omniture

Pusat Ujian Sistem TrinaTracker Dianugerahkan Sijil daripada CNAS

TrinaTracker
2023-10-20 02:31 90

CHANGZHOU, China, 20 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian penjejak solar pintar yang terkemuka, dianugerahkan sijil akreditasi daripada CNAS (China National Accreditation Service) untuk Pusat Ujian Sistem Penjejaknya yang terletak di Changzhou, China. 


Akreditasi diberikan selepas CNAS memeriksa dan menilai dengan teliti sistem dan peralatan ujian pusat itu, dan pasukan ujian TrinaTracker diberi pujian tinggi atas tahap kecekapannya yang tinggi dalam menjalankan ujian. Pusat ujian penjejak syarikat ini meliputi banyak aspek, termasuk elektrik, mekanikal dan struktur. Ia merupakan salah satu pusat ujian yang paling canggih dari segi keupayaan ujian penjejak solar.

Sebagai sebahagian daripada sistem pengiktirafan berbilang hala dengan akreditasi antarabangsa, keputusan ujian CNAS diiktiraf di lebih 100 negara dan oleh organisasi-organisasi seperti International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) dan Asia-Pacific Accreditation Cooperation (APAC).

Pusat Ujian Sistem TrinaTracker, ditubuhkan pada tahun 2021, meliputi aspek-aspek termasuk fungsian, prestasi, tahap perlindungan, rintangan alam sekitar dan rintangan kakisan. Ia turut menjalankan ujian struktur keluli dengan disiplin dalam rintangan struktur, mekanikal dan keletihan. Pusat ini turut diakreditasikan dengan Kelayakan Makmal Ujian Saksi TWP TÜV Süd.

"Akreditasi CNAS memberi sokongan teknikal yang andal untuk reka bentuk dan pembangunan produk penjejak. TrinaTracker akan terus menambah baik ujiannya dari segi keupayaan teknikal, mekanikal dan struktur bagi memberi sokongan untuk produk penjejak yang berkualiti tinggi," kata Quan Peng, ketua pusat.

Latar Belakang TrinaTracker:

TrinaTracker ialah penyedia penyelesaian penjejak pintar yang terkemuka di bawah Trina Solar Co., Ltd. (SHA: 688599). Ia mengkhusus dalam pembangunan, pembuatan, reka bentuk kejuruteraan, pemasangan dan penyelenggaraan penjejak solar. Dengan pengalaman selama 19 tahun dalam perniagaan penjejak, ia merupakan satu-satunya jenama yang mempunyai pusat R&D dan kejuruteraan baik di Eropah mahupun Asia untuk modul dan penjejak. Jenama ini mempunyai tiga barisan produk utama Vanguard 1P, Vanguard 2P dan Agile serta sistem kawalan penjejak pintarnya termasuk algoritma SuperTrack dan platform Trina Smart Cloud disahkan untuk meningkatkan lagi penjanaan kuasa loji solar.

TrinaTracker mempunyai beberapa pusat operasi (China, APAC, Eropah, Amerika Latin, Amerika Utara dsb.) di peringkat global untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan ke seluruh dunia.

Hingga penghujung tahun 2022, TrinaTracker telah menyerahkan penjejak 9GW+ di peringkat global, dengan lebih 300 projek merentas lebih 40 negara.

 

 

 

 

Source: TrinaTracker
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards General Manufacturing