omniture

ACE Green Recycling meterai Perjanjian Penyelidikan Kitar Semula Bateri Ion-Litium dengan National Renewable Energy Laboratory

ACE Green Recycling
2023-10-18 23:00 46

Perjanjian Penyelidikan dan Pembangunan Koperatif (CRADA) akan memfokuskan pada penyelesaian kitar semula bateri LFP dan pemulihan Grafit daripada bateri ion-litium hujung hayat

GOLDEN, Colorado, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- ACE Green Recycling (ACE) dan National Renewable Energy Laboratory (NREL), Jabatan Tenaga A.S., telahpun menandatangani Perjanjian Penyelidikan dan Pembangunan Koperatif (CRADA) untuk membangunkan dan mengoptimumkan lagi teknologi kitar semula bateri ion-litium ACE yang mesra alam dan berkos rendah untuk mengitar semula grafit, litium-besi fosfat (LFP) dan bahan-bahan aktif katod yang lain. Kolaborasi ini memajukan komitmen mendalam dan pelaburan DOE dalam pembangunan kitar semula bateri ion-litium yang lestari, berkesan kos dan mesra alam di Amerika Syarikat.

Terletak di Golden, Colorado, NREL ialah sebuah makmal kebangsaan DOE yang memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan tenaga boleh baharu serta kecekapan tenaga. Sebagai sebahagian daripada misi ini, NREL komited terhadap pembangunan dan pemanfaatan penemuan penting untuk teknologi kitar semula bateri.

Jumlah kenderaan elektrik berasaskan bateri LFP dijangka berkembang dengan signifikan pada tahun-tahun akan datang dengan pengeluar-pengeluar automobil utama seperti Tesla dan Ford mula beralih kepada LFP daripada bateri berasaskan Nikel dan Kobalt lantaran kosnya yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kitar semula bateri LFP dilihat oleh industri ini sebagai masalah yang mencabar terutamanya ekoran kesukaran dalam mengekstrak bahan-bahan berharga (litium dan grafit) dengan cara yang menguntungkan.

"Kaedah-kaedah kitar semula hidrometalurgi semasa memfokuskan untuk mengekstrak bahan-bahan bernilai tinggi daripada bateri LFP seperti litium dan kuprum," kata Andrew Colclasure, NREL. "Bagi menggalakkan pendekatan yang lebih holistik kepada kitar semula, kita harus menunjukkan proses cekap yang turut mengitar semula bahan-bahan bernilai rendah seperti grafit dan besfi-fosfat menjadi produk yang berdaya maju secara komersial. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi industri kami untuk memajukan teknologi kitar semula berkos rendah bagi menjadikan proses tersebut lebih menjimatkan dan mesra alam."

ACE telahpun membangunkan teknologi proprietarinya untuk mengitar semula bateri LFP pada skala makmal yang ketika ini sedang mengalami peningkatan komersial. Di bawah perjanjian penyelidikan ini, NREL akan membantu ACE dalam menilai pengkomersialan proses ini untuk mengitar semula bateri LFP dan mengitar tinggi grafit ke gred bateri.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan pasukan yang berbakat di NREL dalam perjalanan kami untuk mengkomersialkan teknologi kitar semula bateri ion-litium kami dan membantu Amerika Syarikat melangkah ke hadapan menuju rantaian bekalan bahan-bahan bateri domestik yang lestari," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi ACE Green, Vipin Tyagi.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, NREL akan menyediakan keupayaannya dalam pengeluaran sel, pemodelan, analisis dan alat-alat canggih yang lain bagi menunjukkan proposisi nilai teknologi ACE dengan tugas utama yang akan dijalankan di kemudahan NREL di Colorado. Secara keseluruhan, projek ini bertujuan untuk mengenal pasti parameter kitar semula yang optimum untuk LFP dan grafit yang akan memaksimumkan prestasi dan keperluan masa hayat bateri yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula menggunakan teknologi ACE berbanding dengan bateri yang diperbuat daripada bahan-bahan asli.

Potensi kitar tinggi grafit yang diperoleh daripada teknologi ACE dapat membantu menyelesaikan isu pergantungan lebih daripada 60,000 MT elektrod grafit yang ketika ini diimport oleh Amerika Syarikat sambil memperdalam kepimpinan teknologi dan kejuruteraannya serta mengurangkan pergantungannya kepada rantaian bekalan asing. Kolaborasi antara NREL dan ACE selaras dengan matlamat Akta Pengurangan Inflasi yang diumumkan baru-baru ini yang mana antara matlamat penting yang lain, bertujuan untuk menyokong penyetempatan rantaian bekalan bahan-bahan kritikal di Amerika Syarikat.

Latar Belakang ACE Green Recycling

ACE Green Recycling ialah platform teknologi kitar semula bateri inovatif berpangkalan di A.S. yang telah membangunkan penyelesaian modular yang mesra alam untuk mengitar semula pelbagai bateri ion-Litium dan asid-Plumbum hujung hayat. Sebagai penyedia teknologi, ACE bekerjasama dengan para pengusaha dalam ekosistem bahan bateri untuk mencipta penyelesaian pekeliling setempat yang memastikan bahan bateri yang kritikal kekal dalam negara-negara yang menghasilkan sisa bateri.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Dokumen ini mengandungi kenyataan pandangan ke hadapan tertentu berhubung keupayaan teknologi ACE dan aspirasi perniagaan masa depan. Semua kenyataan adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa ACE dan melibatkan beberapa risiko perniagaan dan teknikal serta ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan dijangkakan yang diterangkan, tersirat atau diunjurkan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, tanpa had, kelulusan kawal selia, perubahan yang tidak dijangkakan dalam teknologi, ketidakpastian yang wujud dalam pembangunan teknologi, penskalaan dan pelancaran, perlindungan harta intelek serta sumber dan ketersediaan pembiayaan pihak ketiga.

Source: ACE Green Recycling
Keywords: Alternative Energies Chemical Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues Licensing/marketing agreements Cision Influencer List - ESG