omniture

AGRO-Chengdu ke-9 Bakal Diadakan di Chengdu pada 27-30 Oktober 2023

Chengdu New East Exhibition Co., Ltd.
2023-10-25 21:51 36

Apakah jenis madu yang suka dimakan oleh panda gergasi? Ayuh ke AGRO-Chengdu ke-9 untuk mengetahui jawapannya.

CHENGDU, China, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada 27-30 Oktober 2023, AGRO-Chengdu ke-9 akan diadakan bersama-sama Ekspo Pertanian Sichuan ke-9 di Chengdu, Sichuan, China. Dalam ruang pameran seluas 140,000 meter persegi, lebih daripada 2,000 peserta pameran dalam seluruh rantaian industri akan mempamerkan produk dan teknologi mereka. Ia akan menjadi sebuah acara terbuka yang berkualiti tinggi untuk pertukaran dan kerjasama pertanian. Seperti yang kita tahu, Sichuan merupakan tempat asal panda gergasi dan madu kegemaran mereka akan ditawarkan untuk dicicipi di tapak pameran.

On October 27-30, 2023, the 9th AGRO-Chengdu will be held along with the 9th Sichuan Agricultural Expo in Chengdu, Sichuan, China. Within 140,000-sqm exhibition space, more than 2,000 exhibitors along the whole industrial chain will exhibit their products and technologies. It will be a high-quality open event for agricultural exchange and cooperation.
On October 27-30, 2023, the 9th AGRO-Chengdu will be held along with the 9th Sichuan Agricultural Expo in Chengdu, Sichuan, China. Within 140,000-sqm exhibition space, more than 2,000 exhibitors along the whole industrial chain will exhibit their products and technologies. It will be a high-quality open event for agricultural exchange and cooperation.

Chengdu ialah sebuah bandar raya mega dengan populasi seramai 21 juta orang. Mematuhi keterbukaan dengan standard yang tinggi semasa penyertaan yang mendalam dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, bandar ini telah menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan bersama 224 negara dan wilayah di serata dunia serta menduduki tempat pertama di bandar-bandar tengah dan barat dari segi bilangan perusahaan Fortune 500 dan konsulat. Melalui keterbukaan dan kerjasama dalam bidang pertanian, dua pangkalan pembangunan berkualiti tinggi negara untuk perdagangan pertanian dan lima zon perintis wilayah untuk keterbukaan dan kerjasama pertanian telah diwujudkan dan hampir 100 pangkalan eksport produk pertanian telah difailkan, termasuk Taman Demonstrasi Teknologi Pertanian China-Chile (Sichuan) dan Lembah Persiaran Teknologi Pertanian Holland serta projek-projek besar yang lain. Dalam setiap sesi terdahulu, wakil-wakil daripada institusi pertanian, persatuan dan perusahaan dari lebih 20 negara dan wilayah di serata dunia berhimpun di Chengdu bagi tujuan pertukaran dan kerjasama. Selain daripada persidangan pembangunan yang berkualiti tinggi, beberapa pangkalan pembangunan yang berkualiti tinggi untuk perdagangan antarabangsa pertanian, produk pertanian import dan eksport yang popular dan projek kerjasama pertanian antarabangsa akan turut tersedia di ekspo pada tahun ini, untuk kerjasama antarabangsa yang menyeluruh dalam bidang pertanian.

Kurator dan pengurus AGRO-Chengdu—Chengdu New East Exhibition Co., Ltd., ahli pertama bagi kedua-dua UFI (Global Association of the Exhibition Industry) dan ICCA (International Congress and Convention Association) di barat China, menyediakan kepada anda dengan perkhidmatan terpelbagai seperti pemadanan projek dan sumber, pengaturan lawatan dan pemeriksaan, perhubungan dengan agensi kerajaan, khidmat nasihat dasar dan sebagainya. Kami dengan tulus ikhlas mengundang institusi, persatuan dan perusahaan dalam pelbagai industri ke Chengdu, China untuk mengambil bahagian dalam acara ini bagi menjalin kerjasama dan mencapai kemajuan. Untuk butiran lanjut, sila hubungi Cik Zhao (Telefon Bimbit: (86) 18215577029 & Emel: 261032945@qq.com).

 

Source: Chengdu New East Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Agriculture Food/Beverages Trade show news Future Events