XUZHOU, China, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE:000425) telahpun menganjurkan Persidangan mengenai Inovasi Teknologi dalam Peralatan Pembinaan ("Persidangan") sulung mulai 17 hingga 19 Oktober di Xuzhou. Bertemakan "Digital, Pintar dan Hijau", Persidangan tersebut menjemput pakar dan peneraju industri untuk bersama-sama berkongsi dan berbincang trend inovasi teknologi yang terkini dalam industri jentera pembinaan yang memandu pembangunan masa depan dari semua perspektif.
Conference on Technology Innovation in Construction Equipment Kicking Off in China, Publishes Construction Machinery Market Index and Industry’s First Blue Book.
Persidangan tersebut melancarkan secara rasmi "Indeks Pasaran Peralatan Pembinaan" ("Indeks") dan buku biru harta intelek pertama industri ini, "Buku Biru Harta Intelek Peralatan Pembinaan (2023)" ("Buku Biru").
"Persidangan tersebut merangkumkan dengan baik undang-undang asas pengindustrian baharu serta pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip teras dalam sistem perindustrian dimodenkan," kongsi Yang Dongsheng, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi XCMG.
Indeks tersebut diterbitkan oleh XCMG dan China Construction Machinery Association (CCMA) bersama-sama rakan kongsi yang lain. Projek tersebut menyiapkan reka bentuk program Indeks dan memilih pada peringkat awal 12 jenis produk jentera pembinaan daripada tujuh kaegori utama, menampilkan penunjuk utama termasuk purata tempoh masa, kadar permulaan pembinaan dan banyak lagi, bagi menjalankan analisis industri pertama.
Dengan menganalisis perubahan dalam penunjuk utama produk jentera pembinaan tipikal, berperwakilan, serta penggunaan peralatan dalam infrastruktur, pembinaan perumahan, tenaga, kimia, logistik dan bidang-bidang lain, Indeks yang komprehensif dan sistematik dapat mencerminkan pelbagai situasi tepat pada masanya dan berkesan.
Buku Biru dilancarkan secara bersama oleh XCMG, CCMA, Pusat Perlindungan Harta Intelek Jiangsu dan Majlis China untuk Penggalakan Pejabat Paten Perdagangan dan Tanda Dagangan Antarabangsa, yang memberi rujukan teknikal penting serta panduan trend untuk memperkukuh pembangunan masa depan industri ini dari perspektif hak harta intelek.
Shan Zenghai, ketua jurutera XCMG, berkongsi kajian semula ringkasan beliau mengenai Buku Biru dan menyatakan bahawa hak harta intelek merupakan kesepaduan terbesar bagi pencapaian inovasi dan menggunakannya untuk menganalisis laluan inovasi, pembangunan industri penyelidikan, meningkatkan titik permulaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan melindungi hasil inovasi menyokong pembangunan berkualiti tinggi industri ini.
"Harta intelek juga merupakan prasyarat penting untuk menyuntik kevitalan baharu ke dalam inovasi dan ia merupakan kelebihan kompetitif dan strategik teras syarikat ini. Buku Biru telah merapatkan jurang industri dan akan melindungi sepenuhnya pembangunan dan inovasi industri ini," kata Shan.