omniture

Minggu Iklim Belia Global Buka Laman Web Rasmi kepada Orang Awam

Global Alliance of Universities on Climate
2023-10-23 16:50 153

DUBAI, UAE, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Laman web rasmi untuk Minggu Iklim Belia Global (Minggu) kini dibuka. Ia mempelawa pelbagai pihak berkepentingan global untuk mendaftar acara mereka dan menunjukkan sokongan mereka kepada tindakan iklim generasi akan datang. Individu dan organisasi yang berminat boleh menemui laman web ini di:
http://www.globalyouthclimateweek.org/.

Global Youth Climate Week Opens Official Website to Public
Global Youth Climate Week Opens Official Website to Public

"Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) 2023 akan membawakan penilaian keadaan global yang pertama sejak penandatanganan Perjanjian Paris," ujar Dr. WANG Binbin, Setiausaha Agung Eksekutif Perikatan Universiti-universiti Global mengenai Iklim (Global Alliance of Universities on Climate, GAUC). "Walaupun masyarakat antarabangsa melihat kepada keadaan planet kita dan merangka hala tuju yang lebih baik untuk masa depan, penting untuk mengiktiraf peranan penting golongan belia sebagai tulang belakang masa depan sifar bersih dan menawarkan sokongan yang mencukupi kepada mereka untuk menggalas tanggungjawab yang bersejarah ini."

Dijadualkan seminggu lebih awal bagi setiap COP, Minggu itu bertujuan untuk menyumbang kepada tadbir urus iklim global dengan menyediakan mekanisme untuk generasi akan datang menguatkan suara mereka tentang iklim, memperhalusi penyelesaian inovatif mereka dan mengubah tindakan iklim mereka menjadi impak sebenar. Ia mula dicadangkan oleh GAUC kepada sekretariat Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dalam bulan Februari 2022 dan dimulakan secara bersama oleh GAUC dan lebih 100 rakan kongsi global lapan bulan kemudian. Cik Patricia Espinosa, bekas Setiausaha Eksekutif UNFCCC, memuji Minggu sebagai "sumbangan yang memberi impak ke atas proses UNFCCC".

Dengan melancarkan laman web rasmi untuk Minggu itu, GAUC bermatlamat untuk meluaskan lagi keterangkuman Minggu itu dan mengundang dengan penuh mesra semua pihak berkepentingan yang relevan untuk menyertai usaha itu dan menyumbang kepada momentum dengan menganjurkan acara berkaitan iklim sepanjang 20 hingga 24 November 2023 dan mendaftar acara di laman web Minggu itu lebih awal.

Membawa tindakan iklim belia ke arena antarabangsa

Membangun berdasarkan kejayaan aktiviti pemupukan belia GAUC pada tahun 2022, GAUC telah meningkatkan Program Latihan Kepimpinan 'Climate x' dengan membukanya kepada pelajar kolej global dan menyalurkan tindakan iklim pelajarnya kepada Minggu tersebut.

Program Latihan, yang membawakan modul '1+3' untuk menggalakkan pelajarnya menterjemahkan ilmu pengetahuan iklim kepada impak ketara, mendaftarkan hampir 1000 pelajar dari 74 negara dan sekitar 400 universiti, 88% daripadanya adalah dari Selatan Global. Dalam modul itu, '1' merujuk kepada kerja kursus dalam talian yang ditawarkan oleh pakar akademik yang berjalan selama sebulan pada bulan Julai; '3' melambangkan tiga acara hibrid yang perlu disempurnakan oleh pelajar dari Ogos hingga November. Pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri kepimpinan iklim semasa Program Latihan akan dipilih sebagai delegasi-delegasi bagi Delegasi Belia COP28 GAUC, kumpulan GAUC ketiga seperti itu yang dibawa ke COP.

Tatkala laman web rasmi Minggu dilancarkan, pelajar telahpun menganjurkan hampir 200 acara dalam komuniti tempatan mereka, memberi impak sekurang-kurangnya kepada 20,000 orang secara keseluruhan. Semasa Minggu 2023, pelajar akan menganjurkan set acara ketiga mereka, diiktiraf sebagai sumbangan yang diterajui belia kepada Minggu tersebut dan akan diperlihatkan di COP28.

Mengumpul sokongan pelbagai pihak berkepentingan demi COP28 yang berjaya

Sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan penting untuk mempersiapkan generasi akan datang bagi menjadi pemimpin masa depan sifar-bersih yang lestari. Memanfaatkan kekuatan rakan kongsinya, GAUC menyediakan pelbagai sumber untuk memperkasa pelajar Program Latihan, termasuk lebih daripada 20 syarahan jemputan dan 5 lawatan lapangan.

"Kami memegang teguh dedikasi dan cita-cita yang bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran perubahan iklim," kata Alice HO, Ketua Pegawai Belia GAUC. "Walau bagaimanapun, penting untuk kami, pemimpin iklim masa depan, untuk belajar daripada pemimpin hari ini. Kami memerlukan sokongan daripada anda."

Pada Disember ini, GAUC akan menganjurkan Pavilion GAUC di dalam Zon Biru COP28, yang merupakan kali pertama GAUC menganjurkan Pavilion khusus untuk delegasi muda dan rakan kongsinya. "Kami mengalu-alukan rakan kongsi kami untuk menganjurkan acara mereka di pavilion GAUC. Delegasi Belia GAUC dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan mereka bagi menyumbang kekuatan belia untuk COP28 yang berjaya," kata Alice.

Mana-mana individu dan entiti yang berminat boleh mengunjungi http://www.globalyouthclimateweek.org/ untuk mendaftar acara mereka untuk dianjurkan sepanjang Minggu itu dan mengetahui perkembangan terkini berhubung peluang kolaborasi semasa COP28.

 

Source: Global Alliance of Universities on Climate
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Environmental Issues