omniture

BeyonCa Meterai Perjanjian Transformatif dengan AFG dan QG untuk Kolaborasi Strategik

BeyonCa
2023-10-26 08:24 12

WUHAN, China, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- BeyonCa, pembuat kenderaan elektrik (EV) pintar premium perintis, telah mengambil langkah penting ke arah merealisasikan visinya untuk menjadi peneraju global dalam segmen EV premium dengan menandatangani dua perjanjian.

Pada 20 Oktober 2023, BeyonCa menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Al Faisaliah Group Holding Company (AFG), kumpulan pelaburan terpelbagai dan terkenal yang beribu pejabat di Riyadh serta Perjanjian Kerjasama Strategik dengan QG FZE-LLC (QG), pembina usaha niaga yang mempunyai pengalaman dan sumber yang luas dalam industri automotif.

Starting from the left in the back row: Ziad AL Tunisi, Chief Executive Officer of AFG; You Zheng, Member of the Board of Dongfeng Group Management, Head of R&D DongFeng Group, Chairman of Voyah; Weiming Soh, Chairman and Founder of BeyonCa, Chairman of Renault China. Starting from the left in the front row: Alegandro Carbon, Chief Portfolio Officer of AFG; Jason Zhang, Co-founder of BeyonCa; Marwan Emile Faddoul, Chairman of Qauto.
Starting from the left in the back row: Ziad AL Tunisi, Chief Executive Officer of AFG; You Zheng, Member of the Board of Dongfeng Group Management, Head of R&D DongFeng Group, Chairman of Voyah; Weiming Soh, Chairman and Founder of BeyonCa, Chairman of Renault China. Starting from the left in the front row: Alegandro Carbon, Chief Portfolio Officer of AFG; Jason Zhang, Co-founder of BeyonCa; Marwan Emile Faddoul, Chairman of Qauto.

Majlis penandatanganan dihoskan di ibu pejabat Dongfeng Motor Group di Wuhan, China, yang merupakan salah satu pelabur strategik BeyonCa.

MOU dengan AFG: Mempelopori Peluang di Timur Tengah

BeyonCa dan AFG memulakan satu perjalanan kolaboratif dengan penuh semangat untuk mendorong pasaran EV di Timur Tengah. Di bawah MOU ini, kedua-dua syarikat akan bersama-sama meninjau peluang untuk pembangunan kenderaan elektrik, merangkumi penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, perdagangan, peruncitan, pengecasan, insurans, perkhidmatan ekologi dan sektor bersekutu.

Salah satu sorotan utama perjanjian ini ialah penerokaan kemungkinan untuk AFG membuat pelaburan yang besar dalam BeyonCa.

Weiming Soh, Pengasas dan Pengerusi BeyonCa, penuh yakin berhubung pasaran EV premium, menegaskan, "Kami menjangkakan kereta elektrik premium akan memasuki tempoh pertumbuhan pesat dari tahun 2025 hingga 2030, menandakan jendela peluang yang tiada tandingan dalam sektor automobil premium."

Beliau menekankan kematangan rantaian bekalan serta ekosistem teknologi dan turut menegaskan kesediaan BeyonCa, dengan pasukannya yang terkemuka dan sumber global, untuk memimpin industri EV.

Ziad AL Tunisi, Ketua Pegawai Eksekutif AFG, melahirkan rasa kagum beliau yang mendalam terhadap industri EV China yang inovatif dan berpandangan jauh, terutamanya teknologi dan visi BeyonCa. Beliau menyatakan, "Ia bukan sekadar sebuah kereta; ia merupakan gaya hidup. Saya berharap agar perkongsian kami akan meningkat maju untuk membantu memperkenalkan industri EV ke Arab Saudi."

Perjanjian Kerjasama Strategik dengan QG: Meluaskan Lingkungan Kewangan

Dalam masa yang sama, BeyonCa merasmikan Perjanjian Kerjasama Strategik dengan QG FZE-LLC (QG), mendorong BeyonCa ke arah peluang pelaburan di Timur Tengah.

Selain kolaborasi kewangan, BeyonCa dan QG akan mensinergikan usaha bagi mencipta nilai perniagaan tambahan.

Marwan Emile Faddoul, Pengerusi Qauto, sebuah perusahaan dalam portfolio QG, menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan sebuah hab elektrik di rantau ini melalui kolaborasi dengan BeyonCa.

Optimis tentang Masa Depan Kerjasama Ekonomi Sino-Arab

Ziad turut menyampaikan keyakinan beliau berhubung potensi kolaborasi ekonomi China-Arab. "Arab Saudi membuka pintunya kepada dunia, terutamanya untuk China dan syarikat-syarikat Cina. Kami bercita-cita tinggi untuk memupuk hubungan dalam industri EV seperti yang telah kami capai sebelum ini dalam sektor penjagaan kesihatan," ujar beliau.

Hanya dua hari sebelum majlis penandatanganan, Forum untuk Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Jalan" ke-3 berakhir di Beijing. Arab Saudi telah menjadi antara penyokong terawal Inisiatif "Jalur dan Jalan", yang diperkenalkan sedekad yang lalu dan memperkenalkan "Visi 2030" pada tahun 2016, bertujuan untuk meningkatkan pempelbagaian dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya.

"Ini merupakan peluang yang dikurniakan ke atas kami mengikut peredaran masa. Saya percaya projek kenderaan elektrik super-premium BeyonCa dapat menjadi model untuk kolaborasi modal dan ekonomi Sino-Arab," tegas Soh.

Latar Belakang BeyonCa

BeyonCa ialah pengeluar kenderaan elektrik (EV) pintar premium dan terkemuka yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan serta eko-servis kenderaan elektrik pintar dan sistem yang berkaitan. Dengan perspektif global, pasukan berpengalaman yang terdiri daripada pakar-pakar automotif dan sumber teknologi yang mantap, BeyonCa bersedia untuk memberi impak yang signifikan dalam pasaran EV mewah.

Source: BeyonCa
Keywords: Auto Transportation Contracts