omniture

Sidang Kemuncak Rangkaian IP Pintar 2023 UBBF di Dubai suatu Kejayaan Mengagumkan

Huawei
2023-10-18 20:59 105

DUBAI, UAE, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya UBBF 2023 ke-9 di Dubai, UAE, Sidang Kemuncak Rangkaian IP Pintar — bertemakan "Inovasi Berterusan Net5.5G, Merangsang Pertumbuhan Baharu" — menyediakan pentas yang sempurna untuk pembawa dan penganalisis terkemuka daripada organisasi-organisasi berprestij di serata dunia berhimpun dan berbincang mengenai pembangunan industri dan standard komunikasi data. Pembawa juga dapat berkongsi amalan komersial inovatif mereka dalam evolusi rangkaian pengangkut Net5.5G serta rangkaian digital industri.

Aplikasi AI semakin berkembang pesat dan memberi impak yang mendalam ke atas cara hidup orang ramai. Dalam masa yang sama, perusahaan mengalami transformasi yang pesat daripada digital menjadi pintar. Sebagai infrastruktur penting dalam dunia pintar, rangkaian komunikasi data sedang mengalami inovasi dan evolusi yang berterusan. Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, bersama-sama organisasi industri dan pembawa, mengambil peluang semasa sidang kemuncak ini untuk membincangkan bagaimana rangkaian pengangkut akan berkembang dan mencipta nilai baharu melalui inovasi yang berterusan.


Mark Oliver, Naib Presiden Omdia Consulting, memulakan ucapan beliau dengan berkata bahawa keperluan pengguna terhadap rangkaian akan meningkat dengan pantas menjelang tahun 2030 dan pengguna akan memberi lebih perhatian kepada kualiti dan keandalan rangkaian. Perusahaan, seperti dalam industri runcit, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kewangan, akan menggunakan IoT dan teknologi AI untuk mengautomasikan operasi. Dengan kemunculan era pintar, rangkaian akan perlu menangani cabaran baharu yang dibawa olehnya. Bagi membantu perusahaan melaksanakan transformasi pintar dengan pantas, rangkaian pengangkut IP memerlukan inovasi yang selanjutnya. Rangkaian berkenaan haruslah dapat menyediakan kuasa pengkomputeran tinggi, kependaman rendah, lebar jalur tinggi, keandalan tinggi, keselamatan tinggi dan automasi tinggi serta haruslah tangkas, tertumpu dan hijau.

Zuo Meng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei memberi ucapan yang bertajuk "Membina Rangkaian Pengangkut Tertumpu IP berorientasikan-Net5.5G." Dalam ucapan ini, beliau meramalkan bahawa rangkaian pengangkut IP akan memasuki era baharu yang menampilkan rangkaian metro 400GE dan rangkaian tulang belakang 800GE serta akan menyediakan sambungan 10 Gbps merata untuk pengguna mudah alih, rumah, perusahaan dan kampus dalam era Net5.5G. Rangkaian pengangkut IP canggih haruslah berupaya menyediakan bukan sahaja pengangkut tertumpu, tetapi juga jaminan perkhidmatan dibezakan, seterusnya memenuhi keperluan rangkaian dibezakan pada pelbagai perkhidmatan. Barisan Produk Komunikasi Data Huawei telah melakukan inovasi yang berterusan dalam teknologi antara muka 400GE dan 800GE, penghirisan rangkaian dan Network Digital Map, antara lain, menyediakan penyelesaian rangkaian pengangkut yang utama kepada pembawa global dan membantu mereka mencapai kejayaan perniagaan. Pembawa boleh mendapat manfaat yang besar daripada tawaran Huawei termasuk siri penghala canggih NetEngine 8000. Peranti berprestasi tinggi dan menjimatkan tenaga ini bukan sahaja menyokong semua perkhidmatan, tetapi juga dapat digunakan dalam semua senario. Siri NetEngine 8000 M14, F8 dan X yang baru dinaik taraf membuat penambahbaikan yang signifikan dari segi kapasiti dan nisbah kecekapan tenaga mereka, lalu menyediakan penyelesaian TCO yang optimum untuk pembinaan rangkaian pembawa.

Vaughn David Naidoo, Eksekutif Pusat Kecemerlangan, MTN South Africa, berbicara tentang MTN melancarkan strategi Cita-cita 2025 dan memulakan transformasi DICT sejak tahun 2021. MTN merupakan yang pertama menyiapkan pembinaan rangkaian-awan pintar berorientasikan industri, menyediakan perkhidmatan digital sehenti kepada pelanggan perusahaan yang menawarkan pengalaman terunggul. Rangkaian syarikat telekomunikasi menawarkan keupayaan penting seperti penghantaran pantas, visualisasi sumber dan pengoptimuman automatik, lalu membantu perusahaan mencapai transformasi digital dengan pantas.

Telecom Argentina ialah pembawa yang terkemuka di Argentina. Leonardo Gabriel Di Pilato, pengurus jaminan perkhidmatannya, berkata bahawa Telecom Argentina memfokuskan untuk meningkatkan pengalaman premium pengguna jalur lebar rumah. Tatkala penggunaan FTTH menjadi semakin meluas, pengguna rumah meletakkan keperluan yang lebih tinggi ke atas pengalaman rangkaian. Melalui inovasi bersama yang mendalam dengan Huawei, Telecom Argentina menggunakan teknologi 400GE secara meluas pada rangkaian tulang belakang, lantas mengurangkan kesesakan rangkaian secara drastik. Dengan mengaplikasikan penyelesaian BRAS pintar yang inovatif, rangkaian pembawa beralih daripada respons pasif kepada O&M aktif. Ini membawa faedah yang besar dalam meningkatkan pengalaman pengguna jalur lebar rumah dan memacu pertumbuhan pesat dalam pasaran.

Robin Li, ketua pakar protokol IP Huawei, menyebut tentang perkembangan terkini dan aplikasi IPv6 Enhanced serta menghuraikan secara sistematik mengenai pembangunan rangkaian IP. Beliau berkata rangkaian komunikasi data sedang menyaksikan era baharu rangkaian pintar IP. IPv6 Enhanced merupakan pilihan terbaik untuk menyerlahkan potensi rangkaian dan memacu rangkaian untuk menjadi pintar. Robin juga menjelaskan kelebihan, kemajuan penggunaan komersial dan nilai-nilai teknologi utama — seperti SRv6, penghirisan rangkaian, IFIT dan APN6 — dalam rangkaian teknologi IPv6 Enhanced.

UBBF ialah sidang kemuncak rangkaian tetap peringkat tertinggi di dunia yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU) dan Huawei. Ia bertujuan untuk menghimpunkan semua pihak berkepentingan yang berminat untuk berbincang mengenai evolusi rangkaian pengangkut Net5.5G dan untuk berkongsi amalan pembawa dalam transformasi digital rangkaian industri, seterusnya membantu pembawa global meneroka pasaran baharu.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things