omniture

Vantage membolehkan lebih ramai pedagang baru mengalami Dagangan Salinan bermula daripada AS$50

Vantage
2023-10-23 21:03 92

Lebih 60% pedagang aktif ingin memulakan Dagangan Salinan, menurut tinjauan Vantage

PORT VILA, Vanuatu, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset, Vantage Markets, melaporkan bahawa lebih 60% pedagang aktif berminat untuk mencuba dagangan salinan pada Vantage App, menurut tinjauan pelanggan baru-baru ini.

Tinjauan tersebut turut mendedahkan bahawa 19.7% responden tidak mengetahui mengenai dagangan salinan dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya. Di samping itu, 47.5% responden berharap dapat melihat insentif dan promosi yang lebih menarik.

Vantage enables more novice traders to experience Copy Trading from US$50
Vantage enables more novice traders to experience Copy Trading from US$50

Sebagai respons kepada penemuan itu, Vantage menurunkan keperluan deposit minimum daripada AS$200 kepada AS$50, berkuat kuasa mulai hari ini.

"Pelanggan kami sedang mencari jalan untuk meluaskan portfolio mereka dan memaksimumkan pulangan mereka dengan kos minimum, maka deposit minimum kami yang dikurangkan memberi halangan lebih rendah untuk mereka meneroka dagangan salinan dan menerimanya sebagai sebahagian daripada strategi dagangan mereka," kata Lian Jie, Penolong Pengarah Pemasaran Aplikasi, Vantage. 

Lian Jie, Assistant App Marketing Director, Vantage
Lian Jie, Assistant App Marketing Director, Vantage

Sejumlah besar pedagang salinan baru juga menunjukkan minat untuk memiliki sumber pendidikan tambahan dalam persekitaran Dagangan Salinan Vantage.

Justeru itu, Vantage dijadualkan untuk melancarkan satu siri tutorial pendidikan dan panduan pengguna dalam beberapa bulan akan datang. Sumber-sumber ini akan membantu pedagang salinan memanfaatkan platform ini sepenuhnya dan akan menyertakan panduan langkah demi langkah yang meliputi pelbagai topik, bermula daripada pembukaan akaun, hinggalah asas-asas dagangan salinan dan alatan dagangan yang canggih.

"Kepuasan pengguna adalah amat penting dalam usaha kami dan tinjauan pelanggan dalam-aplikasi kami membolehkan kami untuk kekal sesuai dengan keperluan dan pengalaman dagangan pelanggan kami," tambah Lian Jie. "Bahan-bahan pendidikan tambahan kami akan bermanfaat untuk kesemua pedagang kami bermula daripada pedagang baru hinggalah pedagang yang berpengalaman."

Latar Belakang Vantage

Vantage  (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang pantas dan berkuasa untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, Vantage adalah lebih daripada broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan merebut peluang dagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

Penafian:

Ciri-ciri dagangan salinan mempunyai risiko yang sedia wujud dan boleh membawa kepada kerugian yang ketara. Kami menggalakkan anda untuk mempertimbangkan kedudukan kewangan anda dan kesanggupan menanggung risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk menggunakan ciri-ciri ini. Prestasi masa lalu tidak menunjukkan keputusan masa depan dan tiada jaminan keuntungan dalam dagangan salinan. Keputusan untuk mengambil bahagian dalam dagangan salinan adalah sepenuhnya menurut budi bicara anda sendiri dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa hasil yang terhasil daripada tindakan anda. Walaupun platform kami menawarkan dagangan salinan sebagai satu perkhidmatan, kami tidak memberi nasihat atau cadangan pelaburan. Pengurusan pelaburan anda dan pilihan yang dibuat dalam dagangan salinan menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya. Dengan menggunakan dagangan salinan pada platform kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami penafian ini dan bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh perkhidmatan kami.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service