General Manufacturing Supply Chain/Logistics