omniture

Pub Gastro British Asli Gordon Ramsay Pub & Grill Dibuka di The Londoner Macao

The Londoner Macao
2023-10-18 21:05 18

Restoran Gordon Ramsay pertama di Macau, menampilkan menu komprehensif hidangan khas Ramsay

MACAU, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Cef berbilang bintang Michelin yang terkenal di peringkat antarabangsa, Gordon Ramsay telah membuka restoran pertama beliau di Macau di The Londoner® Macao. Gordon Ramsay Pub & Grill ialah pub gastro (gastropub) British dan restoran stik yang asli dan meriah serta satu-satunya yang seumpamanya di Asia.

Tom Connolly, Naib Presiden Kanan Operasi Makanan dan Minuman, Sands China Ltd., berkata, "Ia merupakan satu penghormatan dapat bekerja dengan Gordon dan untuk membawa salah satu jenama restoran beliau yang berjaya kepada penjamu selera di The Londoner Macao. Dengan penambahan Gordon Ramsay Pub & Grill, pengalaman menjamu selera antarabangsa kami ditingkatkan ke tahap seterusnya dan pasukan profesional kami akan menyampaikan pengalaman pub British yang paling asli kepada penjamu selera di Macau."

Reka bentuk dalaman, yang merujuk kepada seni bina revolusi perindustrian 1830-an, adalah rumit dan terperinci agar dapat mewujudkan suasana pub British selesa yang sempurna. Ciri pertama yang ikonik dan mengagumkan yang diperhatikan apabila melangkah masuk ialah bar besar yang terletak di bahagian tengah, yang sentiasa menjadi pusat kepada mana-mana pub yang bagus. Ini dilengkapi dengan pelbagai pilihan tempat duduk yang memberikan mood tersendiri, kesemua dihiasi dengan palet warna yang diilhamkan daripada bendera British. Bahan-bahan tertentu juga ditambah kepada ketulenannya, termasuk dinding berpanel kayu, reruai kulit mewah, balak tebus guna, kerja lepaan dan perincian kaca, kesemuanya terletak di samping karya seni dan aksesori London kontemporari.

Gordon Ramsay berkata, "Sangat mengujakan rasanya untuk membawa citarasa Britain ke Macau bersama Gordon Ramsay Pub & Grill. Bahagian menu mempunyai banyak hidangan klasik British serta beberapa hidangan kegemaran peribadi yang saya pasti akan disukai oleh semua orang. Kami membawa sedikit Cool Britannia ke Macau dengan restoran kami yang indah di The Londoner Macao dan saya tidak sabar-sabar untuk membolehkan semua orang menikmatinya."

Menu Klasik British yang Menyelerakan

Gordon Ramsay Pub & Grill yang bertaraf tinggi menawarkan menu komprehensif termasuk hidangan istimewa Ramsay yang terkenal seperti Beef Wellington dengan cendawan dan truffle duxelles dihidangkan dengan kentang berkrim dan jus wain merah, Fish & Chips (Ikan & Kentang Goreng) yang diperbuat daripada ikan kod dipancing yang disadur dengan ale, kentang goreng dimasak tiga kali dan sos tartar buatan sendiri serta Sticky Toffee Pudding (Puding Tofi Lekit) dengan crème fraiche dan ais krim vanila.

Sorotan utama menu lain termasuk Slow Roasted Pork Belly (Perut Khinzir Dipanggang Perlahan) dengan sadur cuka sider, lecek mustard Dijon pedas-pedas dan lentil hijau empuk serta The London Burger dengan patti daging lembu berjus, sos epal tomato, jeruk bawang manis dan keju cheddar digandingkan dengan kentang goreng dimasak tiga kali. Terdapat juga British Sunday Roast contoh unggul dengan daging lembu panggang sapuan porcini, pudding Yorkshire serta kentang bakar lemak itik yang hanya tersedia waktu makan tengah hari pada hari Ahad.

Satu lagi aspek unik dan ciri penentu Gordon Ramsay Pub & Grill ialah seleksi stik dipilih sendiri yang dimasak di atas tempat panggang berapi arang dan dihidangkan dengan mentega café de Paris, salad herba, cincin bawang goreng, tomato diperap semalaman dan pilihan empat sos. Daging lembu dipilih daripada ladang terbaik yang memberi tumpuan pada baka tertentu yang terkenal lebih kompleks, kemarmaran yang amat tinggi serta rasa penuh lemak, bermentega dan kekacang. Pilihan termasuk tomahawk Stockyard M6+, daging batang pinang Westholme Chateaubriand M5+ dan loin siat David Blackmore M9+.

Gordon Ramsay Pub & Grill

Waktu Operasi   11 pagi – 3 petang; 6 petang – 11 malam setiap hari

Lokasi      Tingkat 1, The Londoner Macao

Tempahan     Telefon: +853 8118 8822

Emel: gordonramsay.reservation@thelondoner.com.mo

Laman Web: https://www.londonermacao.com/macau-restaurants/gordon-ramsay-pub-n-grill.html

Internationally renowned, multi-Michelin starred chef Gordon Ramsay has opened his first restaurant in Macao at The Londoner Macao.
Internationally renowned, multi-Michelin starred chef Gordon Ramsay has opened his first restaurant in Macao at The Londoner Macao.

 

Celebrity chef Gordon Ramsay has opened his first restaurant in Macao, Gordon Ramsay Pub & Grill at The Londoner Macao.
Celebrity chef Gordon Ramsay has opened his first restaurant in Macao, Gordon Ramsay Pub & Grill at The Londoner Macao.

 

The extensive menu features many of Gordon Ramsay’s signature dishes, including Beef Wellington and Fish & Chips.
The extensive menu features many of Gordon Ramsay’s signature dishes, including Beef Wellington and Fish & Chips.

 

The extensive menu features many of Gordon Ramsay’s signature dishes, including Beef Wellington and Fish & Chips.
The extensive menu features many of Gordon Ramsay’s signature dishes, including Beef Wellington and Fish & Chips.

 

Untuk imej resolusi tinggi, sila akses yang berikut:

https://sfs.sands.com.mo/w/f-6707804f-4c77-4525-aa21-fd660d9b4bd5 

(Pautan sah hingga 24 Oktober 2023)

Nama pengguna: Sands.PR@sands.com.mo

Kata laluan: SRMacao202308+

  (sensitif huruf besar)

 

 

Source: The Londoner Macao
Keywords: Restaurants Retail