omniture

Fasa Pertama Projek PV Atas Bumbung 50MW Tapak Pengilangan Baotou JA Solar Mulakan Pembinaan

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-10-20 22:39 37

BEIJING, 20 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- JA Solar baru-baru ini mengumumkan bahawa fasa pertama Projek Fotovolta Teragih Atas Bumbung 50MW Tapak Pengilangan Baotou miliknya telahpun memulakan pembinaan. Projek ini dipercayai merupakan satu langkah penting dalam menggalakkan pengeluaran dan operasi hijau di seluruh Syarikat.

First Phase of JA Solar Baotou Manufacturing Base 50MW Rooftop PV Project Starts Construction
First Phase of JA Solar Baotou Manufacturing Base 50MW Rooftop PV Project Starts Construction

Dengan pelaburan RMB150 juta, projek ini akan dibina dalam empat fasa, dan ia dijangka disiapkan menjelang akhir 2023. Dipasang dengan modul DeepBlue 4.0 jenis-n JA Solar, projek ini dijangka akan menjana 65 juta kWj elektrik setahun, bersamaan dengan pengurangan emisi karbon tahunan sebanyak 54,000 tan. Media tempatan telah mengulas bahawa projek ini akan menjadi model dalam menggalakkan penggunaan PV solar dalam kawasan tempatan.

JA Solar sentiasa mematuhi konsep pembangunan mampan. JA Solar mengamalkan konsep pembangunan rendah karbon dalam operasinya, dan telahpun membina ekosistem pengilangan hijau. Setakat Februari 2023, enam tapak pengilangan JA Solar telah tersenarai dalam senarai "kilang hijau" Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT). Pada awal tahun ini, produk jenis-n JA Solar telah dianugerahkan dengan pensijilan PPE2 jejak karbon oleh pihak berkuasa Perancis Certisolis, yang menunjukkan bahawa JA Solar ialah antara kumpulan pertama pengilang modul PV yang memperoleh pensijilan jejak karbon Perancis di bawah piawaian PPE2 baharu, dan mempamerkan daya saing rendah karbon produk jenis-n JA Solar.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services