omniture

Model B+ Raspberry Pi daripada RS Components Mencapai Penggunaan Kuasa sehingga 30% Lebih Rendah Dibandingkan dengan Rekaan Model B

Keterhubungan lebih baik empat port USB dan kemampuan GPIO ditambah hingga 40 pin
RS Components
2014-07-16 10:00 116

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Julai 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar global untuk jurutera, hari ini telah mengumumkan ketersediaan Model B+ Raspberry Pi. Meneruskan kejayaan besar Model B, dengan lebih tiga juta papan sedang digunakan kini, Model B+ menyepadukan beberapa peningkatan dan ciri baharu.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140715/8521403991
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg

Peningkatan penggunaan kuasa antara 20 hingga 30 peratus telah dicapai dalam Model B+ dengan menggunakan bekalan kuasa mod bersuis yang lebih cekap bagi menggantikan aturan lelurus sebelum ini. Kemampuan GPIO yang lebih menyeluruh dibekalkan oleh penggantian soket 26 pin dengan penghubung 40 pin; fungsi pin untuk 26 pin yang pertama masih kekal sama dengan Model B. Bilangan port USB telah digandakan menjadi empat, membolehkan para pengguna mengelak daripada menggunakan hab bertindih apabila menggunakan berbilang peranti seperti papan kekunci berwayar, tetikus, anak kunci wayarles serta pemacu keras luaran. Kualiti output audio juga telah diperbaiki dengan beberapa pembaikan berkaitan DSP.

Beberapa penukaran kecil juga telah dibuat kepada faktor bentuk papan bagi menyediakan penjajaran penghubung lebih baik pada sisi papan itu. Tambahan lagi, empat lubang cagak, bukan dua, kini disediakan bagi memudahkan kestabilan papan dipertingkat apabila dipasang di dalam aplikasi OEM.

Agar selaras dengan arah aliran semasa, faktor bentuk kad SD piawai telah digantikan dengan format kad microSD.

Model B+ Raspberry Pi boleh dibeli terus daripada stok RS untuk penghantaran serta-merta pada harga US$35 dalam kuantiti unit tunggal. Pengeluaran Model B akan diteruskan dan akan dijual di samping Model B+.

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Semiconductors New products/services