omniture

Xinhua Silk Road: Beberapa pencapaian digapai di persidangan promosi diadakan di Shanghai

Xinhua Silk Road
2024-11-29 02:59 29

BEIJING, 29 November 2024 /PRNewswire/ -- Beberapa pencapaian telahpun digapai baru-baru ini di Persidangan Promosi "Program Penyedia Perkhidmatan Global" (GSPP) Shanghai Jing'an dan Forum Sidang Kemuncak Perkhidmatan Profesional Pembangunan Globalisasi Perusahaan China pertama yang diadakan di Daerah Jing'an di Shanghai, timur China.


Kertas putih mengenai penyedia perkhidmatan global yang menyokong perusahaan Cina untuk berkembang ke luar negara telahpun dikeluarkan di acara ini, di mana pejabat China Globalization and World Cities (GaWC) menerbitkan laporan mengenai indeks pembangunan industri perkhidmatan profesional Shanghai.

Setakat ini, GSPP melibatkan sejumlah 103 perusahaan, selepas 11 syarikat dianugerahkan sebagai ahli baharu di acara baru-baru ini.

Dalam usaha untuk meluaskan lagi rangkaian GSPP, Global Service Provider Council membuat pengumuman semasa acara ini untuk bersama-sama menubuhkan Go-Global Service Alliance bersama Malaysian Chamber of Commerce and Industry di China, Shanghai Automotive Parts Industry Association, Shanghai Producer Services Promotion Association, taman perindustrian Shanghai MedValley dan agensi amaran risiko yang berpangkalan di Beijing, ICOER.

Sejak GSPP dimulakan pada tahun 2019, Daerah Jing'an menarik sejumlah besar organisasi perkhidmatan global peringkat tinggi.

Daerah ini, sebagai kawasan kluster teras industri perkhidmatan profesional Shanghai, menempatkan 39 daripada 187 institusi perkhidmatan profesional yang terkenal di seluruh dunia, meliputi pelbagai bidang termasuk pengiklanan, undang-undang, perakaunan, sumber manusia dan lain-lain.

Ekologi perkhidmatan profesional yang pelbagai telah dibentuk di daerah berkenaan, memacu peningkatan yang berterusan dalam bilangan ibu pejabat serantau syarikat multinasional dan pertumbuhan mantap dalam pendapatan cukai ekonomi berkaitan asing.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/343321.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news