SINGAPURA, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Satu-satunya platform pameran berfokus Asia untuk teknologi pertanian-makanan, Ekspo Teknologi Pertanian-Makanan Asia (Agri-Food Tech Expo Asia, AFTEA) kembali untuk edisi keduanya pada tahun ini mulai 31 Oktober hingga 2 November di Pusat Ekspo & Konvensyen Sands. Dianjurkan oleh Constellar bersama rakan kongsi kandungan antarabangsa DLG (German Agricultural Society), AFTEA ialah acara penyertaan yang penting dalam Minggu Pertanian-Makanan Antarabangsa Singapura (Singapore International Agri-Food Week, SIAW), dihoskan oleh Temasek dan Agensi Makanan Singapura (SFA), serta disokong oleh Agensi untuk Sains dan Teknologi (A*STAR), Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore (ESG) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Dengan fokus untuk membina kapasiti, sekuriti dan kebingkasan dalam sistem pertanian-makanan Asia, AFTEA 2023 bertujuan untuk mengilhamkan kecekapan dalam pengeluaran makanan bandar melalui pameran penyelesaian dan teknologi teknologi-pertanian yang luas oleh hampir 200 peserta pameran dari 25 negara serta wilayah. Edisi pada tahun ini adalah 30% lebih besar dari segi ruang lantai pameran dan akan menjadi tuan rumah kepada 75% peserta pameran baharu, termasuk pavilion negara baharu dari Australia, Bhutan dan Sepanyol serta perwakilan dari China, Finland, Hong Kong, Jepun, New Calendonia, Filipina dan Tahiti.
Di samping populasi dan kekayaan yang semakin meningkat, kini Asia menyumbang sebanyak lebih daripada 60% pengambilan protein global. Selera pengguna Asia terhadap daging konvensional dan makanan laut turut diunjurkan meningkat sebanyak 33 peratus menjelang tahun 2030 dan 78 peratus menjelang tahun 2050. Ini memberi tekanan yang tinggi ke atas pasaran protein di Asia untuk memenuhi kehendak ini dengan cara yang lestari dan boleh diskala dan dalam masa yang sama mencapai matlamat iklim serantau. Bagi mencapai tujuan ini, keinginan terhadap makanan yang lebih sihat dan mampan dianggarkan memacu 55% perbelanjaan makanan di Asia menjelang tahun 2030, bersamaan dengan USD$2.4 trilion.
"Membina kebingkasan dan sekuriti makanan di Asia merupakan satu tanggungjawab kolektif," kata Paul Lee, Ketua Eksekutif (Pasaran), Constellar. "Tatkala rantau ini mempercepatkan pencapaian cita-cita sifar bersih secara kolektif, Constellar berbangga memacu perubahan dalam sistem pengeluaran makanan Asia melalui platform tertumpu seperti Ekspo Teknologi Pertanian-Makanan Asia untuk sektor-sektor pertanian Asia. Ekspo tersebut memainkan peranan penting dalam memangkinkan pembangunan ekosistem teknologi pertanian serantau, dengan menghimpunkan penggiat dan pembuat keputusan utama dari seluruh dunia untuk meneroka idea, penyelesaian dan juga teknologi. Kami berharap ini dapat terus mendorong inovasi yang memperkukuh kapasiti dan keupayaan industri, tatkala kami membina Asia yang terjamin makanan untuk generasi-generasi masa depan." Pengunjung ke AFTEA 2023 akan mendapat peluang yang luas untuk berinteraksi, belajar dan berkongsi ilmu pengetahuan selama tiga hari.
Sorotan di AFTEA 2023
Peserta-peserta pameran lain yang mempamerkan teknologi dan penyelesaian terkini termasuk Aerospring Hydroponics, Persatuan Perusahaan Kecil & Sederhana (ASME), Haskell, GROW, Jah Cultura, Mindsprint, Makmal Inovasi Pertanian-Makanan Singapura dan Program Sains & Teknologi Makanan Universiti Teknologi Nanyang, PRIVA, Pusat Inovasi Pertanian Bandar Politeknik Republik, Singapore Agro-Food Enterprises Federation Limited (SAFEF), Signify Singapore Pte Ltd dan Politeknik Temasek.
Untuk mengunjungi AFTEA 2023, daftar di sini.
Hubungi pasukan Komunikasi Constellar: comms@constellar.co
Latar Belakang Constellar
Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan rujukan Asia untuk menyusun atur acara yang inovatif dan pengalaman tempat, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi impak untuk menghimpunkan pasaran, perniagaan dan pengguna global bagi mencapai pertumbuhan yang mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu anda untuk membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk jangka masa panjang dan menjalin kolaborasi rentas industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.