omniture

Yili Group Hadiri Sidang Kemuncak Tenusu Dunia 2023

Yili Group
2023-10-25 11:41 102

CHICAGO, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 16 hingga 19 Oktober, Sidang Kemuncak Tenusu Dunia IDF 2023, bertemakan "Potensi Tanpa Sempadan, Kemungkinan Tak Terbatas," berlangsung di Chicago untuk memudahkan pertukaran pandangan mengenai pembangunan industri tenusu yang berkualiti tinggi. Para peserta termasuk wakil-wakil daripada kalangan pengeluar produk tenusu, pakar, ilmuwan dan delegasi daripada organisasi-organisasi industri seluruh dunia.

Dr. Yun Zhanyou shared his insights at the roundtable
Dr. Yun Zhanyou shared his insights at the roundtable

Dr. Yun Zhanyou, ahli lembaga IDF yang baru dilantik dan Naib Presiden Yili Group, dijemput untuk menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Inovasi Membawa kepada Kemungkinan Tanpa Batasan" di mesyuarat meja bulat mengenai "Pemprosesan Tenusu Seluruh Dunia: Tumpuan Masa Kini, Visi Masa Depan" dan mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat tetamu. Dr. Yun Zhanyou berkata: "Di tengah-tengah perubahan mendalam dalam persekitaran makro global, inovasi merupakan satu-satunya acara untuk memacu pembangunan yang berkualiti tinggi dalam industri tenusu dan memenuhi standard yang semakin meningkat yang dituntut oleh pengguna. Yili sentiasa berpegang teguh kepada pendekatan berpusatkan pengguna, mengumpul sumber inovasi global untuk mencapai inovasi bertaraf dunia, dengan tujuan untuk mencipta lebih banyak peluang dan meneroka kemungkinan tanpa sempadan untuk industri tenusu global."

Semasa sidang kemuncak itu, Yili mengadakan mesyuarat sarapan pagi mengenai "Inovasi dan Tinjauan Industri", yang mana Piercristiano Brazzale, Presiden IDF, Caroline Emond, Ketua Pengarah IDF, Dr. Yao Su, Kursi IDF SCAMDM, Marcel de Vreeze, Pengurus Jawatankuasa Royal Netherlands Standardization Institute, Dr. Yun Zhanyou, Naib Presiden Yili Group dan Dr. Gerrit Smit, Pengarah Urusan Yili Innovation Center Europe bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai topik, termasuk sejauh mana inovasi dapat membantu pengeluar produk tenusu tradisional mencapai kejayaan dan bagaimana industri tenusu dapat menyumbang kepada masa depan yang lestari.

Presiden IDF Piercristiano Brazzale menegaskan kepentingan inovasi. "Inovasi adalah kesemuanya tentang memperkenalkan pendekatan baharu kepada reka bentuk, pengeluaran dan pemasaran barangan serta perkhidmatan bagi mencipta perubahan positif. Ia merupakan daya penggerak yang mendorong kita ke hadapan dan membolehkan kita kekal berada di barisan hadapan dalam bidang kita."

Yili presented its flagship products at the summit
Yili presented its flagship products at the summit

Yili mempersembahkan "pasukan impian" daripada produk unggulannya seperti susu cair, susu tepung, yogurt, keju dan aiskrim, termasuk produk daripada Ausnutria Dairy, memperlihatkan keupayaan inovasi bertaraf dunia dan kualiti premium industri tenusu Cina. Beberapa produk inovatif oleh jenama-jenama terkenal Yili, AMBPOMIAL, SATINE dan SHUHUA dibawa ke acara itu sebagai wakil daripada segmen susu cair – perniagaan asas Kumpulan ini. Profesor Kasper Hettinga daripada Wageningen University, rakan penyelidik utama Yili Innovation Center Europe, turut mengunjungi reruai Yili dan berkata, "Saya sudahpun dapat melihat dari peringkat awal, bahawa kami mempunyai minat yang sama terhadap kajian susu dan kajian susu formula bayi. Kami berminat untuk memahami susu dengan lebih baik. Kami sentiasa berharap agar untuk Yili, ilmu ini berguna bagi membangunkan produk baharu."

Sidang Kemuncak Tenusu Dunia 2023 membawa peluang yang besar untuk Yili memperlihatkan hasil inovasi dan amalannya melalui pertukaran dan dialog bersama komuniti tenusu global, menghubungkan industri tenusu China dengan dunia.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Trade show news