omniture

Waytous Mendorong ke Hadapan Aplikasi Industri di Thailand, Bakal Serahkan Kumpulan Pertama Trak Lombong Tanpa Pemandu sekitar Januari 2024

WAYTOUS
2023-10-23 16:20 53

PAK PHRIAO, Thailand, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia teknologi dan perkhidmatan perlombongan pintar yang terkemuka Waytous telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Thailand Siam Cement Group (SCG), Thailand Advanced Info Service Public Company Limited (AIS), Huawei dan Zhengzhou Yutong Mining Equipment Co. Ltd. baru-baru ini di Pak Phriao, Thailand, bagi membangunkan penyelesaian rantaian penuh tanpa pemandu pertama di dunia untuk lombong simen skop penuh secara bersama. Waytous akan menyerahkan 15 trak perlombongan tanpa pemandu elektrik tulen direkayasa pertama sekitar Januari 2024.

"Kami telah menjalankan dua fasa kajian perlombongan tanpa pemandu untuk projek ini dan menemui penyelesaian tanpa pemandu yang paling komprehensif, cekap dan berkesan untuk lombong simen di Salaburi," kata Chen Long, Ketua Pegawai Eksekutif Waytous serta penyelidik Institute of Automation of the Chinese Academy of Sciences.

Memajukan pembangunan lestari industri perlombongan global

Projek di kawasan perlombongan Salaburi SCG akan membangunkan lombong hijau, pintar dan cekap melalui aplikasi teknologi canggih yang komprehensif termasuk 5G, AI, pengkomputeran awan, bateri kuasa tenaga baharu dan banyak lagi.

Dalam tempoh setahun, Waytous berkolaborasi secara mendalam dengan rakan-rakan kongsi untuk menyiapkan beberapa persediaan, termasuk kajian kebolehlaksanaan projek, penjajaran standard teknikal, pengesahan model kerjasama, susunan perincian pelaksanaan luar negara selain menangani masalah integrasi program, pemudahan perdagangan dan banyak lagi, bagi memastikan kejayaan pendaratan dan pelaksanaan projek perlombongan hijau pintar pemanduan berautonomi 5G+ pertama di Thailand.

Berhubung aplikasi teknologi pemanduan berautonomi dalam lombong, Waytous berjaya mengaplikasikan operasi tanpa manusia ke atas lombong simen skop penuh untuk berbilang projek di China termasuk projek Jinyu di Jidong, projek Huarun di Baise dan projek Huachang di Changjiang. Sistem pengendalian perlombongan pintar "YUGONG" yang dibangunkan sendiri oleh Waytous boleh membuat penyesuaian dengan semua model kenderaan, berbilang jenis lombong dan senario aplikasi penuh, menyediakan perkhidmatan teknikal untuk projek-projek perlombongan bagi mencapai pemanduan tanpa manusia, penjadualan pintar serta operasi kolaboratif trak perlombongan tenaga baharu.

Projek SCG merupakan pelancaran penyelesaian perlombongan pintar pertama yang berjaya di luar negara untuk Waytous, malah untuk China. Ia juga merupakan model perintis bagi mendorong pembangunan ekonomi hijau dan sosial di China, Thailand serta rantau ASEAN.

Memandang ke hadapan, Waytous menyasarkan untuk menggalakkan lagi pembangunan lombong hijau dan pintar di Asia Tenggara, Australia, Afrika, Amerika Selatan dan banyak lagi.

Source: WAYTOUS
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mining Mining/Metals Telecommunications Transportation Artificial Intelligence Supply Chain/Logistics