omniture

HONEYWELL TAWARKAN TEKNOLOGI BAHAN API BOLEH BAHARU KEPADA KILANG PENAPIS DI ASIA PASIFIK

Honeywell
2023-10-25 09:00 53

SINGAPURA, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini Honeywell mengumumkan ketersediaan teknologi dan penyelesaian digital bagi membolehkan pelanggan di Asia Pasifik menghasilkan bahan api boleh baharu daripada pelbagai sumber stok suapan boleh baharu.

Kilang penapis menghadapi perubahan pemintaan pasaran tatkala dorongan ke arah kelestarian dipercepatkan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau (GHG). Penting untuk syarikat-syarikat menerima pakai teknologi yang tersedia masa kini yang dapat membantu mereka menghasilkan bahan api lestari, rendah karbon sambil memaksimumkan sumber yang sedia ada, mengurangkan pembaziran dan mencapai matlamat kemampanan mereka.

Bagi membantu pelanggan menangani cabaran ini dan memenuhi permintaan yang meningkat dengan pesat untuk bahan api boleh baharu, Honeywell UOP menawarkan penyelesaian yang membolehkan penghasilan bahan api penerbangan lestari (SAF), diesel boleh baharu dan bahan api boleh baharu yang lain daripada rangkaian luas sumber stok suapan boleh baharu yang berpotensi. Portfolio bahan api boleh baharu Honeywell termasuk:

  • Honeywell  Ecofining™, Honeywell Ecofining™ ialah teknologi terbukti yang digunakan di seluruh dunia selama bertahun-tahun lamanya. Ia menghasilkan SAF, yang membantu mengurangkan emisi GHG sehingga 80% apabila dibandingkan dengan emisi daripada bahan api fosil.[i]
  • Bahan api Etanol untuk Jet (ETJ) Bergantung pada jenis stok suapan etanol yang digunakan, bahan api jet yang dihasilkan daripada proses ETJ Honeywell dapat mengurangkan emisi GHG sebanyak 80% berdasarkan kitaran hayat keseluruhan dibandingkan dengan bahan api jet berasaskan petroleum.[ii]
  • Honeywell UOP eFining™ menukarkan eMetanol kepada eSAF secara andal dan meluas. Honeywell UOP eFining dapat mengurangkan emisi GHG sebanyak 88% dibandingkan dengan bahan api jet konvensional.[iii]
  • Rapid Thermal Processing (RTP™) menukarkan stok suapan biojisim kepada bahan api boleh baharu untuk pemanasan, kuasa dan juga pengangkutan.

"Sebagai peneraju dalam teknologi bahan api boleh baharu, Honeywell menyedari bahawa mencipta teknologi untuk membolehkan pengendali menghasilkan bahan api rendah karbon daripada pelbagai pilihan stok suapan boleh baharu adalah amat penting untuk penyahkarbonan jangka panjang di seluruh Asia Pasifik," kata Matt Spalding, Naib Presiden Pengurus Besar (VPGM) Honeywell UOP APAC. "Keupayaan menggunakan pelbagai stok suapan merupakan satu peluang yang membawa perubahan untuk pasaran ini. Dengan teknologi UOP eFining™, Ecofining, ETJ dan RTP, Honeywell menawarkan pelbagai laluan ke pasaran bagi memenuhi permintaan yang meningkat dengan pesat untuk bahan api boleh baharu."

Selain daripada mampu menyokong aset-aset baharu, Honeywell juga berkepakaran untuk membantu pengubahsuaian kilang penapis sedia ada bagi tujuan penghasilan bahan api boleh baharu. Ini menawarkan peluang pelaburan modal yang lebih rendah dengan laluan yang pantas dan berkesan kos yang lebih efektif untuk bahan api boleh baharu.

Bagi menyokong objektif-objektif ini, Honeywell menyediakan penyelesaian digital yang komprehensif, membawakan teknologi perkakasan dan perisian selamat-siber yang direka bentuk untuk kesediaan pada peringkat awal, kebolehskalaan dan penyepaduan yang lancar dengan sistem legasi.

"Dengan pengalaman luas Honeywell dalam kawalan dan automasi proses, digandingkan dengan perkongsian strategik kami bersama pemberi lesen teknologi proses yang terkemuka, kami mempelopori kilang penapis digital generasi seterusnya untuk masa depan," kata Tathagata Basu, Pengurus Besar, Pasaran Vertikal Penapisan & Petrokimia, Honeywell Process Solutions. "Kami telah memantapkan kedudukan kami sebagai peneraju teknologi digital dalam sektor ini menerusi portfolio bersepadu penyelesaian digital kami yang dapat membantu pelanggan kami membangunkan dan menyelenggara operasi yang selamat, cekap, andal dan tangkas yang memenuhi matlamat perniagaan serta kemampanan mereka."

Honeywell menawarkan Rangkaian Penyelesaian Experion® selamat-siber dan penyelesaian digital Forge Performance+ dengan membenamkan ilmu Proses ke dalam Automasi, memanfaatkan kuasa sensor merata, Teknologi Maya dan Kembar Digital dan dalam masa yang sama memanusiakan Kecerdasan buatan untuk operasi yang bersedia mendepani masa depan.

Honeywell komited untuk mencapai keneutralan karbon dalam operasi dan kemudahannya menjelang tahun 2035. Kira-kira 60% daripada pelaburan penyelidikan dan pembangunan pengenalan produk baharu 2022 Honeywell ditujukan kepada hasil berorientasikan ESG untuk pelanggan.

Latar Belakang Honeywell

Honeywell ialah syarikat pengendalian bersepadu yang menawarkan perkhidmatan kepada rangkaian industri dan geografi yang luas di seluruh dunia. Perniagaan kami sejajar dengan tiga trend mega yang hebat – automasi, masa depan penerbangan dan peralihan tenaga – disokong oleh sistem pengendalian Honeywell Accelerator kami dan platform perisian bersepadu Honeywell Connected Enterprise. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kami membantu organisasi-organisasi mengatasi cabaran yang paling sukar dan paling rumit di dunia, menyediakan penyelesaian yang boleh diambil tindakan serta inovasi yang membantu menjadikan dunia lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, sila kunjungi www.honeywell.com/newsroom

[i] Pengurangan GHG adalah berdasarkan kepada analisis LCA yang dijalankan di Michigan Technological University di bawah arahan Dr. David Shonnard.

[ii] Berdasarkan kepada ringkasan LCA EPA bagi emisi GHG untuk tebu.

[iii] Emisi GHG yang dikurangkan adalah berdasarkan kepada analisis keamatan karbon UOP, diperoleh daripada kajian pihak ketiga bagi penghasilan metanol daripada hidrogen hijau dan CO2 yang ditangkap daripada pemprosesan biojisim, berbanding dengan bahan api fosil.

 

Hubungan media:
Anna Ramli
+60122124439
Anna.Ramli@Honeywell.com

Source: Honeywell
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology New products/services