omniture

Pepsodent melancarkan kempen kesedaran kebersihan mulut di Malaysia

Unilever International
2023-10-23 16:30 14

Inisiatif dengan kerjasama Fakulti Pergigian Universiti MAHSA dan MYDIN Prihatin ini menyasarkan komuniti B40 yang merangkumi pengedaran 60,000 kit ubat gigi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ --  Pepsodent, jenama penjagaan mulut halal yang dipercayai keluarga pada hari ini telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran kebersihan gigi dalam kalangan komuniti B40 di Lembah Klang melalui kempen 2-2-10 di PPR Lembah Subang. Jenama ini telah bekerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN dengan matlamat untuk melengkapkan isi rumah B40 (kumpulan berpendapatan rendah) dengan maklumat dan alat untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

(L-R) Shankar (Assistant General Manager Datta Shree), Dr. Anna Rani A/P T. Kanagarajah (Senior Lecturer of MAHSA Dental Faculty), Tan Boon Siang (Business Development Unilever International Malaysia), Looi Kah Hong (Marketing lead of Pepsodent),Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa, and Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin (Managing Director of Mydin Holdings),  signifying the official launch of the Pepsodent 2-2-10 campaign
(L-R) Shankar (Assistant General Manager Datta Shree), Dr. Anna Rani A/P T. Kanagarajah (Senior Lecturer of MAHSA Dental Faculty), Tan Boon Siang (Business Development Unilever International Malaysia), Looi Kah Hong (Marketing lead of Pepsodent),Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa, and Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin (Managing Director of Mydin Holdings), signifying the official launch of the Pepsodent 2-2-10 campaign

Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Malaysia 2019[1], prevalens terhadap kaviti dan karies gigi kekal tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kesedaran kesihatan gigi. Kempen di lapangan yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan kebersihan mulut telah dikonsepkan dan dilancarkan oleh Unilever International – rakan kongsi unit perniagaan global Unilever. 'Pepsodent 2-2-10' adalah berdasarkan tindakan mudah memberus gigi dengan ubat gigi yang betul berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan, iaitu 2 minit setiap kali, 2 kali sehari[2] untuk mendapatkan gigi yang 10 kali lebih kuat.

"Sebagai jenama penjagaan mulut yang dipercayai keluarga, Pepsodent percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada produk penjagaan mulut yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Kempen 2-2-10 bertujuan untuk menyemai kepentingan asas kebersihan pergigian dan langkah mudah untuk mengamalkannya dengan berkesan. Bersama rakan kongsi kami MAHSA dan MYDIN Prihatin, kami komited untuk menyampaikan mesej pendidikan dan amalan penjagaan mulut yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia sekali gus memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa diutamakan. Tujuan Unilever International untuk 'berkhidmat kepada yang terabai' adalah selaras dengan kempen ini iaitu demi mendidik dan memperkasakan komuniti yang terabai tentang kepentingan kebersihan mulut." kata Nitin Agarwal, Ketua Pegawai Pemasaran, Unilever International.

Sekolah Pergigian MAHSA dan para pelajarnya menyediakan pakar penjagaan gigi mereka untuk kempen ini. Sebagai salah satu sekolah pergigian yang terkemuka di Malaysia, MAHSA komited untuk menyediakan dan mengekalkan standard kesihatan mulut yang optimum buat masyarakat.

Profesor Dato' Dr. Mohamed Ibrahim, dekan fakulti pergigian di MAHSA berkata, "Fakulti Pergigian MAHSA komited untuk memberi pendedahan kepada pelajar kami berkenaan peluang dalam sains pergigian. Oleh itu, kami gembira apabila Pepsodent menghubungi kami untuk sama-sama berganding bahu. Kami percaya bahawa semua rakyat Malaysia bukan sahaja seharusnya mempunyai akses kepada penyelesaian penjagaan gigi yang betul tetapi mereka juga perlu menyedari kepentingan pendidikan dan amalan kesihatan gigi yang baik. Melalui penyertaan pelajar kami dalam kempen ini, kami bukan sahaja dapat memberi mereka peluang praktikal dalam merawat pesakit dengan amalan penjagaan mulut yang mudah tetapi juga membantu mereka menangani cabaran kehidupan sebenar dalam pendidikan kesihatan pergigian awam."

Kempen ini disokong oleh MYDIN Prihatin, cabang CSR Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN). Melalui gandingan ini, Pepsodent menyasarkan untuk mengedarkan 60,000 kit ubat gigi kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia.

"Apabila kami mengetahui rancangan Pepsodent untuk mengaktifkan kempen ini, kami tidak sabar-sabar untuk turut sama berganding bahu. MYDIN Prihatin ditubuhkan atas premis membantu rakyat Malaysia menjaga sesama rakyat Malaysia. Bersama Pepsodent dan melalui rangkaian MYDIN Prihatin, kami berharap komuniti B40 di seluruh Malaysia dapat memiliki asas kebersihan pergigian yang lebih kukuh dan amalan kesihatan mulut yang betul," kata Gurubaran Ballalie, Pengurus Pemasaran Mydin.

Selain pengagihan kit penjagaan mulut kepada orang ramai, pengaktifan kempen ini turut merangkumi pemeriksaan dan rundingan kesihatan pergigian, demonstrasi memberus gigi setiap jam serta pengedaran kit ubat gigi. Kempen ini juga akan diaktifkan di Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak. Kit ubat gigi dan maklumat petua penjagaan gigi yang mudah akan diedarkan lagi oleh inisiatif MYDIN Prihatin.

Pepsodent ialah ubat gigi yang dipercayai keluarga, disahkan halal serta sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi Mikro Kalsium Aktif dan Pro-Fluoride Kompleks untuk membaiki lubang kecil yang tidak kelihatan seterusnya membentuk kaviti dengan mencipta lapisan perlindungan untuk mencapai gigi 10 kali lebih kuat. Ubat gigi Pepsodent boleh didapati dalam pek 225gx2 di semua pasar raya dan pasar raya besar dengan harga RSP RM 9.60.

Nota kaki:

1Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, Laporan Teknikal - Jilid II (Permintaan Penjagaan Kesihatan)

2Memberus Gigi - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH

About Unilever

Unilever is one of the world's leading suppliers of Beauty & Wellbeing, Personal Care, Home Care, Nutrition and Ice Cream products, with sales in over 190 countries and products used by 3.4 billion people every day. We have 127,000 employees and generated sales of €60.1 billion in 2022. Our vision is to be the global leader in sustainable business and to demonstrate how our purpose led, future-fit business model drives superior performance. We have a long tradition of being a progressive, responsible business. The Unilever Compass, our global sustainable business strategy, is set out to help us deliver superior performance and drive sustainable and responsible growth, while aiming to: - improve the health of the planet;  - improve people's health, confidence and wellbeing;  - and contribute to a fairer and more socially inclusive world. For more information about Unilever and our brands, please visit www.unilever.com. 

About MAHSA

MAHSA University is a premier private institution in Malaysia founded in 2005. MAHSA is dedicated to delivering exceptional education across twenty-five diverse fields of study and with ninety-eight programmes to offer. Committed to academic excellence, MAHSA's mission is to empower students with industry-relevant knowledge and skills while fostering a dynamic and inclusive learning environment. Offering a wide array of programmes, including Medicine, Dentistry, Pharmacy, Business, Accounting, Engineering & IT, and Allied Health Sciences, MAHSA ensures students are well-prepared for successful careers. With national and international accreditations, and international academic partnerships, MAHSA places a strong focus on research, innovation, and enterprise, and its collaboration with industries as it aims to make a lasting impact on education and society through its global graduates. Visit the nation's most impactful entrepreneurial university at www.mahsa.edu.my to explore its comprehensive offerings and learn more about its commitment to excellence.

About Mydin Prihatin

MYDIN is a homegrown wholesale and retail chain operated since 1957. MYDINcontinues to be the halal key driver for Malaysia Retail Industry providing a wide selection of products while simultaneously orienting the wholesale pricing policy whole year round. Why Pay More? Buy at Wholesale Prices! MYDIN stores provide everyday promising price deals without compromising the quality of goods. MYDIN operates 61 outlets nationwide, comprising 7 business formats. For more information, visit our official website at www.mydin.my

Source: Unilever International
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail