omniture

Hong Kong Fashion Fest sulung labuh tirai dengan bergaya

Cultural and Creative Industries Development Agency (CCIDA)
2024-12-21 18:56

Memperkukuh peranan penting Hong Kong di arena fesyen global

HONG KONG, 21 Disember 2024 /PRNewswire/ -- "Hong Kong Fashion Fest" sulung melabuhkan tirai pada 4 Disember 2024 dengan kejayaan yang memberangsangkan, menarik kira-kira 160,000 hadirin dari 25 negara atau wilayah dan lebih 4.6 juta tontonan video di media sosial semasa sambutannya yang meriah. Edisi rintis ini menampilkan barisan dinamik pertunjukan fesyen, pameran, persidangan dan acara rangkaian, menarik minat pereka fesyen tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan hasil ciptaan mereka di pentas global di Hong Kong dan dalam masa yang sama ia menyediakan platform unik untuk pemimpin industri, bakat kreatif, media, dan wakil daripada persatuan fesyen di seluruh dunia untuk berhubung dan berkolaborasi. Menonjolkan budaya fesyen Hong Kong yang kaya dan pelbagai, Hong Kong Fashion Fest memperkukuh peranan Hong Kong sebagai pintu masuk yang strategik ke Asia dan memantapkan kedudukannya sebagai hab reka bentuk fesyen terulung Asia.


Hong Kong Fashion Fest merupakan satu inisiatif utama yang diumumkan oleh Ketua Eksekutif dalam Ucapan Dasar 2023—"Minggu Reka Bentuk Fesyen Hong Kong". Dianjurkan di bawah jenama ini oleh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan ditaja oleh Agensi Pembangunan Industri Kreatif Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, acara ini menampilkan pelbagai program yang dihoskan oleh enam organisasi rakan kongsi utama: Institut Reka Bentuk Hong Kong, Persatuan Pereka Fesyen Hong Kong, Pihak Berkuasa Latihan Industri Pakaian, PMQ, Majlis Fesyen Hong Kong dan Pusat Reka Bentuk Hong Kong. Program-program memaparkan gabungan yang kreatif antara Timur dan Barat, lama dan baharu oleh industri fesyen dan reka bentuk Hong Kong, selain turut mempromosikan bandar ini sebagai destinasi utama untuk acara perniagaan budaya dan kreatif.

Hong Kong Fashion Fest bermula pada 20 November 2024, di mercu tanda reka bentuk baharu Sham Shui Po, DX Design Hub, menerusi acara "The Fashion Union – A Platform to Celebrate the Beauty of Workwear". Dicipta secara tradisional untuk memenuhi keperluan pelbagai industri dan profesion, pakaian kerja telah berkembang untuk menggabungkan elemen fesyen, memaparkan gabungan unik antara fungsian dan gaya. Melalui aktiviti yang interaktif seperti bengkel dan pasar, acara ini menyediakan kepada pereka muda dan orang ramai dengan penerokaan mendalam terhadap praktikaliti dan daya tarikan fesyen pakaian kerja. Douglas Dunn, kurator pameran Fashion Union berkata, "Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pereka fesyen daripada generasi baharu untuk meneroka sepenuhnya kemungkinan dalam budaya vintaj."

Pada 25 November, pertunjukan fesyen "VIRTUOSE: The Artistry of Couture" berlangsung berlatarbelakangkan pemandangan langit Hong Kong yang menakjubkan di The Henderson, mempamerkan hasil ciptaan yang handal daripada empat pereka antarabangsa yang ternama: Charles de Vilmorin, Mohamed Benchellal, Cheney Chen dan Kay Kwok. Kevin Yeung, Pengerusi Persatuan Pereka Fesyen Hong Kong, berkata, "Kolaborasi ini mempunyai kepentingan yang luas. Kami berbesar hati dapat mengundang empat pereka yang luar biasa ini untuk mengambil bahagian. Acara ini membuka jalan untuk lebih banyak kemungkinan dalam kolaborasi masa depan antara Hong Kong serta Paris dan juga komuniti fesyen antarabangsa." Kay Kwok, salah seorang pereka yang dipersembahkan di pertunjukan fesyen ini, mendedahkan, "Ia menjadi suatu pengalaman yang indah apabila dapat mempersembahkan hasil ciptaan saya dalam suasana yang begitu sempurna, dengan pemandangan pelabuhan yang menakjubkan sebagai latar belakang. Saya percaya bahawa keindahan yang ekstrem terhasil daripada usaha mengejar impian tanpa henti dan menerobos sempadan."

Pada 26 November, Sidang Kemuncak Fesyen (Hong Kong) 2024 telahpun diadakan di Muzium Istana Hong Kong, menonjolkan model perniagaan fesyen yang mampan. Tahun ini, Itali berperanan sebagai negara rakan kongsi untuk sidang kemuncak ini, mempamerkan pereka dan jenama yang berpengaruh. Pertunjukan fesyen ini menampilkan pereka terkenal seperti Natacha Van dari ASEAN dan Gilberto Calzolari dari rantau Eurasia. Persembahan kreatif mereka menarik perhatian meluas daripada pasaran antarabangsa, mengetengahkan konsep inovatif reka bentuk mampan dan kepentingannya dalam industri fesyen. Richard Cheng, Pengerusi Sidang Kemuncak Fesyen (Hong Kong) 2024 dan Pihak Berkuasa Latihan Industri Pakaian, berkata, "Memandangkan pembangunan mampan semakin menjadi tumpuan global, fesyen mampan secara beransur-ansur menjadi trend yang utama dalam industri fesyen dan isu utama dalam lingkungan politik dan perniagaan Hong Kong sejak beberapa tahun kebelakangan ini."

Di samping itu, pameran "A Journey of Rediscovery - 30 Years of Shanghai Tang" telahpun diadakan di PMQ, salah satu hab kreatif di Hong Kong, yang mempamerkan lebih ratusan objek jarang jumpa dan khazanah arkib jenama ini dengan savoir-faire yang luar biasa. Dengan memanfaatkan teknologi seni termaju, suatu pengalaman escapade puitis imersif yang menggabungkan intipati estetika jenama ini dicipta untuk membawa pengunjung dalam penerokaan dan penghargaan yang unik terhadap budaya dan estetika Cina yang bertuah.

Acara pada 28 November padat dengan sorotan penting. Antaranya ialah "Asia Fashion Leaders Roundtable Luncheon", di mana pemimpin industri menyelami arena fesyen Hong Kong yang rancak dan peranan pentingnya sebagai hab fesyen global. Selain itu, pameran "Motifx – Where Tradition Meets Ingenuity" di K11 Musea menawarkan pameran motif tradisional yang mendalam dalam ruang yang sofistikated dan aplikasi harian. Tafsiran segar terhadap estetika tradisional yang digabungkan dengan reka bentuk moden melalui hasil ciptaan oleh pereka muda turut dipamerkan. Dr. Elita Lam, Ketua Projek dan Naib Prinsipal Institut Reka Bentuk Hong Kong & Institut Pendidikan Vokasional Hong Kong (Lee Wai Lee), berkata, "Motifx mempermudah penglibatan dan pemahaman yang lebih luas tentang budaya tradisional Cina dalam kalangan generasi muda melalui pendekatan yang inovatif, inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan contoh penghormatan kepada budaya tradisional tetapi juga komitmen terhadap masa depan."

Pada sebelah malamnya, "VOGUE Loves Hong Kong Celebration" menjadi tumpuan di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat. Para tetamu berhimpun di bawah latar langit Hong Kong yang ikonik untuk menikmati pesta fesyen dan budaya hebat yang menggabungkan muzik dan seni yang menyerlahkan landskap budaya Hong Kong yang rancak dan pelbagai.

Hong Kong Fashion Fest melabuhkan tirai dengan pameran "Fashion Asia - Fashion Challenges Forum" dan "Fashion Asia - 10 Asian Designers To Watch". Satoshi Kuwata, pemenang bagi 10 Asian Designers To Watch 2024 serta Pengasas dan Pengarah Kreatif SETCHU, berkata, "Disenarai pendek untuk '10 Designers to Watch' Fashion Asia merupakan satu penghormatan yang luar biasa. Ia mengiktiraf bukan sahaja hasil kerja yang kami lakukan di Setchu tetapi juga perspektif unik yang kami bawa kepada fesyen dengan menggabungkan pengaruh Timur dan Barat. Ia sesuatu yang amat bermakna apabila diperakui oleh sebuah acara yang mengetengahkan dan meraikan bakat Asia di pentas global." Dalam format yang diperbaharui, acara ini meneroka cabaran dan hala tuju masa depan industri fesyen sekali gus meraikan kepelbagaian dan inovasi bakat reka bentuk Asia.

Hong Kong Fashion Fest menghimpunkan ramai elit fesyen yang mengagumkan dari seluruh dunia. Dari segi reka bentuk, acara ini menampilkan bakat terkenal seperti Charles de Vilmorin, Mohamed Benchellal, Cheney Chan, Kay Kwok, Vivienne Tam, Walter Ma, Spy Henry Lau, Lu Lu Cheung, Barney Cheng dan Robert Wun, hadirin yang begitu terkenal termasuk selebriti Korea popular Wi Ha Joon, anggota 2NE1 dan ikon K-pop CL, pelakon utama Emily in Paris Lucien Laviscount, pemain ski Olimpik dan peragawati Eileen Gu, Karen Mok, Angelababy, peragawati Coco Rocha, Jourdan Dunn, Koki, Qiqi, Janet Ma, Kathy Chow, Amanda Strang, Galie Lok dan Eunis Chan, sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Penyertaan mereka yang penuh bersemangat menonjolkan lagi potensi besar dan daya tarikan budaya Hong Kong sebagai ibu kota reka bentuk fesyen Asia.

Hong Kong Fashion Fest sulung ini memperlihatkan sepenuhnya potensi dan kekuatan Hong Kong sebagai hab reka bentuk fesyen Asia. Penganjurannya yang lancar memberikan persediaan asas untuk acara ini dibangunkan menjadi siri acara unggulan tahunan. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada industri fesyen dan tekstil tempatan, institusi pendidikan dan organisasi atas sokongan mereka yang tidak ternilai dalam merancang dan mempromosikan acara yang julung kali diadakan ini. Kami berharap dapat membina kejayaan ini, dengan penyertaan dan sokongan yang berterusan daripada pihak berkepentingan dan orang ramai, menerusi usaha kolektif kami akan memajukan kedudukan Hong Kong sebagai ibu kota kreatif Asia, yang sejajar dengan pembangunan Hong Kong bagi menjadi pusat Timur-bertemu-Barat untuk pertukaran budaya antarabangsa di bawah Rancangan Lima-Tahun Ke-14 Negara ini.

Latar Belakang Hong Kong Fashion Fest

Diumumkan oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dalam Ucapan Dasar 2023, "Minggu Reka Bentuk Fesyen Hong Kong" akan dianjurkan setiap tahun bermula dari tahun 2024 untuk menyatukan pelbagai acara reka bentuk fesyen untuk mempromosikan jenama reka bentuk fesyen dan tekstil Hong Kong serta mengesahkan sekali lagi kedudukan Hong Kong sebagai destinasi utama untuk menganjurkan acara kebudayaan dan kreatif yang utama. Agensi Pembangunan Industri Kebudayaan dan Kreatif Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan telah melibatkan pihak berkepentingan secara aktif untuk merealisasikan idea ini, menyuntik elemen baharu bagi mewujudkan sinergi untuk aktiviti reka bentuk fesyen yang berbeza. Minggu Reka Bentuk Fesyen Hong Kong dijenamakan sebagai "Hong Kong Fashion Fest". Program-program teras dalam Hong Kong Fashion Fest sulung diadakan antara 20 November dan 4 Disember 2024 di pelbagai mercu tanda budaya dan lokasi reka bentuk dan fesyen ikonik di Hong Kong, mempersembahkan agenda penuh acara reka bentuk fesyen yang berbeza. Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong komited untuk membangunkan Hong Kong Fashion Fest unggulan yang serba baharu menjadi siri acara istimewa tahunan untuk menjenamakan Hong Kong sebagai hab reka bentuk fesyen di Asia.

Laman Web:   http://www.hongkongfashionfest.com
Facebook:   http://www.facebook.com/hkfashionfest
Instagram:   http://www.instagram.com/hkfashionfest
YouTube:   http://www.youtube.com/@hkfashionfest

Latar Belakang Agensi Pembangunan Industri Kebudayaan dan Kreatif (CCIDA)

Agensi Pembangunan Industri Kebudayaan dan Kreatif (CCIDA) ditubuhkan pada Jun 2024, dahulunya dikenali sebagai Create Hong Kong (CreateHK), ialah sebuah pejabat khusus yang ditubuhkan oleh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong di bawah Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan sehenti dan sokongan kepada industri kebudayaan dan kreatif dengan misi untuk memupuk persekitaran yang kondusif di Hong Kong bagi mempermudah pembangunan sektor seni, kebudayaan dan kreatif sebagai industri.

Penafian: Apa-apa pendapat, penemuan, kesimpulan atau cadangan yang dinyatakan dalam bahan/acara ini tidak menggambarkan pandangan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Agensi Pembangunan Industri Kebudayaan dan Kreatif, Sekretariat Inisiatif CreateSmart atau Jawatankuasa Tapisan Inisiatif CreateSmart.

Muat turun foto dan maklumat di sini.

Source: Cultural and Creative Industries Development Agency (CCIDA)
Keywords: Art Entertainment Fashion Retail Trade show news