omniture

Trina Solar giatkan semula gof dengan modul Vertex N 700W

Trina Solar Co., Ltd
2023-10-18 11:32 81

CHANGZHOU, China, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Modul-modul kuasa ultra-tinggi 210mm Vertex Trina Solar, termasuk Vertex N 700W dan Vertex 670W, digunakan dalam projek fotovolta 2GW di gof lombong arang batu di Ningxia, China. Sebaik sahaja stesen itu disambungkan ke grid, ia diramalkan dapat menjimatkan kira-kira 960,000 tan arang batu standard dan mengurangkan emisi karbon dioksida kira-kira sebanyak 2.62 juta tan setahun.

Di samping itu, projek berkenaan menerima pakai kuasa solar yang disesuaikan mengikut keadaan tempatan bagi memanfaatkan sepenuhnya sumber tanah termasuk kawasan ambelasan serta bukit tandus dan cerun. Pembangunan sumber tenaga baharu telah diintegrasikan dengan teknik-teknik pengurusan perlombongan mesra alam. Dengan melaksanakan langkah-langkah ini, penyediaan tenaga elektrik mesra alam tempatan dijamin dan dalam masa yang sama mempromosikan kaedah-kaedah pengendalian yang mesra alam. Ini akan dapat mempercepatkan peralihan kawasan ambelasan menjadi hijau.

Ningxia dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak dan sinaran yang kuat, memberi kelebihan yang tersendiri untuk membangunkan tenaga solar. Projek ini, selain untuk menghasilkan tenaga bersih dengan kecekapan yang tinggi setiap hari, turut menggalas tanggungjawab pemulihan alam sekitar. Selepas mempertimbangkan dengan teliti impak dan kebergantungan alam sekitar serta menjalankan proses pemilihan modul yang ketat, pemilik projek memilih modul 66-sel 210mm "saiz-emas" Trina Solar.

Modul Vertex N 700W, tumpuan utama pada stesen janakuasa dipasang di atas tanah dan modul 670W jenis-p Vertex bersama-sama menjamin kecekapan tinggi penjanaan kuasa dan pembekalan tenaga hijau yang stabil. Berdasarkan kepada platform teknologi produk 210mm, kedua-dua modul menunjukkan kecemerlangan dengan kuasa, kecekapan, keandalan dan LCOEnya serta mendapat pengiktirafan dalam kalangan pelanggan global. Keandalan tinggi modul Vertex N 700W lebih menonjol dengan ciri ketahanannya dan prestasinya dalam pelbagai keadaan termasuk lubang benam, galur dan gunung-ganang.

Pada masa akan datang, Trina Solar akan terus berorientasikan pelanggan dan memanfaatkan inovasi sebagai daya penggerak. Dengan rantaian industri jenis-n bersepadu, produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan cemerlang, syarikat ini akan terus menyumbang kepada masa depan sifar bersih.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities Environmental Issues Cision Influencer List - ESG