omniture

CCTV+: Terpikat oleh Jiangxi - Bunga Cantik

CCTV+
2023-10-26 14:59 65

BEIJING, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Cheng Linyao ialah seorang pewaris kepada warisan tak ketara porselin biru-dan-putih Jingdezhen. Dalam tahun 2020, sekuntum bunga iris di Istanbul telah memberi ilham kepadanya dan juga Haken, suaminya yang berasal dari Turki. Mereka membawa bunga itu merentas lautan ke Jingdezhen dan mencipta Lovely Flower (Bunga Cantik), karya agung seramik yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Kreatif Seramik (Hak Cipta) di Festival Seni Arab kelima pada tahun 2022.

Enamored by Jiangxi - Lovely Flower
Enamored by Jiangxi - Lovely Flower

Haken, seorang peminat seramik, tiba di China pada tahun 2013. Beliau dengan pantas dapat melihat potensi pasaran seramik selepas Setiausaha Agung Xi Jinping mencadangkan Inisiatif Jalur dan Jalan. Beliau bertemu Cheng Linyao di sesi ke-115 Pameran Canton pada tahun 2014 dan mereka jatuh cinta. Mereka kemudiannya memulakan sebuah perniagaan yang mengeksport seramik ke negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan.

Menerusi pembangunan infrastruktur pengangkutan, seperti CR Express dalam dekad yang lalu, seramik Jingdezhen atas tempahan Haken dapat dihantar dengan lebih pantas dan lebih jauh. Selama bertahun-tahun, Haken berkongsi kecantikan seramik Jingdezhen bersama rakan-rakan luar negara beliau. Beliau sentiasa memberitahu mereka: "Janganlah cuma percayakan kata-kata saya sahaja! Ayuh dan lihat sendiri Jingdezhen dan cipta karya porselin anda sendiri! Hanya dengan cara itu anda boleh benar-benar menghargai ketukangan dan cabaran yang terlibat dalam proses penciptaannya."

Haken mempelajari lebih lanjut tentang kekayaan budaya dan seni halus seramik Jingdezhen semasa menghasilkan Lovely Flowers. Cheng Linyao berkata karya ini mencerminkan kecantikan hidup bunga dan mengekspresikan cinta dan harapan beliau serta Haken terhadap generasi akan datang.

Beliau berkata bahawa seramik Jingdezhen boleh menghubungkan orang ramai dari negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan dengan lebih baik berbanding mana-mana produk lain yang dibuat di China lantaran asal usul bersejarahnya. Cheng Linyao berminat untuk berkongsi budaya kampung halamannya bersama dunia dan meneruskan warisan porselin biru-dan-putih Jingdezhen. Beliau telah berusaha untuk menubuhkan Persatuan Penyelidikan Sycamore Biru dan Putih untuk mempamerkan dan meraikan seni seramik Jingdezhen melalui "Porselin dengan corak pokok sycamore berwarna biru dan putih" yang terkenal di dunia. Beliau berharap agar Persatuan itu akan turut membantu menggunakan seramik bagi menjalin ikatan persahabatan dan budaya yang berkekalan antra China dan negara-negara lain sepanjang Jalur dan Jalan.

Source: CCTV+
Keywords: Art Entertainment Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications