omniture

Tokoh Sastera Cina Liu Zhenyun Hadir ke Pesta Buku Nicosia 2023, Berkongsi Novel Terjemahan Terkini Beliau dengan Pembaca Global

China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd.
2023-10-18 21:57 46

NICOSIA, Cyprus, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pesta Buku Nicosia 2023, acara kesusasteraan paling berprestij di Cyprus, yang menampilkan China sebagai Negara Kehormat, menyaksikan salah seorang penulis yang paling terkenal dan berpengaruh dalam dunia sastera kontemporari China, Liu Zhenyun, mempersembahkan karya terjemahan beliau dan berkongsi idea beliau di sebalik penciptaan yang menjalinkan tragedi dan komedi orang biasa yang unik.

Chinese Literature Giant Liu Zhenyun Comes to Nicosia Book Fest 2023, Sharing His Latest Translated Novels with Global Readers.
Chinese Literature Giant Liu Zhenyun Comes to Nicosia Book Fest 2023, Sharing His Latest Translated Novels with Global Readers.

Di bawah tema "Pemisahan Gunung dan Samudera, Penyatuan semula dalam tawa dan air mata", acara perkongsian karya Liu Zhenyun yang diadakan oleh China National Publications Import & Export (Group) Co., Ltd. di Edisi ke-8 Pesta Buku Nicosia mengalu-alukan Profesor Dr. Kostas Gouliamos, Timbalan Presiden Prometheus Research Institute, Ahli Biasa European Academy of Science and Arts, Bekas Rektor European University Cyprus. dan Cao Li, Pengarah Cina bagi Confucius Institute di University of Cyprus, sebagai para tetamu istimewa yang memperkenalkan sumbangan sastera luar biasa oleh penulis itu dan mengetengahkan karya beliau yang merangsang fikiran dan memberi impak mendalam ke atas sastera global.

Seorang tokoh sastera yang mana cerita pendek dan novelnya diiktiraf sebagai klasik dalam sastera kontemporari China, gaya penceritaan beliau yang hebat melangkaui sempadan dan merangkumkan intipati kemanusiaan, mempesonakan pembaca di seluruh dunia dengan campuran unik beliau antara jenaka, falsafah dan naratif yang sungguh memilukan.

Menjadi tumpuan acara ialah karya agung Liu Zhenyun, "One Day, Three Autumns," sebuah kisah yang menggambarkan kehidupan seorang bapa dan anak lelaki yang mana pengalamannya dicirikan oleh perjalanan tidak berkesudahan yang mentakdirkan mereka bertemu dengan ramai individu yang berbeza, melihat, merasakan dan menguji pahit manis yang mentakrifkan kewujudan manusia. Buku itu menyelami hubungan antara jenaka, bangsa dan komuniti serta mendedahkan sifat jenaka yang kejam tentang orang biasa yang tidak dapat melarikan diri, tetapi bertahan dan ketawa terhadap keabsurdan hidup.

Berkongsi pandangan beliau mengenai buku itu, beliau berkata, "Ini merupakan sebuah buku yang meninjau perkaitan antara jenaka dan seorang individu. Sesetengah individu mendapati keberadaan mereka secara keseluruhannya hanyalah jenaka apabila mereka merenungkan tentang perjalanan hidup mereka. Namun begitu, wujud individu unik yang mencari jenaka dalam impian orang lain. Melalui usaha ini, beliau kemudiannya menjadi seorang daim yang mampu hidup selama tiga ribu tahun lamanya."

Liu Zhenyun, Professor Dr. Kostas Gouliamos and Cao Li (from left to right).
Liu Zhenyun, Professor Dr. Kostas Gouliamos and Cao Li (from left to right).

"Ia merupakan edisi Pesta Buku Nicosia yang paling mengujakan yang pernah saya hadiri. Kami mengadakan perbincangan yang berkisarkan pembelajaran bersama antara tamadun, menekankan bahasa sebagai asas untuk pertukaran budaya. Bagi memupuk komunikasi antara negara, kami berusaha untuk menggalakkan pembelajaran bahasa Cina bagi memperoleh pemahaman tentang budaya Cina, membolehkan lebih ramai orang menghargai karya-karya seperti karya daripada Liu Zhenyun. Kami turut mengundang penerbit untuk mempertimbangkan untuk memasukkan petikan buku beliau ke dalam buku teks, menyediakan lebih banyak bahan pembelajaran untuk membantu individu membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Cina sebagai pintu masuk untuk memahami budaya Cina," kata Cao Li.

Di acara itu, Profesor Dr. Kostas Gouliamos menyatakan beliau  tertunggu-tunggu karya Liu dalam versi bahasa Yunani, teruja menantikan penerbitannya. Beliau memuji gaya penulisan Liu Zhenyun yang bernas dan mempesonakan yang benar-benar dapat dihayati oleh pembaca seluruh dunia daripada semua lapisan masyarakat.

Kerjaya sastera Liu Zhenyun menjangkau beberapa dekad lamanya dan memiliki koleksi karya yang mendapat pujian kritis termasuk "Tofu", "College", "Office", "Officials", "Recruits" dan "Remembering 1942". Novel-novel kemudiannya seperti "Cellphone", "The Cook, the Crook, and the Real Estate Tycoon", "Nonsense Talk", "Someone To Talk To", "I Did Not Kill My Husband", "Strange Bedfellows" dan "One Day Three Autumns" telah mendapat pujian baik daripada para pengkritik sastera mahupun kumpulan pembaca global yang setia. Anugerah-anugerah beliau termasuk Mao Dun Literature Prize China yang berprestij pada tahun 2011 dan France's Knight of the Order of Arts and Letters pada tahun 2018.

Some of the Translated Works of Liu Zhenyun.
Some of the Translated Works of Liu Zhenyun.

Karya Liu Zhenyun telah memikat hati pembaca dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Itali, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Sweden, bahasa Belanda, bahasa Rusia, bahasa Czech, bahasa Hungary, bahasa Romania, bahasa Serbia, bahasa Ibrani, bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Turki, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Vietnam, bahasa Thai, bahasa Kazak, bahasa Uygur dan banyak lagi bahasa lain. Sehingga kini, buku Liu Zhenyun telah terjual sebanyak lebih 15 juta salinan di China sahaja, dengan pelbagai adaptasi menghiasi layar perak.

Untuk maklumat lanjut mengenai karya Liu Zhenyun, sila kunjungi http://liuzhenyun.net/index.php.

Source: China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd.
Keywords: Books Publishing/Information Service New products/services Trade show news