SHENZHEN,China, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Oleh Huang Yu, Pakar Penyelesaian Pendidikan daripada Huawei Enterprise Business
Pendidikan menjadi semakin pintar. Pengajaran, penyelidikan saintifik, pengurusan kampus dan perkhidmatan sekolah sedang mengalami perubahan yang mendalam:
Dalam menghadapi perubahan mendalam dari segi konsep dan bentuk, industri ini meneroka integrasi mendalam antara ICT dan pendidikan dengan aktif. Teknologi seperti graf ilmu dan data raya menjadikan pembelajaran lebih diperibadikan, manakala 5G dan awan membolehkan pembelajaran hibrid menjadi lebih mudah diakses. Permintaan terhadap penyelidikan saintifik ke atas kuasa pengkomputeran dan storan semakin melonjak. Amalan yang berjaya ini telah merangsang minat sektor ini dalam mengaplikasikan ICT. Walau bagaimanapun, masalah baharu seperti pembinaan bertaburan, pembinaan berulang, silo data dan infrastruktur ICT yang ketinggalan zaman turut muncul, yang amat menyekat pembaharuan. Bagaimana caranya untuk menggunakan ICT dengan lebih baik untuk menaik taraf dan menginovasi model pendidikan merupakan cabaran yang mendesak untuk setiap pihak berkepentingan dalam industri ini.
Mengubah Suai Pendidikan Pintar dengan ICT
Sebagai penyedia penyelesaian ICT global yang terkemuka, Huawei percaya pada pendidikan berorientasikan insan. Kami komited untuk mengintegrasikan ICT seperti pengkomputeran awan, data raya dan kecerdasan buatan ke dalam seluruh proses pendidikan bagi menggalakkan inovasi dalam pengajaran, penyelidikan saintifik, pengurusan dan perkhidmatan. Khususnya, Penyelesaian Pendidikan Pintar Huawei menggunakan ICT termaju untuk menawarkan interaksi pintar, sambungan, platform dan aplikasi untuk menyokong pelanggan dalam transformasi digital mereka.
Semasa proses transformasi digital, pentadbir pendidikan perlu membuat perancangan terpusat dan garis panduan peringkat tinggi dan kemudian melaksanakannya langkah demi langkah. Di peringkat negara China, dasar seperti Pelan Pembangunan Jangka Sederhana dan Panjang untuk Informatisasi Pendidikan (2021-2035) dan Pelan Lima-Tahun ke-14 untuk Informatisasi Pendidikan menetapkan matlamat informatisasi dibezakan untuk pendidikan lebih tinggi, vokasional, asas, pra-sekolah dan dewasa. Dasar-dasar ini menyelaraskan penyediaan persekitaran informatisasi, termasuk rangkaian, platform awan, kandungan dan standard informatisasi untuk pendidikan serta dasar dan peraturan yang sepadan. Universiti dan kolej vokasional perlu melabur tenaga kerja, pembiayaan dan banyak lagi untuk merancang hala tuju informatisasi mengikut pelan jangka panjang mereka. Apabila melibatkan pendidikan asas, sekolah rendah dan menengah biasanya kekurangan keupayaan ICT yang kukuh. Justeru itu, jabatan pengurusan pendidikan perlu memimpin dalam menyediakan lebih banyak platform dan sokongan aplikasi agar sekolah-sekolah dapat memfokuskan kepada pembinaan infrastruktur ICT bersama.
Berdasarkan kepada keupayaan ICT dan pemahaman industri kami, Huawei mencadangkan konsep "komuniti pendidikan digital". Kami ingin menggunakan konsep ini bagi mewujudkan penyambungan dan pengagregatan sumber pendidikan semua-senario serta keterbukaan dan kolaborasi semua dimensi. Konsep ini akan membantu menggabungkan O&M kitaran penuh dan evolusi berterusan dengan teknologi awan, rangkaian, pinggir dan peranti canggih.
Huawei telah membina seni bina teknikal pendidikan pintar "Five Ones": satu skrin, satu rangkaian, satu awan, satu platform dan satu portal.
Satu skrin ialah antara muka terminal untuk interaksi manusia-mesin yang diwakili oleh pelbagai terminal paparan, termasuk PC, tablet, digital, terminal persidangan, papan hitam pintar dan skrin besar LED. Dalam senario yang berbeza, terdapat terminal interaksi pintar sepadan untuk mengumpul dan memaparkan maklumat berdasarkan kepada keperluan setiap subjek pendidikan. "Satu skrin" sama penting untuk pendidikan pintar seperti kunci dengan mangga; ia membuka seluruh sistem kepada pengguna.
Satu rangkaian disokong oleh teknologi baharu dan aplikasi diperlukan untuk memacu dengan lebih baik transformasi pengajaran, pengurusan sekolah dan perkhidmatan. Pada masa kini, rangkaian bukan sahaja disambungkan ke telefon bimbit dan komputer, tetapi juga ke terminal IoT dan peranti pintar. Berdasarkan kepada teknologi seperti 5G, rangkaian optik dan Wi-Fi 7, Huawei mengintegrasikan rangkaian berwayar, tanpa wayar, pejabat dan IoT untuk menyambungkan rangkaian kampus, MAN pendidikan, rangkaian pendidikan dan penyelidikan serta Internet. Ini dapat membina satu rangkaian yang selamat, stabil dan pintar, meningkatkan keupayaan pembawaan sistem perkhidmatan serta pengalaman pengguna.
Huawei membina satu awan pendidikan pintar dengan standard dan perkhidmatan terpusat untuk mengintegrasikan pembelajaran pintar, pengajaran, penyelidikan saintifik, penilaian, pengurusan dan kampus untuk persekitaran pendidikan pintar yang mana semua orang boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dengan cara ini, kualiti pengajaran dan pembelajaran boleh ditambah baik dengan banyaknya dan kami dapat menyediakan akses sama rata kepada sumber pendidikan yang berkualiti untuk semua orang.
Satu platform merupakan platform digital pendidikan awam yang menyokong aplikasi pintar untuk pengajaran, penyelidikan saintifik, pengurusan dan perkhidmatan. Ia berkongsi data merentas awan, rangkaian, peranti dan sistem, memecahkan silo data. Platform ini mengupayakan inovasi tangkas perkhidmatan pendidikan dan mengoptimumkan sinergi awan-paip-peranti untuk menghubungkan ruang fizikal dan digitral demi perkhidmatan dan tadbir urus data pendidikan yang lebih pintar.
Pusat operasi pintar (IOC) kampus dan aplikasi super dibina pada satu portal untuk operasi dan pengurusan terpusat. Ia berfungsi sebagai paparan sehenti untuk pengajaran, penyelidikan saintifik, pengurusan dan perkhidmatan. Melalui IOC, pemimpin sekolah dapat mengikuti perkembangan status kampus dan melaksanakan pengurusan diperhalusi, manakala logistik, sekuriti, maklumat dan jabatan-jabatan lain dapat menikmati operasi yang lebih terpusat, automatik dan pintar. Aplikasi super ini membina portal pendidikan pintar disatukan untuk menghubungkan orang ramai, acara dan perkara agar pengguna dapat mengakses pelbagai aplikasi awan dengan mudah melalui hanya satu aplikasi. Universiti boleh membina portal kampus mudah alih berdasarkan kepada aplikasi super ini untuk menyediakan perkhidmatan terminal mudah alih yang dapat mencakupi kerja, pembelajaran dan kehidupan, memenuhi matlamat bahawa sesiapa sahaja boleh belajar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Bekerjasama dengan Industri dan Melangkah ke Hadapan dengan Pendidikan Pintar
Setakat ini, Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2800 kementerian pendidikan, universiti dan institut penyelidikan di lebih 120 negara dan wilayah. Lebih 30 daripada 100 universiti terbaik QS World University Rankings memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka untuk transformasi digital.
Memandang ke hadapan, Huawei akan terus terlibat secara mendalam dengan industri pendidikan dan mengintegrasikan secara fleksibel data raya, kecerdasan buatan dan awan dengan senario pendidikan bagi membangunkan penyelesaian berasaskan senario bersama rakan kongsi dan memacu pembangunan pendidikan yang berkualiti tinggi melalui transformasi digital.
Artikel ini dipilih daripada Isu Pendidikan Pintar majalah ICT Insights. Sila kunjungi laman web rasmi Huawei untuk mengetahui lebih lanjut: https://e.huawei.com/en/ict-insights/global/ict_insights/ict34-intelligent-education
HUBUNGI:
hwebgcomms@huawei.com