omniture

HONOR Magic6 bakal Bawakan LLM Pada-peranti Dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Snapdragon 8 Gen 3

HONOR
2023-10-26 15:03 115

HONOR Menegaskan Lagi Komitmen kepada Kolaborasi Terbuka di Sidang Kemuncak Snapdragon 2023

MAUI, Hawaii, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa HONOR Magic6 akan datang bakal dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 3 revolusioner dan memaparkan kuasa model bahasa besar (LLM) pada-peranti dengan saiz parameter tujuh bilion, seperti yang didedahkan di Sidang Kemuncak Snapdragon 2023 di Hawaii. Kolaborasi antara HONOR dan Qualcomm Technologies memanfaatkan kepakaran kedua-dua syarikat untuk menyokong LLM pada-peranti dan mencipta sebuah ekosistem berpusatkan manusia yang mengupayakan interaksi pintar yang lancar merentas pelbagai peranti. Di acara itu, HONOR turut mempamerkan beberapa ciri sambungan MagicRing yang dipertingkat untuk menonjolkan usaha kolaboratif antara kedua-dua syarikat.

HONOR Magic6 Powered by on-device LLM
HONOR Magic6 Powered by on-device LLM

"Di HONOR, kami menumpukan perhatian untuk menerobos sempadan inovasi dan mencipta pengalaman pengguna yang lebih pintar dan intuitif," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co. Ltd. "Kami komited untuk memanfaatkan kuasa AI untuk mentransformasikan cara orang ramai berinteraksi dengan teknologi, menjadikannya lebih lancar, diperibadikan dan memberi impak dalam kehidupan mereka, tanpa menjejaskan privasi pengguna. Kami teruja untuk berkolaborasi dengan Qualcomm Technologies, yang berkongsi visi kami untuk berusaha mencapai kecemerlangan berpusatkan manusia. Kami akan terus memacu inovasi ke hadapan, bekerjasama dengan rakan kongsi dalam kolaborasi terbuka bagi membentuk masa depan di mana AI memperkasa dan memperkayakan kehidupan individu di seluruh dunia."

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan HONOR bagi memacu kemajuan teknologi dengan teknologi yang terkini," ulas Alex Katouzian, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Peranti Mudah Alih, Pengkomputeran dan XR, Qualcomm Technologies, Inc. 

"Kami berharap dapat bekerjasama bersama HONOR dengan lebih erat bagi merevolusikan cara orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan berhubung, mencipta pengalaman transformatif yang akan membuka kemungkinan baharu dalam dunia AI yang sentiasa berkembang ini."

Berbeza daripada LLM awan, yang dilatih dengan set data yang boleh diakses secara terbuka, LLM pada-peranti daripada HONOR memanfaatkan pemahamannya tentang pengguna peranti untuk menyediakan perkhidmatan diperibadikan mengikut keutamaan mereka. Bagi membangunkan LLM pada-peranti yang boleh digunakan demi manfaat pengguna harian, HONOR dan Qualcomm Technologies bekerjasama dengan fokus pada tiga aspek utama: prestasi, kecekapan dan privasi pengguna. Usaha sama itu menghasilkan pengoptimuman yang membolehkan platform mudah alih memanfaatkan LLM dengan berkesan tanpa mengeluarkan sejumlah kuasa yang amat besar, serta perlindungan data yang memastikan data tetap selamat dan terjamin pada peranti.

Menampilkan Platform Mudah Alih Snapdragon 8 Gen 3, HONOR Magic6 akan dikuasakan oleh LLM pada-peranti dengan tujuh bilion parameter bagi menyambut era AI generatif yang baharu. Menggambarkan potensi keupayaan AInya, HONOR turut memperlihatkan demo penghasilan video AI semasa pembentangannya. Dengan menyediakan prom arahan kepada pembantu suara pintar pada-peranti YOYO, pengguna boleh menghasilkan video pendek dengan mudah yang menampilkan foto serta rakaman yang disimpan pada peranti mereka. Templat, tema dan muzik pada video yang dihasilkan juga boleh disesuaikan dengan prom tambahan untuk hasil yang diperibadikan.

 

Di Sidang Kemuncak Snapdragon 2023, HONOR turut mendemonstrasikan interaksi berbilang mod berasaskan pengesanan mata yang digelar Magic Capsule serta tiga ciri utama MagicRing: Kamera Terhubung, Input Terhubung dan perkongsian skrin berbilang peranti. Memanfaatkan teknologi Snapdragon Seamless yang terkini, MagicRing membolehkan kepelbagaian data yang lebih luas ditukar dengan lancar antara peranti dan pada masa yang sama lebih stabil dan lebih cekap kuasa berbanding sebelum ini.

 

Melangkah ke hadapan, HONOR akan tetap terbuka untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi global tatkala ia terus memupuk sebuah ekosistem dengan teknologi AI pada-peranti, sekali gus menyumbang kepada industri yang lebih luas dengan inovasi berpusatkan manusia demi masa depan yang pintar.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia menumpukan perhatian untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial 

Source: HONOR
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things