omniture

Majlis pembukaan rasmi di kilang Peikko baharu di Johor Bahru, Malaysia

Peikko Asia Pacific
2023-10-19 16:15 9

JOHOR BAHRU, Malaysia, 19 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Kumpulan Peikko, pembekal global terkemuka bagi sambungan konkrit dan struktur komposit, dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi kilangnya di Malaysia. Majlis pembukaan besar, yang diadakan pada 18 Oktober 2023, menandakan pencapaian yang penting bagi Syarikat dan industri pembinaan di rantau ini.

Duta Besar Finland ke Malaysia, Kaunselor Komersial, Ketua Wilayah APAC, Kedutaan Finland, Wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Johor dan Pengurusan Peikko di majlis pelancaran
Duta Besar Finland ke Malaysia, Kaunselor Komersial, Ketua Wilayah APAC, Kedutaan Finland, Wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Johor dan Pengurusan Peikko di majlis pelancaran

Peikko berbesar hati menerima beberapa tetamu kehormat, iaitu Duta Besar Finland ke Malaysia dan Brunei, Yang Terutama Sami Leino, serta, Kaunselor Perdagangan, Ketua Serantau APAC, Kedutaan Finland, Pekka Laitinen, untuk melaksanakan pembukaan rasmi kilang itu. Di samping itu, lebih 80 pihak berkepentingan utama lain yang mewakili pelanggan, pembekal, rakan kongsi dan pihak berkuasa menghadiri majlis pembukaan. Sambutan menampilkan majlis pembukaan, lawatan fasiliti berpandu, serta pembentangan menarik yang menegaskan komitmen Peikko yang tidak berbelah bahagi terhadap pasaran Malaysia.  

Fasiliti baharu itu terdiri daripada kira-kira 3,000 meter persegi ruang dan dilengkapi jentera dan barisan pengeluaran yang canggih, sekali gus membolehkan syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang unggul dan profesional kepada pelanggannya yang amat bernilai. Memanfaatkan kepakarannya yang meluas dalam pembinaan pratuang dan lestari, fasiliti bernilai 10 juta Euro di Johor Bahru berada pada landasan yang kukuh untuk memenuhi keperluan dinamik Malaysia, Singapura dan pasaran Asia Tenggara yang lain.  

"Pembukaan sebuah fasiliti pengeluaran baharu merupakan suatu langkah ke hadapan yang wajar, kerana Peikko telah mempunyai pasukan Jualan & Sokongan Teknikal di Singapura selama beberapa tahun. Lokasi Johor Bahru yang sangat penting dari segi strategik ini merupakan pilihan terbaik untuk Peikko apabila meningkatkan operasi kami di Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang lebih luas pada tahun-tahun akan datang", jelas Topi Paananen, Ketua Pegawai Eksekutif Peikko Group Corporation.

"Dengan latar belakang yang kukuh dalam menyampaikan penyelesaian inovatif, seperti Sambungan Pratuang (Precast) dan Tuang di Situ (Cast-In-Situ), DELTABEAM® Slim Floor Structures, dan Lifting Systems, Peikko Malaysia kini akan menyediakan pelanggannya dengan perkhidmatan yang unggul dan profesional, malah masa penghantaran yang lebih pantas, dan ketercapaian yang dipertingkatkan kepada penyelesaian termaju kami", kata Michal Horak, Naib Presiden, Asia Pasifik.

Sejajar dengan trend yang semakin berkembang dalam Rantau APAC Peikko, pengembangan ini memperkukuh komitmen dan kesungguhan Peikko untuk memenuhi permintaan industri pembinaan yang semakin meningkat di Malaysia dan Rantau Asia Pasifik yang lebih meluas. Langkah strategik ini meningkatkan keupayaan Peikko untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan, sekali gus mewujudkan pendekatan yang lebih berorientasikan pelanggan dan memperkukuh reputasi jenama Peikko dalam industri.

Peikko Malaysia berasa teruja untuk membuka lembaran baharu ini dan komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya dengan cemerlang dan pada masa yang sama memberikan sumbangan yang ketara kepada landskap pembinaan Malaysia yang dinamik dan menjangkaui industri ini.

Source: Peikko Asia Pacific
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Corporate Expansion New products/services