omniture

Trina Solar: Daya penggerak ke arah tenaga hijau global

Trina Solar Co., Ltd
2023-10-25 10:08 85

CHANGZHOU, China, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd. ("Trina Solar" atau "syarikat"), peneraju global dalam penyelesaian tenaga solar pintar untuk masa depan sifar bersih, telah menegaskan kepentingan kolaborasi sepanjang rantaian nilai solar untuk memacu peralihan tenaga dalam rantau EMEA di Sidang Kemuncak BloombergNEF (BNEF) 2023 yang telahpun diadakan di London awal bulan ini.

Berucap di acara itu, Gonzalo de la Viña, Presiden Trina Solar EMEA, berkata: "Kita harus saling bekerjasama dan meningkatkan penggunaan tenaga hijau bagi mencapai masa depan sifar bersih untuk generasi-generasi akan datang."

Dalam ucapan alu-aluan beliau, de la Viña menyeru sektor tenaga boleh baharu untuk bekerjasama bagi mencapai sasaran tenaga hijau yang bercita-cita tinggi di Eropah dan lebih jauh lagi. Beliau menghuraikan lima aspek: kelestarian dalam industri solar; menjadikan tenaga boleh baharu mampu milik untuk semua orang; peranan PV sebagai sebahagian daripada sistem tenaga baharu holistik; keperluan untuk grid signifikan dan pembangunan infrastruktur pada peringkat nasional; serta kolaborasi dan perkongsian jangka panjang.

Satu perbincangan panel, dihoskan oleh Tim Day, Pengurus Dana Pelaburan di Trina Solar, menawarkan peluang kepada pemimpin industri untuk meneroka cara yang membolehkan industri ini dapat 'bergerak pantas' bagi membina perkongsian dan mewujudkan matlamat bersama untuk memenuhi kehendak global bagi mencapai masa depan sifar bersih. Panel berkenaan melibatkan wakil-wakil daripada Aquila Capital, Eni Plenitude, Next Energy Capital dan Iberdrola.

Kepentingan kepercayaan, kolaborasi dan inovasi menjadi tumpuan perbincangan berkenaan. Menurut Rossano Francia, Ketua Perolehan Global di Plenitude, ketelusan pihak pembekal akan mengupayakan lapangan tanding yang sama rata untuk perniagaan dalam sektor tenaga boleh baharu, manakala peraturan baharu mengenai kelestarian akan menyokong industri ini dengan lebih baik untuk melangkah ke hadapan bersama-sama.

Kevin Mclelland, Pengarah Pembinaan & Perolehan Global di Next Energy Capital menambah bahawa pembuatan setempat dan kebertanggungjawapan merupakan perkara-perkara penting untuk ditumpukan oleh seluruh industri solar bagi memacu kelestarian.

Sementara itu, Fernando Torrico, Jurutera Elektrik di Iberdrola percaya bahawa perniagaan harus bekerjasama untuk mengkaji semula sistem tenaga sedia ada dan terdahulu sebagai sebahagian daripada usaha peralihan kepada tenaga sifar bersih.

Susulan perbincangan panel, Özer Ergül, Eksekutif Kelestarian Rantaian Bekalan dan Kecemerlangan Operasi di Aquila Capital, mengulas bahawa pertukaran tersebut "benar-benar sesuatu yang berwawasan". Menurut Ergül, ketelusan merupakan asas kolaborasi lestari, membantu menghapuskan rintangan yang menghalang pecutan solar, sambil "memberi pencerahan" dalam beberapa tahun akan datang.

Menuju ke hadapan, Trina Solar akan bekerjasama dengan rakan kongsi lestarinya bagi mempercepatkan rantaian nilai solar untuk masa depan sifar bersih, kata Derrick Kowalski, Ketua Jualan Utiliti Eropah, dalam pembentangan beliau yang bertajuk Bersatu demi matlamat lebih besar: Memacu peralihan tenaga di EMEA (United for a bigger goal: Driving the energy transition in EMEA). Kowals mengulas, "Sejak 26 tahun yang lalu, Trina Solar berpegang teguh kepada misi 'Tenaga Solar untuk Semua'. Kami juga komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian tenaga solar pintar demi masa depan sifar bersih menerusi pembuatan hijau bersepadu, kewangan mampan dan reka bentuk pengeluaran mampan."

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities