omniture

iCareSystem AutoDose - sistem pembersihan baharu untuk unit atas meja iCombi Pro

RATIONAL AG
2023-10-26 09:01 25

LANDSBERG, Jerman, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Menerusi iCareSystem AutoDose, kini RATIONAL menawarkan sistem pembersihan dan stok simpanan bersepadu sebagai pilihan untuk unit atas meja iCombi Pro. Produk pembersih dan penjagaan disimpan dengan selamat dalam sistem memasak dalam bentuk pepejal, lalu mengupayakan pembersihan berautonomi, sama ada dengan menekan butang atau mengikut jadual pembersihan yang ditetapkan.


Sudah berlalu zaman produk pembersihan dan penjagaan perlu disukat menggunakan tangan untuk setiap proses pembersihan atau pembersihan dilupakan sama sekali. iCareSystem AutoDose bermula sama ada pada waktu tertentu, sebagai contoh biasanya selepas waktu tutup atau apabila menekan butang bilamana sesuai dalam rutin harian. Pada tetapan, pembersihan boleh diprogramkan secara berasingan untuk setiap hari mengikut penggunaan perkakas atau mengikut jadual mingguan. iCombi Pro mengeluarkan produk pembersihan secara automatik dalam kepekatan yang diperlukan daripada kartrij. Theodor Tumbrink, Naib Presiden Pengurusan Produk di RATIONAL, meringkaskan kelebihannya seperti yang berikut: "iCareSystem AutoDose meningkatkan keselamatan kerja, menjimatkan masa dan menjamin keselamatan kebersihan HACCP. Tidak seperti banyak penyelesaian lain, hos atau kanister tidak diperlukan di luar sistem memasak."

Dengan iCareSystem AutoDose, pekerja tidak lagi perlu mengendalikan kerja pembersihan, sambung Tumbrink kerana ia dikeluarkan daripada senarai tugas harian mereka. Ini menjadikannya amat penting agar tidak terlepas pandang mengenai pembersihan. Justeru itu, iCombi Pro sentiasa memastikan pengguna mengetahui perkembangan terkini dan memberi peringatan sekiranya, sebagai contoh, amaun produk pembersih jatuh di bawah paras tertentu atau apabila pembersihan perlu dibuat. Maklumat ini dipaparkan secara langsung pada sistem memasak atau melalui ConnectedCooking, sistem pengurusan dapur RATIONAL.

"iCareSystem AutoDose merupakan satu penemuan ulung dalam inovasi pembersihan dan alam sekitar," kata Tumbrink. Hal ini kerana kedua-dua kartrij dan penutupnya diperbuat daripada 100% PP (polipropilena) boleh kitar semula. Dalam masa yang sama, bahan buangan plastik dikurangkan sehingga 50% berbanding dengan penyelesaian tab pembersih konvensional. Di samping itu, ekoran dos optimum berbanding dengan prosedur konvensional, kerja pembersihan sentiasa menggunakan hanya amaun bahan kimia yang diperlukan ketika itu. Bagi Tumbrink, iCareSystem AutoDose ialah pakej menyenangkan yang sempurna: "iCombi Pro sentiasa bersih dan bebas kerak kapur, yang mana ia sangat penting untuk keselamatan HACCP sama seperti untuk kelanjutan usia dan kos perkhidmatan yang lebih rendah."

Maklumat lanjut mengenai iCareSystem AutoDose boleh ditemui di rational-online.com. Sistem pembersihan baharu untuk unit atas meja iCombi Pro dilancarkan secara rasmi di pameran perdagangan Host di Milan pada 13 Oktober.

Facebook http://facebook.com/RATIONAL.ASIA
Twitter http://twitter.com/RATIONAL_AG
Youtube   http://www.youtube.com/user/RATIONALAG
LinkedIn https://www.linkedin.com/company/rational-ag/ 

Latar Belakang RATIONAL

RATIONAL Group ialah peneraju pasaran dan teknologi dunia dalam bidang penyediaan makanan panas untuk dapur profesional. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1973 dan kini menggaji lebih daripada 2,500 orang, yang mana lebih 1,400 berpangkalan di Jerman. RATIONAL disenaraikan dalam Standard Utama Bursa Saham Frankfurt sejak IPOnya pada tahun 2000 dan ketika ini dimasukkan ke dalam MDAX.

Objektif utama syarikat ini adalah agar sentiasa menawarkan faedah maksimum kepada pelanggannya. Secara dalaman, RATIONAL komited terhadap prinsip kelestarian, dinyatakan dalam dasarnya mengenai perlindungan alam sekitar, kepimpinan dan tanggungjawab sosial. Tahun demi tahun, pelbagai anugerah antarabangsa membuktikan kualiti luar biasa usaha RATIONAL.

 

Source: RATIONAL AG
Related Stocks:
Frankfurt:RAA OTC:RATIY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics