UTRECHT, Belanda, 17 Julai 2014 /PRNewswire/ --
Pemegang Pas Pilihan & Global Eurail akan mendapat Kad SIM prabayar Eurail PERCUMA untuk kekal berhubung di Eropah
Eurail melancarkan promosi "Perayauan Percuma" musim panasnya, lalu menjadikannya lebih mudah untuk para pemegang pas terus berhubung dengan rakan taulan serta kaum keluarga ketika melancong di Eropah. 2,500 pelanggan pertama Pas Pilihan dan Global Eurail yang mendaftar untuk mendapatkan pas melalui http://www.eurail-roaming.com boleh memohon Kad SIM Perayauan Percuma Eurail. Tawaran ini sah untuk semua kategori dan kelas pas yang dibeli bermula pada 17 Julai hingga 30 September 2014, atau selagi bekalan masih ada.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140716/697103)
"Eurail komited dalam menambahkan nilai kepada produk Pas Eurail. Tawaran Kad SIM Eurail percuma ini merupakan satu lagi inisiatif yang menjimatkan kos untuk pelanggan bagi membolehkan pemegang pas untuk kekal berhubung ketika melancong di Eropah. Promosi ini menawarkan peluang tersendiri kepada para pelanggan kami bagi mengelakkan caj Wi-Fi atau perayauan yang berkos tinggi," jelas Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail Group.
Tawaran Perayauan Percuma Eurail termasuklah Kad SIM prabayar, pra-aktif +44 (United Kingdom) dan +1 (Amerika Syarikat) yang menyediakan panggilan masuk percuma[1] serta 200 minit Wi-Fi percuma di Kawasan Khas Premium yang terpilih. Selain itu, pelanggan bebas menggabungkan sehingga 100 minit panggilan antarabangsa, 300 mesej teks atau sehingga 100 MB data, selagi kredit prabayar masih belum tamat tempoh.
Sebaik sahaja kredit prabayar telah tamat tempoh, pelanggan boleh cas semula Kad SIM Eurail dan mengambil peluang daripada syarat sama Perayauan Eurail yang menarik itu. Semua ini ditawarkan melalui rakan telekomunikasi Perayauan Global, yang bekerjasama dengan 67 pengendali di Eropah serta merupakan salah satu penyedia yang menerajui di seluruh dunia dalam perkhidmatan komunikasi mudah alih. Kad SIM Perayauan Eurail mempunyai liputan di 30 negara Eropah, termasuk kesemua negara yang turut terlibat dalam program Pas Eurail.
Promosi Musim Panas Perayauan Percuma ini sah untuk para pemegang Pas Global Eurail, sah di 24 negara yang terlibat atau Pas Pilihan Eurail yang sah di empat Negara. Pas Global Eurail terus menjadi pas paling popular dalam portfolio Eurail. Ia mempunyai liputan hampir seluruh benua Eropah dan turut menawarkan pilihan negara yang paling banyak untuk dikunjungi kepada para pelancong.
Pas Eurail boleh didapati daripada jaringan Ejen Jualan Am Dibenarkan di seluruh dunia. Sila layari http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.
Eurail Group G.I.E., organisasi khusus untuk pemasaran dan pengurusan Pas Eurail, dimiliki sepenuhnya oleh lebih tiga puluh syarikat perkapalan serta kereta api yang mengambil bahagian. Eurail Group mempunyai sejumlah besar rakan kongsi penting, termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan juga muzium, yang menyediakan perkhidmatan sama ada pada kadar yang lebih rendah atau secara percuma untuk para pemegang pas kereta api.
[1] Bagi nombor AS, surcaj sebanyak € 0.20 dikenakan bagi setiap minit.
SUMBER Eurail Group G.I.E.