omniture

Unilumin Group Tandatangani Perjanjian dengan Arab Saudi dalam Forum Jalur dan Jalan untuk Kerjasama Antarabangsa Ketiga

Unilumin Group., Ltd.
2023-10-23 16:50 8

BEIJING, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- "Unilumin Group menikmati perkongsian yang baik dengan Arab Saudi dan kami akan meningkatkan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang," kata Daoren Yuan, naib presiden Unilumin.

Forum Jalur dan Jalan untuk Kerjasama Antarabangsa Ketiga diadakan di Beijing mulai 17 hingga 18 Oktober. Di persidangan itu, Unilumin Group, perusahaan yang terkemuka dalam industri LED, menandatangani perjanjian dengan Arab Saudi dalam bidang seperti sukan, pawagam, budaya dan lain-lain untuk menggalakkan pembangunan industri hiburan dan ekonomi digital berasaskan pengalaman Arab Saudi secara bersama.


Gabungan perkakasan dengan kandungan digital, sistem kawalan perisian dan teknologi interaktif manusia-mesin, Unilumin kini mula menyediakan penyelesaian metasight (bermaksud kombinasi antara paparan dan cahaya) digital LED kepada negara-negara global.

Baru-baru ini, MSG Sphere di Las Vegas tular dengan pertunjukannya yang sangat mengagumkan di Las Vegas Strip, benar-benar menarik perhatian seluruh dunia. Sementara itu, terdapat juga skrin berbentuk sfera LED gergasi dengan diameter 35-meter di Arab Saudi yang dicipta oleh Unilumin, memecah Rekod Dunia Guinness 2022. Dalam projek ini, Unilumin menyediakan penyelesaian bersepadu yang lengkap untuk skrin berbentuk sfera LED, termasuk reka bentuk kreatif projek, modul skrin LED disesuaikan, kandungan kreatif digital berbentuk sfera dan sebagainya.

Unilumin menikmati perkongsian yang baik bersama Arab Saudi, yang merupakan salah satu pasaran paling penting untuk Unilumin. "Kerjasama dengan Arab Saudi dalam bidang-bidang yang berbeza seperti sukan, budaya, pawagam, hiburan dan sebagainya pastinya akan membawa faedah bersama kepada kedua-dua pihak."

Selain itu, Unilumin menubuhkan sistem perkhidmatan lengkap untuk proses pra-jualan, jualan, selepas-jualan di lebih 160 negara seluruh dunia dan memulakan "lingkungan perkhidmatan enam-jam" di seluruh dunia bagi meningkatkan sistem perkhidmatan yang lebih cekap.

Sebagai sebuah perusahaan bertaraf global, Unilumin menyediakan teknologi LED untuk Piala Dunia 2022 Qatar, Piala Dunia Rusia serta acara-acara antarabangsa seperti Liga Kriket Perdana India, Liga Bola Sepak Teluk Arab dan Divisyen Pertama Maghribi, yang menggalakkan pembangunan industri pelancongan budaya, bandar pintar serta industri sukan pada platform "Jalur dan Jalan".

Sepanjang dekad yang lalu, China menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih daripada 150 negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa. Sebagai sebuah perusahaan global berteknologi tinggi, Unilumin akan terus menyumbang teknologi metasight LED dan kebijaksanaan kepada dunia.

 

Source: Unilumin Group., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Entertainment Semiconductors Licensing/marketing agreements