Jenama-jenama akan dapat mengkonseptualisasikan, mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pasaran yang hebat pada platform disatukan yang membawakan editor visual yang pertama dalam industri untuk reka bentuk tinjauan yang lancar
SINGAPURA, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Milieu Insight, firma penyelidikan dan analitis Asia Tenggara, memperkenalkan lelaran terkininya untuk platform penyelidikan pasaran dan penglibatan komuniti hujung-ke-hujung, Canvas. Keluaran terkini platform Canvas ini membawakan beberapa inovasi yang pertama dalam industri ini, termasuk pembina tinjauan dengan visual tinggi, direka bentuk untuk menjadikannya lancar kepada pasukan produk dan pemasaran untuk berkolaborasi pada masa sebenar. Keluaran editor visual baharu ini merangkumi komitmen syarikat untuk membangunkan alat-alat penyelidikan pasaran dan penglibatan pengguna yang berpusatkan pengguna dan tangkas. Pelancaran ini turut menonjolkan pengembangan strategik syarikat ini, dengan keupayaan pembinaan komuniti yang baharu untuk jenama-jenama berinteraksi dengan pelanggan dari mana-mana sahaja di dunia.
Penyelesaian teknologi untuk menangani kekangan terbesar dalam industri
Hanya dalam tempoh 6 tahun, Milieu menerima beberapa anugerah termasuk memenangi anugerah Produk Paling Berharga (MVP) Campaign Asia sebanyak dua kali. Biarpun dengan kejayaan ini, syarikat ini terus melabur dengan banyak dalam membina ciri-ciri dan produk-produk baharu yang dapat menangani kekangan dalam industri ini. Syarikat ini percaya bahawa penambahan ini akan membuatkan proses mereka bentuk, menjalankan dan melaksanakan penyelidikan pasaran serta program maklum balas komuniti lancar sepenuhnya.
Mengulas mengenai keluaran produk ini, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Milieu Insight, Gerald Ang, berkata "Visi penubuhan dan falsafah produk kami adalah untuk menjadikan penyelidikan pasaran mudah dan benar-benar dapat diakses oleh semua orang, pakar mahupun orang baru. Keluaran terkini Canvas kami menghidupkan banyak ciri yang kami impikan apabila idea untuk Milieu dan tawaran kami hanyalah beberapa nota yang diconteng pada pad nota."
Platform penyelidikan pasaran dan penglibatan komuniti disatukan
Canvas menyatukan seluruh rantaian bekalan penyelidikan kuantitatif kepada satu platform, yang melibatkan tiga produk teras; Studio, Hub dan Analyze. Canvas Studio meliputi penciptaan tinjauan dan menampilkan editor tinjauan visual inovatif serta alat-alat dinamik untuk mengedarkan tinjauan dan memantau kerja lapangan. Hub membawakan alat-alat untuk pembersihan dan pemprosesan data. Analyze pula membolehkan pengguna memproses data, menemui pandangan dan memperkayakan data mereka melalui pangkalan data pemprofilan pengguna Milieu.
Pelancaran editor visual pertama seumpamanya untuk pengaturcaraan tinjauan
Tidak seperti pendekatan linear yang biasa terhadap pengaturcaraan tinjauan, editor visual merupakan penyelesaian perintis yang bukan sahaja menambah rekod prestasi reka bentuk berpusatkan pengguna Milieu, tetapi merupakan suatu cabaran yang menggerunkan kepada industri berusia berdekad-dekad lamanya ini untuk memikirkan semula definisi amalan terbaik.
Hubungkan dan visualisasikan data berbilang sumber pada satu platform
Bagi membolehkan jenama-jenama menghubungkan pangkalan data pelanggan sedia ada mereka ke Canvas dengan lancar, jenama-jenama boleh mengintegrasikan data daripada pangkalan data CRM sedia ada, senarai mel, malah senarai media sosial. Jenama-jenama juga akan mendapat akses kepada panel Milieu di seluruh Asia Tenggara dan pangkalan data pemprofilan yang luas melibatkan pandangan terkini daripada berjuta-juta pengguna unik. Jenama-jenama akan dapat menghiris dan menghubungkan data, mengupayakan analisis silang pasaran dan meneliti secara mendalam analisis segmen pengguna. Laporan data dikemas kini pada masa sebenar, lalu memperkasa pembuatan keputusan yang lebih tangkas dan didorong oleh data.