omniture

Rangkaian HPC Tak Hilang Pintar Perkasa Peking University Dengan Prestasi Tiada Tandingan

Huawei
2023-10-18 11:08 66

SHENZHEN, China, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- "Saya benar-benar perlu menjalankan tugas ini untuk mengejar tarikh akhir. Masa giliran untuk mendapatkan sumber adalah terlalu lama. Apa yang boleh saya lakukan?"


"Tarikh akhir eksperiman saya adalah pada minggu hadapan, tetapi saya baru sedar beberapa data adalah tidak betul. Lebih daripada 100 jam masa yang diperlukan untuk menjalankan simulasi sekali lagi. Bolehkah ia berjalan lebih pantas?"

"Eksperimen ini sangat penting untuk saya. Tarikh akhir akan tiba dengan pantas. Mampukah saya menjalankan tugas saya terlebih dahulu?"

Apa yang menimbulkan masalah untuk penyelidik saintifik bukan sahaja pergerakan molekul, komposisi asid deoksiribonukleik (DNA), ujian terowong angin serta eksperimen pemodelan dan simulasi yang kompleks, tetapi juga perlu mengurus sumber pengkomputeran yang terhad dan membuat penyelarasan sekitar masa giliran yang panjang.

Bagi meningkatkan kecekapan HPC dan mengurangkan kos penyelidikan saintifik, platform HPC awam Peking University mengaturkan penilaian vendor bagi memilih rangkaian HPC yang dapat memenuhi jangkaan mereka. Rangkaian HPC tak hilang pintar daripada Huawei menduduki kedudukan No. 1 lantaran prestasi pengkomputerannya yang tiada tandingan.

Pusat Pengkomputeran Dengan Pencapaian Luar Biasa

Peking University menjadi peneraju dalam menubuhkan sebuah pusat pengkomputeran antara universiti-universiti di China apabila ia membeli komputer pertamanya pada tahun 1963. Pada tahun 2001, ia menghimpunkan pakar-pakar daripada pelbagai bidang untuk menubuhkan Pusat Sains Pengkomputeran & Kejuruteraan. Pusat ini berkedudukan sebagai platform penyelidikan berbilang disiplin yang dapat memenuhi aktiviti pengajaran dan penyelidikan universiti ini. Pada tahun 2018, platform HPC awam didedahkan dan tiga kluster — Weiming No. 1, Weiming Teaching No. 1 dan Weiming Biological Science No. 1 — mula beroperasi secara berperingkat-peringkat. Jumlah keseluruhan teras pengkomputeran pada platform awam ini mencecah 31,732 dan kuasa pengkomputeran puncak mencapai 3.65 PFLOPS. Platform ini menyediakan persekitaran HPC untuk pelbagai disiplin seperti matematik, mekanik, fizik, kimia, biologi dan geologi.

Asas Kukuh untuk Penyelidikan Saintifik

Sebuah platform HPC berfungsi sebagai sokongan penting untuk penyelidikan saintifik sesebuah universiti. Menjelang 12 Mei 2023, platform HPC Peking University mempunyai 5070 pengguna yang tersebar dalam 96 fakulti. Platform ini menyokong lebih daripada 545 projek penyelidikan dengan jumlah dana sebanyak CNY3.136 bilion dan lebih 1400 kertas kajian yang berkualiti tinggi. Ia turut menyokong pelancaran Gordon Bell Award pada tahun 2020. Projek pemenang anugerah ini menambah baik had simulasi dinamik molekul. Ia membolehkan sehingga 100 juta atom melalui pembelajaran mesin, sesuatu yang menakjubkan. Ini dianggap sebagai salah satu penemuan paling penting yang dibuat dalam bidang sains pengkomputeran setakat ini.

Permintaan Pengkomputeran Lebih Tinggi Menjadikan Pembinaan Semula Rangkaian Mendesak

Memandangkan bilangan pengguna pada platform ini terus meningkat, beban kerja operasi beransur-ansur menjalar melampaui had atasnya. Ini membawa kepada tahap daya pemprosesan dan kerumitan infrastruktur rangkaian yang belum pernah terjadi sebelum ini. Lihat Weiming Biological Science Number 1 sebagai contoh. Penggunaan nod kekal melebihi 95% untuk tempoh yang lama. Masa operasi tugas maksimumnya adalah selama 109 jam dan masa giliran maksimum adalah selama 550 jam. Jelas bahawa pembinaan semula sistem dan rangkaian adalah sesuatu yang mendesak.

Bagi menyelesaikan masalah ini, vendor mencadangkan untuk menggunakan teknologi rangkaian tak hilang seperti InfiniBand (IB), RoCEv1 dan RoCEv2. Selepas ujian yang ketat, platform HPC awam Peking University akhirnya memilih penyelesaian DCN hiper-tertumpu CloudFabric 3.0 Huawei lantaran prestasinya yang tiada tandingan. Berdasarkan kepada rangkaian HPC tak hilang pintar, penyelesaian ini ideal untuk membina kluster HPC yang dapat mengeluarkan 100% kuasa pengkomputeran dan meminimumkan masa operasi tugas dan masa giliran.

Rangkaian HPC Tak Hilang Pintar Huawei Bantu Peking University Tingkatkan Kecekapan Penyelidikan Saintifik

Ujian-ujian tersebut memfokuskan pada prestasi TCP/IP, IB dan RoCEv2 dalam senario aplikasi yang berbeza termasuk alat ujian penanda aras HPC LINPACK, Model Sistem Bumi Komuniti (CESM) dan perisian dinamik molekul Virtual Analogue Switching Point (VASP).

Dalam ujian VASP, rangkaian HPC tak hilang pintar Huawei — 100GE RoCEv2 — mengatasi IB. Dalam ujian-ujian LINPACK dan CESM, 100GE RoCEv2 Huawei pada asasnya memiliki prestasi yang sama dengan IB. Kesemua ini membuktikan bahawa rangkaian HPC tak hilang pintar Huawei dapat menggantikan IB dalam senario aplikasi sebenar.

Penyelesaian rangkaian HPC tak hilang pintar Huawei mengupayakan Eternet tak hilang dengan unik. Berbanding dengan Eternet konvensional, Eternet tak hilang dapat menggandakan kuasa pengkomputeran pada skala pelayan yang sama. Satu lagi sorotan penyelesaian ini ialah suis CloudEngine 16800. Suis beraneka ciri ini menawarkan kepadatan tertinggi port 768 x 400GE dalam industri ini dan ideal untuk membina kluster pengkomputeran ultra-besar tahap-10E. Di samping itu, Huawei merupakan satu-satunya vendor yang melaksanakan pengkomputeran terbantu rangkaian, iaitu pengkomputeran dalam-rangkaian (INC). Seperti yang disahkan oleh Tolly, masa siap kerja (JCT) bagi penyelesaian Huawei adalah 17% lebih singkat berbanding IB.

Platform HPC Peking University mempunyai pemilikan kluster pengkomputeran super terkemuka di seluruh China. Kecekapan LINPACK pada seluruh sistem tekal menduduki tempat pertama yang menimbulkan keperluan yang sangat tinggi pada prestasi dan keandalan rangkaian. Ujian-ujian ini membuktikan sekali lagi betapa berkuasanya DCN hiper-tertumpu Huawei dan membantu Huawei memenangi lebih banyak pengiktirafan daripada industri pengkomputeran super. Memandang ke hadapan, rangkaian HPC tak hilang pintar Huawei akan menyaksikan aplikasinya yang lebih luas dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan penyelidikan saintifik, meletakkan asas kukuh untuk pengkomputeran saintifik, inovasi kejuruteraan dan penyelidikan saintifik yang berkualiti tertinggi.

Artikel ini dipilih daripada Isu Pendidikan Pintar majalah ICT Insights. Sila kunjungi laman web rasmi Huawei untuk mengetahui lebih lanjut:

https://e.huawei.com/en/ict-insights/global/ict_insights/ict34-intelligent-education 

Hubungi
hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Education Higher Education Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things