omniture

MCC Bina Penanda Aras Baharu untuk Pendidikan Pintar di Utara Filipina dengan Pendigitalan

Huawei
2023-10-18 13:03 55

SHENZHEN, China, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada Ogos 2022, para pelajar di Mabalacat City College (selepas ini dirujuk sebagai "MCC") di Filipina mempunyai kelas pembelajaran hibrid khusus. Tidak seperti kelas-kelas pada masa lalu, kandungan pengajaran adalah sangat jelas secara sekali imbas pada skrin pintar dan guru dalam bilik darjah boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan lancar bersama pelajar dalam talian sepanjang seluruh kelas. Semua orang melibatkan diri dalam perbincangan yang rancak dan menikmati daya tarikan pengajaran pintar. Sebagai sebuah universiti awam di Filipina yang terus menginovasi mod pengajarannya. MCC menyertai Huawei untuk membina bilik darjah pintar bagi menyediakan perkhidmatan pengajaran yang berkualiti tinggi untuk guru dan pelajar, mempercepatkan pembinaan informatisasi Kolej dan membina model baharu untuk pendidikan pintar di Mabalacat.


Mempercepatkan Transformasi Digital dan Menaik Taraf Pendidikan dalam Era Pasca-Pandemik

Ditubuhkan pada tahun 2008, MCC ialah sebuah kolej tempatan di Mabalacat, sebuah bandar penting di Luzon Tengah, Filipina. Ia mempunyai empat institut dengan kira-kira 4000 orang pelajar. Sebagai respons kepada impak COVID-19 ke atas pendidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MCC memanfaatkan peluang yang dibawakan oleh revolusi teknologi dan transformasi industri. Melalui penaiktarafan kemudahan rangkaian dan peralatan pengajaran telah dapat mengukuhkan pembangunan bilik darjah pintar, melangkaui batasan tradisional masa dan ruang untuk memudahkan penyebaran ilmu pengetahuan. Ini membolehkan guru dan pelajar untuk mengajar dan belajar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Pada awal tahun 2020, MCC mengambil inisiatif pengoptimuman rangkaian kampus dan melaksanakan sistem sidang video untuk memudahkan pengajaran dalam talian dan memastikan pendidikan tanpa gangguan. Dalam era pasca-pandemik, arus perdana global telah beralih ke arah mod pengajaran hibrid "dalam talian + luar talian". Hasilnya, baik guru mahupun pelajar telah menjadi semakin bergantung pada rangkaian yang berkualiti tinggi dan kemudahan terminal canggih. Sebagai respons, infrastruktur asal sekolah perlu memenuhi keperluan komprehensif bilik darjah hibrid. Agar selaras dengan trend transformasi mod pengajaran di kolej dan universiti, MCC menyasarkan untuk memanfaatkan ICT bagi memperkukuh pembinaan bilik darjah pintar dan meningkatkan kualiti pendidikan digital.

Membina Bilik Darjah Pintar Fleksibel dan Interaktif dengan Huawei IdeaHub

MCC University memilih penyelesaian bilik darjah pintar yang bertumpukan sekitar Huawei IdeaHub untuk menaik taraf kemudahan ICTnya. Penyelesaian yang inovatif ini melangkaui sempadan fizikal, menghapuskan sekatan masa dan ruang serta membolehkan pembelajaran hibrid yang lebih pintar dan lebih cekap.

Huawei IdeaHub ialah komponen yang sangat penting dalam bilik darjah pintar, mengintegrasikan aplikasi inovatif seperti papan putih elektronik interaktif, tayangan mudah dan platform sidang video berdefinisi tinggi. Ia berfungsi sebagai portal yang merapatkan jurang antara pelajar dalam talian dan bilik darjah luar talian. Mengintegrasikan ekosistem perkakasan dan perisian pengajaran dapat meningkatkan kolaborasi, interaksi dan penglibatan dalam pembelajaran hibrid dengan lancar. Dengan perbincangan secara bersemuka yang imersif dan kolaborasi masa sebenar, pelajar dan guru dapat mewujudkan suasana pengajaran yang meriah yang dapat mendorong fokus serta motivasi.


Salah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Menengah, Berpengkhususan dalam program Bahasa Inggeris, berkongsi pengalamannya berhubung bilik darjah pintar: "Huawei IdeaHub telah meningkatkan pengalaman pembelajaran hibrid kami, menjadikannya lebih interaktif. Papan putih elektronik membolehkan guru menulis dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, kami, sebagai pelajar, boleh mengimbas kos untuk memuat turun kandungan bertulis pada platform pembelajaran dalam talian, membolehkan kami menyemaknya pada bila-bila masa selepas kelas. Tambahan pula, platform sidang video HD mencipta bilik darjah interaktif jarak jauh yang pintar dan berpanorama, membolehkan pelajar dalam talian melihat dan mendengar segala-galanya dengan jelas pada masa sebenar."

Pentadbir hal ehwal pelajar MCC menegaskan bahawa Huawei IdeaHub meningkatkan kecekapan penyediaan kursus dan memudahkan pembelajaran serta komunikasi jarak jauh. Baik pelajar dalam talian mahupun luar talian boleh mengambil bahagian dengan aktif dalam sesi interaksi dan Soal Jawab, mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih dinamik. Hasilnya, pelajar menjadi lebih terlibat dan fokus semasa sesi kelas, membolehkan mereka memahami kandungan pengajaran dengan lebih cekap.

Membuka Era Baharu Pendidikan Pintar untuk Mabalacat

Hari ini, MCC melaksanakan Huawei IdeaHub dalam bilik darjahnya, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4000 orang guru dan pelajar. Dengan membina bilik darjah pintar, MCC berjaya menggunakan pelbagai aplikasi termaju, termasuk pengajaran interaktif jarak jauh, perkongsian sumber pendidikan berkualiti tinggi dan pembelajaran aktif. Dengan menembusi batasan platform dalam talian tradisional, MCC beralih daripada pendekatan pengajaran bertumpukan guru kepada berpusatkan pelajar, lalu menghasilkan penambahbaikan yang ketara baik dari segi keberkesanan mahupun kualiti.

"Ketika ini, Mabalacat mempunyai sebuah kolej dan sebuah sekolah vokasional, kedua-duanya menghadapi cabaran dengan pengalaman pembelajaran hibrid dan kualiti pengajaran yang rendah ekoran batasan platform dalam talian tradisional. Walau bagaimanapun, usaha bersama antara MCC dan Huawei untuk menubuhkan bilik darjah pintar dapat menangani isu-isu ini dengan berkesan. Huawei IdeaHub mengintegrasikan data dan teknologi sidang video HD kepada peranti pintar, tunggal, mengupayakan komunikasi dalam talian dan luar talian yang lancar antara guru dan pelajar, seterusnya meningkatkan pengalaman pengajaran keseluruhan dengan ketara." Menurut Presiden MCC Michelle Aguilar-Ong, "Bilik darjah pintar MCC telah menjadi penanda aras untuk pengajaran pintar dalam pendidikan kolej Mabalacat dan diterima pakai secara mluas di seluruh bandar ini. Dengan institusi-institusi utama beralih ke arah inovasi pendidikan dan kemajuan teknologi, melaksanakan pendidikan digital merupakan langkah yang penting untuk Mabalacat ke arah mempercepatkan pembangunan pendidikan pintar dan memupuk bakat yang berkualiti tinggi dan komprehensif."

Artikel ini dipilih daripada Isu Pendidikan Pintar majalah ICT Insights. Sila kunjungi laman web rasmi Huawei untuk mengetahui lebih lanjut:
https://e.huawei.com/en/ict-insights/global/ict_insights/ict34-intelligent-education

Hubungi: hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Cloud Computing / Internet of Things