RIO DE JANEIRO, 15 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA™. Petang ini, Trofi Piala Dunia FIFA™ tiba di padang Stadium Maracaña di Brazil, dilindungi di dalam peti Louis Vuitton yang ditempah khas. Trofi tersebut turut diiringi oleh dua selebriti bertaraf dunia: Carles Puyol, Juara Piala Dunia FIFA 2010 dan model terkenal kelahiran Brazil, Gisele Bündchen, yang memakai pakaian Louis Vuitton daripada Koleksi Cruise 2015.
Bagi melihat Siaran Akhbar Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/71400583-louis-vuitton
Carles Puyol telah membawa Trofi berharga itu masuk ke padang Stadium Maracaña beberapa minit sebelum perlawanan Akhir tersebut bermula. Beliau telah membawanya di dalam peti Louis Vuitton yang direka khas serta dicipta khusus untuk perlawanan bola sepak tersebut, lalu meletakkannya di atas podium sambil disaksikan oleh 78,000 penonton. Beliau turut diiringi oleh model terkenal dan duta Louis Vuitton, Gisele Bündchen.
"Peluang untuk mewakili negara saya dan seluruh rakyat Brazil dalam sambutan ini dengan membawa Bekas Trofi FIFA LV ini merupakan penghormatan besar. Pengalaman menyaksikan bagaimana sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan seluruh dunia benar-benar sesuatu yang menakjubkan. Saya amat berterima kasih kerana dipilih untuk meraikan saat penting ini. Terima kasih kepada semua rakyat Brazil yang telah mengalu-alukan dunia dengan kegembiraan dan kemesraan mereka," ujar Gisele Bündchen.
Sejajar dengan tradisi, Trofi Piala Dunia FIFA telah dikembalikan ke padang oleh wakil juara bertahan. Dengan itu, Sepanyol, para pemenang 2010 dan diwakili oleh Carles Puyol dapat berkongsi saat kemenangan akhir bersama Trofi tersebut sebelum bermulanya perlawanan akhir 2014 antara Jerman dan Argentina.
Hanya dalam tempoh beberapa hari, Trofi Piala Dunia FIFA dan peti rasmi Louis Vuitton akan meninggalkan Brazil dan pulang ke negara Juara Dunia baharu.
Latar Belakang Louis Vuitton
Sejak tahun 1854, Louis Vuitton telah memperkenalkan rekaan tersendiri kepada dunia, menggabungkan inovasi dengan gaya sambil sentiasa menyasarkan kualiti terbaik. Kini, Maison tetap setia dengan semangat pengasasnya, Louis Vuitton yang telah mencipta "Seni penjelajahan" asli menerusi bagasi, beg serta aksesori yang kreatif selain bersifat elegan dan praktikal. Sejak itu, keberanian telah mengukir kisah Louis Vuitton. Setia dengan warisannya, Louis Vuitton telah membuka peluang kepada para arkitek, artis serta pereka sejak sekian lama, sementara menghasilkan pelbagai pilihan seperti pakaian sedia pakai, kasut, aksesori, jam tangan, barang kemas dan juga alat tulis. Produk yang direka dengan penuh teliti ini ialah bukti komitmen Louis Vuitton terhadap hasil ketukangan dengan kehalusan tinggi.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut: http://www.louisvuitton.com
Video: http://www.multivu.com/mnr/71400583-louis-vuitton
SUMBER Louis Vuitton